Di sini saya ingin menyatakan bahawa pada sebelum ini saya jarang berjumpa gadis dengan ciri-ciri berikut:
1. Durian
Azizah pernah cakap yang dia tak makan durian. Dia juga tidak boleh bau durian, barangkali pening.
Kedua ibu bapanya makan durian kecuali dia dan abangnya. Katanya kalau parent dia nak makan durian, diorang akan makan dekat luar.
Aku bukanlah peminat tegar buah durian tetapi aku cuma jarang makan. Seluruh ahli keluarga aku meminati buah durian.
2. Aiskrim
Azizah tidak suka akan aiskrim kerana menurutnya ia adalah makanan yang manis. Tapi tak mengapa kerana dia sendiri sudah manis, "😅".
Aku ialah seorang peminat aiskrim. Perisa kegemaran semestinya coklat. Perusahaan aiskrim sudah semakin maju dan boleh didapati di mana-mana sahaja. Aku juga meminati ,Mcflurry Oreo Mcd kerana rasanya yang manis dan ranggup biskut oreo.
Tetapi menurut aku, aiskrim yang terbaik adalah aiskrim kon yang aku dapati dengan harga seringgit dari pakcik/uncle yang menjualnya di majlis kahwin/kenduri kendara yang masih menjadi sebahagian memori kecil aku. Keriangan kami sebagai anak kecil sewaktu berumur 7 tahun sememangnya membuat aku rindu pada zaman itu.
3. Coklat/Gula-gula
Kebanyakan gadis di luar sana menggemari coklat, tetapi tidak bagi Azizah. Katanya ia akan menjadi sukar sekiranya bakal bf memberinya coklat sebagai hadiah istimewa kerana dia memang tidak meminati coklat.
Aku boleh makan coklat tetapi kurang membelinya kerana kadang rasa coklat ini terlampau manis. Aku cuma risau gigi aku akan rosak. Tetapi aku percaya bahawa coklat mampu menggembirakan sebahagian orang yang sedih. Aku pernah mendengar kisah ini sebelumnya.
4. Kuih
Kuih merupakan antara makanan wajib bagi rakyat Malaysia untuk dijamah samada waktu pagi atau petang.
Azizah ialah gadis pertama yang aku jumpa tidak menggemari kuih. Aku sendiri meminati kuih kerana ia terdapat pelbagai jenis dan susah untuk aku jemu memakan kuih kerana pembuat kuih terdiri dari golongan veteran seperti makcik aku.
Makcik aku ialah seorang pembuat kuih bersama arwah suaminya dahulu. Bilang saja kuih apa kerana semuanya boleh dibuat. Ramai rakan-rakan arwah suaminya menempah kuih dari mereka bagi majlis tertentu atau kenduri.
Semenjak arwah pergi meninggalkan makcik, aku melihat dia sudah tidak seriang dahulu. Asal masak je mesti banyak dah la sedap! Walaupun aku sering melihat mereka kadang bertelagah tapi aku dapat merasakan keduanya saling menyayangi antara satu sama lain. Arwah pakcik sebenarnya suka mengganggu anak kecil dan kebanyakkan anak kecil akan menangis kerana ketakutan.
Sewaktu pagi arwah meninggal dunia, aku sendiri terkejut dan sebak. Arwah sering menolong aku sebelumnya. Arwah jugak pernah mengambil aku dan rakan2 (dalam edisi Intan Payung). Semoga arwah dipermudahkan urusannya. Ameen.
