"Aku terima nikahnya Airis Imani binti Amran dengan mas kahwinnya..." Dua kali lafaz barulah mereka sah menjadi suami isteri. Tangan diangkat mengaminkan doa. Wajah gadis yang baru sahaja menjadi isterinya itu dikerling.
]"Tahniah, Airis. Semoga kekal hingga ke syurga," bisik Jannah ditelinga si teman baik sewaktu menuntut UiTM Kuala Terengganu itu.
"Thanks, sahabat. Insya-Allah," bisik Airis kembali dengan dada berombak kencang. tangannya menggigil. Takut!
Si suami mendekatinya dengan senyuman manis. Airis langsung menunduk ke bawah melihat tangannya yang merah berinai itu. Jannah hanya tersenyum melihat gelagat Airis. Sewaktu di Terengganu, gadis itu tidak pernah menyebut tentang lelaki yang bernama Al-Hafiz Badri yang kini sudah menjadi suaminya. Tup tup aje sampai kad kahwin padanya. Gadis itu memang suka benar berahsia!
"Airis, tangan tu meh sini," ujar Al-Hafiz. Airis panggung kepala.
"Hah?"
"Aku nak sarungkan cincin ni. Kau nak bagi aku sarung cincin ni dekat kaki kau ke?" soal Al-Hafiz dengan nada mendatar seraya mengerling kaki si isteri yang berstokin itu.
"Apa ni?" Marah Airis. Baru aje kahwin, dah buat orang geram!
"Al, behave!" Tegur Acik Mie, merangkap bapa mertua Airis. Bukan dia tidak tahu perangai nakal anak lelaki tunggalnya itu.
"Padan muka!" Bisik Airis dengan senyuman kemenangan.
"Tak payah nak suka sangat. Tunggulah malam ni. Siap kau!" Al-Hafiz mengetap bibir geram.
Airis telan airliur. Kelat. Pahit. Alamak! Lupa daa.. Boleh pulak aku pergi buat main dengan mamat ni.
Cincin bersarung dijari manis Airis. Segera gadis itu menyalami Al-Hafiz. Tangan si suami dicium lama. Sempat lelaki itu mengusap kepala Airis. Bibirnya terkumat-kamit membaca doa seraya tangan masih melekat diubun-ubun kepala Airis.
Alhamdulillah, ya Allah. Kau permudahkan urusanku untuk menyunting gadis ini menjadi isteriku. Tabahkan hatiku dalam menjalani tugasku sebagai seorang suami. Janganlah hendaknya hati ini berbelah bagi untuk menerima segala kekurangan isteriku. Redhailah ikatan yang terjalin antara kami.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
"Abang! Janganlah kacau," Airis dah memuncung. Suami aku ni laa..
"Mana ada abang kacau sayang. Abang tengok ajelah," ujar Al-Hafiz dengan sengihan nakal. Airis mengecilkan matanya.
"Abang pergilah kat dapur tu. Makan apa yang ada. Jangan kacau Airis nak buat kerja ni," rengek Airis. Hari-hari bila tidak bertapa dihospital, suaminya itu melakukan kerja part time dengan jayanya iaitu menganggu Airis berkarya.
"Ala. Abang bosanlah. Sayang tu kalau dah mengadap manuskrip, abang yang handsome ni pun buat macam tak nampak," rajuk Al-Hafiz. Tergelak Airis mendengar rajuk si suami.
"Handsome ke?" usiknya. Al-Hafiz memuncung.
"Buat main laa." Airis berhenti menaip. Dipandang wajah suaminya yang sudah memuncung itu. Comel pulak laki aku ni.
![](https://img.wattpad.com/cover/113217230-288-k857471.jpg)