Kasut merupakan aksesori paling penting dalam hidup aku. Minat aku terhadap kasut bermula sejak aku memasuki diploma di UiTM Arau. Walau bagaimanapun aku cuma lebih selesa memakai kasut hitam casual seperti Edwin kerana ianya mudah dipadankan. Boleh dikatakan sepanjang 2 tahun, aku akan menggantinya cuma jenama yang berbeza tetapi dengan ciri-ciri yang sama iaitu hitam.
Kasut seterusnya Macbeth biru yang aku beli di pusat membeli belah. Harganya cuma RM70.00 dan aku rasakan ianya adalah kasut ciplak tapi kadang aku rasa macam ni adalah edisi kasut yang lama sebab kotak dia Macbeth. Tapi lantaklah asal boleh dipakai. Macbeth merupakan salah satu jenama kasut yang sering dipakai oleh pemain skateboard dan para pemuzik lokal di Malaysia. Harga sebenar kasut Macbeth selalunya menjangka nilai RM299.00 dan ke atas. Sepanjang aku memakainya selama satu sem, ramai rakan-rakan yang mengenali jenama ini memuji kasut ini. Yeah, aku pun cam "Ala, 70 je pun.".
Setelah tamat diploma, aku bekerja sebagai seorang pembuat kopi ataupun barista di salah sebuah kafe di Kulim iaitu Blackwood Chocolate & Cofffee. Aku cuma memakai kasut hitam dan diselangi Macbeth biru aku.
Sejak mengikuti perkembangan dunia skateboard dan muzik lokal underground, aku meminati Vans pula.
Vans adalah jenama yang begitu sinonim dengan dunia skateboard apatah lagi global. Tahun 1976 sehingga sekarang 2017, Vans masih menguasai pasaran kasut dunia. Aku menyimpan tekad untuk membeli kasut Vans High cut hitam yang berharga RM240.00 dengan gaji pertama aku. Guess what, gaji pertama aku cuma RM600.00 dan aku terus membeli kasut yang aku idamkan di IOI Shopping Mall Putrajaya sewaktu mengambil adik perempuan aku yang bersekolah di Putrajaya.
Tips untuk memakai High cut ni adalah anda wajib memilih samaada untuk dipadankan dengan seluar skinny ataupun short pants. Sekiranya anda memakai jenis seluar biasa, kasut ini tidak akan menyerlah.
