Aku terjaga dari lena disebabkan kesejukkan. Aku buka mata perlahan dan memandang sekeliling bilik. Sedar yang aku masih di bilik Mike, aku terus bangkit dari tempat tidur. Aku menarik comforter dan membalut tubuhku yang terdedah tanpa seurat benang. Mike tiada disitu. Mungkin dia di ruang tamu kerana tiada sebarang bunyi di bilik air.
Aku terus keluar dari bilik dengan comforter masih membaluti diri. Terlihat Mike sedang duduk di sofa. Kelihatan seperti sudah mandi. Aku datang menghampirinya.
"Morning baby... lena betul you tidur. Kenapa tak mandi lagi? I dah sediakan baju untuk you. Tengok dalam paper bag atas meja dalam bilik." Balas Mike. Seperti biasa, dia tersenyum manis.
Belum sempat aku ingin duduk sebelahnya, ada satu suara menyapa.
"Tuan, breakfast dah siap. Jemput makan." Aku menoleh ke arah suara itu. Kelihatan seorang makcik yang berdiri di sebelah meja makan. Terkejut aku dibuatnya. Kemudian makcik itu memandang aku. Dia memberikan senyuman kepadaku.
Mak dia ke? Kakak dia ke? Gila ke kau Lia? Takkan mak dia kot. Tak dengar ke dia panggil Mike 'tuan'! Mungkin orang gaji kot! Fikirku dalam hati.
"Okay baby, breakfast dah siap. You nak makan dalam keadaan macamni or nak mandi dulu? I dont mind." Tanya Mike sambil matanya melihat aku dari atas ke bawah.
Oh my! Aku tak pakai baju! Malunya! Bukan malu pada Mike. Tapi makcik kat depan aku ni. Makcik tu hanya tersenyum. Aku membalas. Padahal nak cover malu.
Mangkuk ayunlah kau ni Lia. Aku terus lari masuk ke bilik.
Selesai mandi, aku mendapatkan beg kertas yang Mike cakapkan. Aku mengeluarkan baju di dalam. Sehelai baju kebaya nyonya warna merah dan dihiasi sulaman. Dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Eh.... pakaian dalam pun ada. Mike beli sendiri ke? Selalunya lelaki kan malu dengan hal-hal begini. Aku terus menyarung pakaian . Wajahku di dandan biasa. Rambutku diikat satu. Ok siap. Pergh... Lia. Macam gadis kampung zaman dulu. Aku terus keluar daru bilik. Miker seudah menunggunya di meja makan.
"Wow.. you look so gorgeus. Jom breakfast." Mike bangun dari kerusi dan mencium pipi kiriku. Kerusi ku ditarik dan aku duduk. Sebenarnya aku malu Mike mencium pipiku sebab makcik itu sedang memandang ke arah kami. Dah la tiada sebarang ikatan, bermalam di rumah lelaki, buat aksi tak senonoh. Mesti makcik tu fikir aku macam-macam.
"Jom makan sekali makcik." Tanpaku sedar, aku mengajar makcik tu makan bersama. Aku di ajar oleh arwah ibu untuk bersopan dan tidak kurang ajar depan orang tua.
"Ehh.. takpa. Makcik dah makan. Cik dan Tuan saja yang makan, makcik masuk ke dapur dulu." Jawab makcik tu seperti serba salah dan terus berlalu ke dapur tanpa sempat aku membalas.
Mike hanya terdiam. Dan menyuap nasi lemak ke mulutnya. Tekak melayu jugak mamat ni. Desisku dalam hati.
"Hmm.. bila you nak hantar I balik?" Tanyaku beberapa minit kemudian.
"Kenapa you tak suka duduk sini? Ke you rindu dengan pelanggan-pelanggan you? Jawab Mike. Aku sungguh berkecil hati dengan jawapannya.
"Mike... bukan itu maksud I. You pun tau maksud I kan? Kalau nak fikir logik, sekarang ni pun I masih tengah bekerja." Balasku. Aku bukan sedang bercuti sekarang. Aku dibayar untuk ke sini. Mike pelanggan aku. Dan aku G.R.O yang melayannya.
"Yes . And you pun sekarang tengah bekerja. I pay for it. Bukan sikit harganya I bayar pada Mummy you tu. So, diam dan layan I saja. Aku tersentak dengan kata-kata Mike. Okay. Aku sedar siapa aku. Jangan harapkan yang lebih, Lia.
Kami kemudian diam sahaja sepanjang sarapan. Selesai makan, Mike terus ke ruang tamu menonton televisyen. Aku ingin mengemas meja makan tapi dihalang oleh makcik tadi. Akhirnya aku masuk ke bilik.
YOU ARE READING
G.R.O
Romance"Sungguh aku taknak kerja macam ni. Tapi aku terpaksa. Ya. Aku ulang, aku terpaksa. " -Atilia-