LUAHAN

19 0 0
                                    

Ke hadapan May

Nota ini mustahil untuk kau membacanya melainkan kau mengetahui kewujudan Wattpad ini.

Ketahuilah bahawa kita telah berhubung selama 110 hari. Ingatkah dikau saat pertama kali kita bertegur sapa? Alaa, yang Arifudin bilang bahawa aku memuji kecomelan dikau. Aida ada di sebelah kau waktu itu.

Saat pertama kali aku jatuh hati dengan pandangan mata di sebalik cermin mata kaca itu.

Mana mungkin aku melupai saat itu.

Aku mengorak langkah pada malamnya memohon maaf di atas kelakuan Arifudin. Tapi jikalau dia tidak berbuat sedemikian, aku rasa kita berdua masih asing dan aku tidak akan mengenalimu sampai ke saat ini.

Setiap kali kita duduk berhampiran di dalam kelas, aku begitu malu untuk menegur dikau.

Sedarkah dikau aku yang selalu memerhatikanmu. Berseri, bagaikan bintang?

Aku yang kadang memerhatikanmu yang hampir terlentok sewaktu pensyarah mengajar di hadapan kelas.

"Comel.", aku tidak dapat menafikannya.

Hana seolah memahami apabila aku menyatakan perassan aku. Dia mengatur rancangan untuk kita keluar bersama. Kadang aku bengang dengan Hana yang tidak membawa ku bersama keluar sewaktu adanya engkau.

Semakin hari aku memahami yang Allah itu Maha Merancang. Aku sedar yang aku perlu tenang dan mengikut perancanganNya. Aku tidak lagi gopoh seperti dahulu. Aku perlu tenang dan relaks.

Semakin aku mengenali kau, semakin banyak perkara yang aku rungkai. Kau itu orang yang menyimpan segala cerita di sebalik pandangan mata itu.

Aku mula membetulkan diri supaya aku setanding engkau.

Hampir setiap minggu aku akan rasa untuk mengalah, tetapi apakan daya. Aku mahu memiliki engkau sebagai suri hati di singgah sana hati kecil ini.

Aku tahu perhubungan ini akan mengambil masa yang agak lama. Sampai kau betul-betul mempercayai dan selesa dengan aku. Aku akan terus menunggu.

Bismillah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAY : ENDINGWhere stories live. Discover now