"Oh tidak, Kate,"kata Henry sambil melihat Kate dimakan hidup-hidup.
Henry mengangkat Alisa yang terkejut dengan ape yang telah terjadi.Selepas Henry membawa Alisa masuk kedalam van dia terus mengambil pistol dari poket Alisa dan terus menembak walker itu dan melihat Kate yang masih bernafas.
"Henry....bu..nuh saya seka..rang sebelum saya ber..tukar menja..di wal..ker,"balas Kate lemah.
Henry dengan hati yang berat mengacukan pistol dikepala Kate.
"Maafkan saya Kate,"kata Henry sayu.
Henry memandang kebelakang dan terus melepaskan tembakan tanpa melihat Kate.Selepas berbuat demikian,Henry terus berjalan kearah van dan mengangkat Alisa yang hampir pitam.
"Andrew, ambik semua makanan, ubat dan apa saja keperluan.Letak semua tu dalam beg sandang kamu.Kalau tak muat letak dalam beg sandang Alisa sikit.Lepastu kamu bawa beg sandang Alisa sekali.Jangan lupa ambik kayu besbol yang ade dalam van,"arah Henry.
Andrew terus mengambil semua barang keperluan didalam van itu.Selepas memastikan tiada barang yang tinggal, Andrew terus berlari kearah Henry.Sebelum mereka berjalan kedalam hutan, Andrew sempat mengambil jam tangan kepunyaan Kate iaitu ibunya.Jam itu boleh dijadikan kenangan untuk mengingati ibunya itu.
"Baiklah, mari Andrew.Kita perlu cepat.Kumpulan walker yang banyak itu semakin hampir,"kata Henry.
Mereka terus berlari kedalam hutan.Tiba-tiba mereka ternampak satu lori lama berada dibawah pokok.Mereka terus menghampiri lori itu dan menemui 2 walker dibahagian depan lori.Andrew terus mengambil pistoldari poket pakciknya dan menembak kedua-dua ekor walker dari luar sehingga walker itu tidak bergerak.
"Bagus Andrew.Nampaknya awak dah belajar menggunakannya,"kata Henry.
"Saya sedang cuba untuk menggunakan pistol ini dengan sebaiknya,"balas Andrew.
"Baiklah.Gunakannya jika perlu saja,"kata Henry.Henry berjalan ke belakang lori dan membuka kontena belakang lori itu.Henry mengambil lampu suluh dan menyuluh kedalam kontena.Henry terus masuk kedalam kontena bersama Andrew.
"Kamu jumpa apa-apa Andrew,"tanya Henry.
"Tak lagi pakcik", balas Andrew.
"Pakcik rasa pakcik dah jumpa.Mungkin kita boleh bermalam dalam kontena ni."
"Pakcik rasa tempat ni selamat?"kata Andrew.
"Memang tak,tapi kita perlukan rehat.Lagipun hari dan semakin gelap.Sangat merbahaya jika kita berjalan didalam hutan pada waktu malam.Tengok dalam kontena ni.Pakcik rasa kontena ni dah cukup lengkap,"kata Henry.
"Yeke,"kata Andrew.
"Kalau kamu tak percaya tutup pintu kontena ni dan kunci pintunya dari dalam.Jangan risau pakcik dah periksa dalam kontena.Kontena ni selamat"'kata Henry panjang lebar.Andrew terus menutup pintu kontena dan menguncinya dari dalam.Keadaan dalam kontena gelap gelita.Henry terus membuka lampu suluhnya dan melihat di siling kontena.
"Tengok tu Andrew.Ade lampu kalimantang didalam kontena ni.Mungkin mereka menggunakan tenaga solar untuk mendapat tenaga elektrik,"kata Henry.
"Pakcik saya dah jumpa suis lampu,"kata Andrew.
"Bagus sekarang hidupkan suis lampu", kata Henry.Andrew terus menghidupkan suis lampu.Kontena yang tadinya gelap terus terang-benderang.Kontena itu seperti sebuah bilik.Ade peti ais yang telah dilekatkan didinding, tiga tilam dan selimut serta satu almari.
"Ade katil cukup untuk kita bertiga,"kata Andrew.
"Ye nampak gayanya begitulah,"jawab Henry.Henry terus menurunkan Alisa yang diangkat sejak tadi dan dibaringkan diatas tilam itu.
"Nampaknya Alisa terlalu terkejut dengan ape yang jadi.Dia perlukan ubat tu sekarang,"kata Henry.
"Ye nampaknya begitulah,"balas Andrew.
"Alisa jenis yang lemah semangat.Dia tak takut pada walker tapi dia tak boleh terlalu terkejut.Kalau dia terlalu terkejut dia akan pitam.Tapi pakcik pasti dia akan begitu jika kehilangan ahli keluarga saja.Itu kamu tahukan Andrew."
"Ye saya tahu."
"Pakcik rasa kita perlu beri ubat tu pada dia bila dia sedar nanti."
"Pakcik, saya nak periksa almari tu.Mana tahu ade ape-ape yang boleh digunakan,"kata Andrew.
"Pergilah,"balas Henry.Andrew berjalan kearah almari itu.Dengan perlahan-lahan Andrew membuka almari itu.
"Pakcik , dalam almari ni ade beg.Begnya besar dan boleh disandang."
"Buka beg itu dan tengok ape ade dalamnya,"balas Henry.Andrew membuka beg itu dan menjumpai empat batang senapang shortgun,tiga pucuk pistol, dua pisau, satu parang dan empat jaket.
"Andrew, apa yang kamu jumpa,"kata Henry.
"Saya jumpa banyak senjata.Cukup untuk kita bertiga,"balas Andrew sambil mengangkat beg itu untuk diberikan kepada Henry.
"Nampaknya kita tak perlu risau tentang senjata lagi.Cuba kamu buka laci yang ade dalam almari.Mungkin ade lagi,"kata Henry.Andrew berjalan kearah almari semula dan membuka laci.Kelihatan 6 beg pinggang.Andrew membuka beg itu dan mendapati bahawa ade peluru lebih dalamnya.
"Kita juga tak perlu risau tentang bekalan peluru.Kita ade peluru yang cukup untuk lindungi diri,"kata Andrew.
"Kamu jumpa peluru tambahan?COOL!!!"balas Henry.Andrew mengambil beg itu dan memakai dua darinya.Lagi empat diberikan kepada Henry.
"Terima kasih.Kamu rehatlah.Pakcik nak tengok dalam peti ais kalau ade ape-ape makanan,"kata Henry.
Henry bangun dan bergerak kearah peti ais.Peti ais dibuka dengan berhati-hati.
"Andrew, nampaknya kita ade banyak bekalan makanan,"kata Henry.
"Apa yang pakcik jumpa?"tanya Andrew.
"Dalam ni ade banyak coklat.Coklat ni boleh menambahkan tenaga,"balas Henry.
"Cool,Alisa mesti suka,"kata Andrew.
"Mari kita tidur.Esok kita akan teruskan perjalanan,"kata Henry.******************************
Keesokan paginya."Alisa, Andrew bangun.Kita akan mulakan perjalanan kita sekarang,"arah Henry sambil menyimpan semua bekalan makanan kedalam beg.
Andrew bangun dan terus memakai beg pinggang serta beg sandangnya.Dia mengambil pistolnya dan diletakkan dipoketnya.Pisaunya juga diletakkan didalam poket.Dia terus membuka pintu kontena sambil memegang shortgunnya.
Alisa juga berbuat demikian selepas bangun.
"Alisa, makan ubat ni dan minum air,"kata Henry.
Alisa tanpa banyak soal memasukkan ubat kedalam mulut.
Senjata mereka berbeza meskipun senjata Alisa dan Andrew sama iaitu pistol, pisau dan beg pinggang tetapi tidak buat Henry.Henry menggunakan parang dan bukannya pisau.
"Okey mari kita bergerak sekarang,"kata Henry.
Alisa dan Andrew mengikut belakang Henry.Mereka mengharungi hutan dengan langkah yang perlahan kerana risau dapat didengari oleh para walker.
Tiba-tiba Henry berhenti.
"Kenapa pakcik berhenti? Kita patutnya tak boleh berhenti,"kata Alisa.
"Shh.Senyap.Cuba kamu tengok tu.Ade kubu.Kalau ade kubu mesti itu tempat yang selamat,"kata Henry.
"Mungkin,"balas Alisa dan Andrew serentak.Tiba-tiba kedengaran bunyi orang menarik picu senapang dibelakang mereka.
"Jangan bergerak! Letakkan senjata,"bisik seorang lelaki dibelakang mereka.
Henry meletakkan shortgunnya ke bawah.Selepas itu, Henry menyuruh Alisa dan Andrew berbuat demikian.
"Sekarang angkat tangan ke atas dan pusing ke belakang perlahan-lahan,"arah lelaki itu.
Henry , Alisa dan Andrew hanya mengikut kerana takut diapa-apakan.
Lelaki itu memanggil seseorang dari semak dan secara tiba-tiba lima orang lelaki keluar dari semak itu.Kumpulan lelaki itu terus menolak mereka sehingga kedepan kubu dan mengacukan senapang ke atas kepala masing-masing.
Henry takut jika Alisa dan Andrew diapa-apakan.
...Sambung episode seterusnya....
![](https://img.wattpad.com/cover/113448859-288-k293817.jpg)
YOU ARE READING
Survive(BAHASA MELAYU)
FanfictionIa sebuah kisah tentang Henry yang kehilangan kedua ibu bapanya secara mengejut ketika diserang oleh zombie dirumah tetapi dia berjaya menyelamatkan dirinya bersama isteri abangnya Kate dan dua orang anak abangnya Alisa dan Andrew.Kini dia dalam per...