Aku tidak lagi memberikan layanan apatah lagi masa seperti dua bulan sebelum ni. Sumpah aku katakan yang aku tidak lagi punya rasa seperti dulu.
Hari demi hari aku memikirkan pengakhiran cerita. Aku sangka tulisan "Azizah" sebelum ini adalah yang terakhir. Lihat, aku masih menulis mengenainya.
Ok alang-alang aku dah menulis biar aku ceritakan apa yang terjadi sepanjang minggu ni.
Kelmarin merupakan hari di mana aku terpaksa hadap 1 test Business Math dan 2 presentation iaitu IR dan QM. Malam sebelumnya aku rasakan singkat.
Biar aku saja yang tau peritnya malam tu sampai aku terpaksa tidur pukul 5 pagi dan bangkit semula tepat 6.45 pagi.
Aku sebenarnya nak je sambung tido tapi disebabkan aku terkejut sebab Zufar call aku. Ada je beberapa orang yang call aku tapi aku cam lek lu awal lagi.
Aku gi kelas pukul 7.30 wei bapak awal siak tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku. Settle hadap test tu aku gerak pergi kelas IR dengan beg aku yang apak berat la sial.Disebabkan ada lagi orang dalam kelas tu, aku letak la beg Converse hitam aku tadi dekat luar kelas.
Aku pun pergi la toilet dulu. Balik dari toilet nah aku ternampat dua ketul manusia depan kelas. Azizah dan Aida rupanya. Aku mengambil tempat lalu duduk di atas lantai. Masa tu aku tengah layan lagu sambil pakai earphone.
Dengan penuh cover, aku tidak mempedulikan dua ketul manusia tadi. Aku rasa cam ada orang panggil aku, tapi lantak lah. Aku dah tak nak ada kena mengena dengan Azizah. Kawan dia sekali semua taknak, taknak!
Sekali,
"Papp!"Ada pen terbang la mat. Betul-betul kena kepala aku. Aku melihat ke arah pen itu dibaling.
Aida ke Azizah yang baling pen ni?
"Sori, wei nak tanya yang borang untuk presentation ni pakai dedua borang ni atau satu ni je?", Aida bertanya perihal borang untuk presentation Industrial Relation, IR.
Azizah hanya melihat reaksi aku untuk menjawab pertanyaan Aida.
"Erk ada kena isi borang ke? Alamak, asal aku tak pernah tau."
"Kau ni, haish."Beberapa saat kemudian, Kamaliah muncul. Kamaliah merupakan class representative untuk kelas IR. Aku rasa soalan tadi lebih layak dan tepat untuk dijawab oleh Kamaliah.
"Kama, borang ni nak pakai dedua atau salah satu?",Aida bertanya.
"Oh pakai borang B je. Borang B ni untuk kita evaluate team member punya kerja. Satu group 3 orang kan? So setiap sorang kena ada satu borang.", Kamaliah memberikan sedikit pencerahan."Err boleh tak kalau aku pinjam untuk fotostat jap?", tanpa segan silu aku bertanya kepada Aida.
"Nah amik lah. Jangan lambat pulak.", Aida membalas.
"Baik."Dengan pantas aku menuruni tangga menuju ke koperasi berdekatan. Masa-masa camni la orang nak jalan lambat. Aku ni dah la nak kena rushing. Entah sempat ke tak. Jap, entah bukak ke tak? Tapi kenapa aku rasa mesin fotostat tu rosak takpun habis ink.
"😑"