C&P. Untuk renungan bersama. Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia kt pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.
Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah.Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual.
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.
Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah tersebut.
Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai mcm ni sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi tu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan penyek.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik 🦆 telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya penternak itik 🦆 itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik 🦆 sahaja. Terus peniaga itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik 🦆 itu.
*PENGAJARAN*
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.
Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh jugak, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahanNya.
Siapa Yang Baca Sampai Habis. Ucaplah #Alhmdulillah kerana janji ALLAH itu pasti.
😭😭😭😭😭😭
YOU ARE READING
Kenangan Ini
SpiritüelCerita yang dikongsikan oleh grup wassap. Mana tau ada kebaikan yang diperoleh. (Kesahihan saya tak pasti) Salah dan silap boleh ditegur. InsyaAllah.^^