Habib Jewels
Aku masih kaku dihadapan kedai emas ni. Aku tak tahu apa niat Arif tarik aku sampai sini. Lamunan aku terhenti apabila Arif melambaikan tangannya dihadapan wajah aku.
" Kau okey tak? " Arif bertanya kepada aku. Dah kenapa tiba-tiba nak caring bagai ni? Okey stop it Hana. Orang nak buat baik kot. Cuba terima.
" Apa kita buat dekat sini Arif? Jomlah balik. Saya penat ni. " aku memberi alasan. Tapi aku memang penat pun. Rasa macam nak baring je sekarang ni.
" Jomlah masuk. " lagi sekali Arif menarik lengan baju aku. Kaki kami sama-sama melangkah ke dalam kedai emas milik keturunan Pak Cik Habib Jewel punya.
Arif duduk di atas kerusi di hadapan cincin-cincin di dalam bekas kaca itu. Aku hanya berdiri di sebelah lelaki itu. Arif mengangkat kepala memandang aku.
" Duduklah. " aku hanya menurut dan punggung dilabuhkan di atas kerusi di sebelah Arif.
" Choose one. "
" Haa? "
" Choose. Mana yang kau nak? " terkebil-kebil mata aku. Takkan nak beli cincin kahwin kot sekarang.
" Nak buat apa? Lagi pun kita kahwin kan lama lagi. Baik beli next week. " aku memandang Arif yang turut memandang ke arah aku.
" Aku busy nak exam second sem ni. Kau pun dah nak exam kan. Mana sempat. Aku tak nak kacau kau. Alang-alang dah keluar sama-sama ni, baik beli sekarang. " aku hanya menganggukkan kepala. Ada betul jugak apa yang si Arif ni katakan. Aku study pun masih main-main lagi. Berapa bulan lagi je nak SPM.
" Choose. " aku memandang ke arah cincin-cincin di dalam cermin kaca tadi. Aku menunjuk ke arah satu cincin yang menarik minat aku. Ada diamond kecik je. Tak serabut. Simple je.
" Tengok yang ni. " Arif berkata kepada seorang pekerja wanita yang daripada tadi setia menunggu kitorang berdua. Pekerja wanita tadi segera mengeluarkan cincin yang aku pilih tadi dan dihulurkan kepada aku.
Aku sarung ke jari manis kiri aku. Muat! Hoho. Nampak tak. Aku dah kurus sekarang. Muahh.
" How much? " Arif bertanya kepada pekerja wanita tadi.
" RM 2,800 sahaja. " tercekik air liur aku dengar. Simple pun sampai 3k. Ouh lupa. Ni kan Habib. Bukannya mainan tikam-tikam singgit dua yang duk pusing-pusing lepastu keluar bola pokemon tu. Kalau yang tu nasiblah dapat hadiah apa.
" Kau betul nak yang ni ke? Tak nak yang lain? Cuba tengok yang ni. " Arif menunjukkan jarinya ke arah cincin yang mempunyai batu belian yang besar. Cantik. Tapi aku tak suka.
Pekerja wanita tadi mengeluarkan cincin yang Arif tunjukkan tadi dan dihulurkan ke arah aku. Aku ambil jugaklah. Tak nak kecikkan hati Arif, jadi aku pun sarung pada jari manis. Longgar sikit. Aku tunjukkan ke arah Arif.
" Lawa ke? " dengan muka jengkelnya aku bertanya kepada Arif.
" Lawalah. Kau nak yang mana? " apa taste dak Arif ni. Tahulah kaya. Kereta besar, rumah besar, bini bes- eh tak tak. Bini dia cute je.
" Berapa? " aku bertanya kepada pekerja wanita itu.
" RM 5,450. " dapat aku beli Samsung S8 lagi dua wey. Gila lah! Adui. Perlu ke cincin bagai ni?
" Kau nak yang mana? " aku memandang Arif. Aku kemudiannya mengangkat cincin yang pertama aku pilih tadi.
" Serius? Tak nak yang ni? " Arif menunjuk ke arah cincin yang dia pilih tadi. Adui Arif ni. Kau belum lagi jadi suami aku, jangan lah buat aku rasa nak jadi pisau cukur.
YOU ARE READING
Unexpected Marriage
Teen Fictionapa kau rasa bila kau kena kahwin paksa masa kau masih lagi layak bergelar ' budak-budak baru nak up ' ?