1. Kopi O
Pada malam pertama kami lepak sekali, minuman yang Azizah order adalah kopi o ais. Beberapa hari selepas itu kami lepak di Mcd untuk sarapan pagi dan minuman yang dia pilih adalah kopi o panas.
Aku dapat menyimpulkan bahawa kopi o adalah minuman kegemarannya. Barangkali tangga pertama.
Berbeza dengan aku yang lebih menggemari kopi susu. Aku sendiri ialah pembuat kopi sebelumnya jadi aku banyak menemui jenis-jenis kopi yang lain samaada kopi sendiri atau campuran dengan kopi. Aku lebih menggemari aussie latte kerana nisbah kopi lebih banyak berbanding susu. Proses membuat aussie latte sendiri ternyata lebih sukar berbanding cappucino dan latte kerana cara pembikinan susunya berbeza.
Namun setiap kali merindui Azizah, aku akan order kopi o panas pada waktu petang atau kopi o ais pada waktu malam. Aku dapat merasakan kehadirannya walaupun tanpa roh dan suara.
2. Minuman bergas
Azizah tidak menggemari minuman bergas. Semoga aku tidak lupa mengenai hal ini. Aku sendiri minum sahaja semua jenis minuman tanpa ada pantang larang atau pengecualian.
3. Minuman mengikut musim
Katanya, kadangkala dia akan order minuman ini berdasarkan musim. Sebagai contoh musim teh ais, jadi dia akan order teh ais sahaja untuk musim itu. Kalau sudah jemu, minuman akan berubah mengikut kehendak dan musim.
