Salah seorang dari lelaki itu tiba-tiba menjerit.
"Mark, buka pintu ni.Nampaknya kita ade tetamu,"kata lelaki itu.
"Tetamu? Siapa?,"balas Mark yang berdiri diatas kubu setinggi 12 kaki itu.
"Kami jumpa mereka terhendap-hendap lihat kubu kita, balas lelaki itu lagi.Mark melihat Henry, Alisa dan Andrew dari atas.Selepas itu, Mark memanggil kawannya didalam kubu.
"Pete panggil ketua dan penolong kita.Mereka pasti nak tengok tetamu ni,"kata Mark.
"Baik, Mark,"balas Pete.Tiba-tiba pintu kubu itu terbuka dan keluar 10 orang bersenjata mengawal kubu dari luar.Selepas itu, keluar dua orang lelaki yang memegang pistol.
"Apa yang berlaku? Saya ingat dah takde penceroboh,"kata salah seorang lelaki dari dua orang tadi.
"Oh tuhan,"kata lelaki tadi.
"Ayah?"kata Alisa dan Andrew serentak.Henry yang tadinya pandang ke atas terus memandang kepada dua orang yang keluar tadi.Dia amat terkejut.Rupa-rupanya itu abang dan pakciknya.
"Alex? Betul ke ini awak,"kata Henry sebak.
"Ye ini saya,"balas Alex.Andrew dan Alisa tanpa berlengah terus berlari kearah Alex.Tiba-tiba satu das tembakan terkena pada bahu kiri Andrew.Alisa yang mulanya berlari terus berhenti dan berlari kearah adiknya itu.Andrew mengerang kesakitan.
"HEI, MARK! KENAPA KAU TEMBAK DIA,"jerit Alex dengan nada marah.
"Dia nak serang ketua jadi saya tembaklah,"balas Mark selamba.
"Dia anak aku.Kenapa kau tembak.Dia masih budak,"kata Alex.
"Ma.....maafkan saya ketua.Saya..tak tahu itu anak ketua.Saya ingatkan dia....nak serang ketua,"balas Mark gagap.Henry yang juga terkejut dengan apa yang jadi terus berlari kearah Andrew.Andrew terlalu banyak kehilangan darah.
"Alex dekat dalam kubu tu ade hospital tak?"tanya Henry.
"Ade.Mari kita bawa dia ke hospital sekarang,"kata Alex.Alex terus berlari kepada Andrew dan mengangkatnya perlahan-lahan.Selepas itu, Alex masuk ke dalam bersama Andrew dan turut diekori oleh Alisa.
"Henry, jangan risau pasal Andrew.Saya akan uruskan,"kata Alex.
Sebelum Alex pergi ke hospital, dia memberi tahu sesuatu kepada Ben iaitu pakciknya.Selepas itu, dia terus berlalu pergi.
Ben berjalan kearah Henry dan mula menegur.
"Hai Henry.Kamu dah semakin matang sekarang,"kata Ben.
"Ye pakcik juga dah semakin tua,"gurau Henry.
"Biasalah tu.Peningkatan umur,"balas Ben.
"Henry saya nak bagitahu.Sebelum kamu masuk, kamu akan kami asingkan dulu dalam penjara,"kata Ben.
"APA! DALAM PENJARA?!Kenapa dalam penjara? Apa salah saya?"kata Henry bertubi-tubi.
"Ini untuk pastikan kamu tidak digigit.Kalau esok takde ape yang jadi dekat kamu, kami akan keluarkan kamu dan kamu boleh terus ke hospital.Jangan risau pasal tempat tidur kami sediakan banyak katil disana dan empat peti ais,"terang Ben panjang lebar.
"Tapi saya memang tak digigit,"bangkang Henry.
"Kami kene pastikan dulu.Disini tak kesah keluarga ataupun tidak peraturan tetap peraturan.Saya sebagai penolong kepada ketua iaitu abang kamu perlu ikut peraturan.Awak akan selesa disana nanti.Percayalah.Lagipun ini memang proses kemasukannya.Jadi terima sajalah,"kata Ben.
"Baiklah.Saya akan ikut.Tapi saya nak tanya.Kenapa peti ais banyak sangat asalkan saya sorang saja?"tanya Henry.
"Sape kata kamu sorang saja? Dekat sana nanti awak akan berkenalan dengan mereka.Semoga awak akan selesa disana,"balas Ben.Ben membuat isyarat tangan kepada lima orang pengawal.Lima orang pengawal itu memegang Henry dan mengheretnya ke dalam penjara dibawah tanah.Henry melawan membuatkan mereka sukar untuk mengheretnya kedalam penjara.
Sampai sahaja didepan penjara seorang daripada mereka membuka pintu penjara.Henry mengambil peluang menendang orang yang memegangnya tetapi tidak berjaya kerana dia lupa terdapat lagi empat orang memegangnya.
Selepas lelaki tadi membuka pintu pagar, dia terus memukul kepala Henry hingga Henry pengsan.Selepas itu, mereka mengheretnya masuk ke dalam penjara.
"Darcy,kau tekapkan kepala dia dengan ais kejap lagi.Aku terpaksa hentam kepala dia.Tak reti duk diam,"kata lelaki yang membuka pintu penjara tadi.
"Baik Eli.Saya akan,"jawab Darcy yang berada dalam penjara.Selepas itu,Eli keluar dan mengunci semula pintu penjara itu.
******************************
Henry membuka mata perlahan-lahan dan ternampak seorang lelaki sedang menekap kan ais dikepalanya."Saya.....saya kat mana,"kata Henry lemah.
Henry rasa sangat sakit pada bahagian kepala ketika cuba bangun.Henry cuba bangun tetapi dihalang oleh Darcy.
"Jangan bangun lagi.Awak tak sembuh lagi.Benjol dekat kepala awak masih belum surut.Rehat dulu,"kata Darcy.
"A...awak sape?"tanya Henry.
"Hai, nama saya Darcy.Saya juga dikurung dalam penjara
ni.Mulanya saya perlu duduk sehari je tapi saya ade luka sikit dekat tangan saya buat saya perlu duduk lama sikit kerana disyaki saya dijangkiti,"kata Darcy memperkenalkan diri.
"Banyak cakap juga awak ni,"balas Henry.
"Mana ade,"kata Darcy.
"Kita kene cari jalan keluar.Mana boleh duduk dalam ni je,"kata Henry.
"Cubalah macam mana sekali pun.Saya dah pernah cuba tapi tak boleh.Takde jalan lain lagi,"kata Darcy.
"Cuba awak tengok gerigi besi atas tu.Besi tu longgar.Mungkin kita boleh keluar ikut situ,"kata Henry.
"Bijak.Memang bijak,"puji Darcy kepada Henry.
"Jangan puji lebih.Saya biasa-biasa je,"balas Henry malu.Henry mula memanjat kerusi yang ade berdekatan dan cuba untuk menarik gerigi besi itu tetapi tidak berjaya.Tiba-tiba Eli datang semula dan membuka pintu penjara itu.Henry cepat-cepat turun sebelum dilihat oleh Eli.
"Henry, awak boleh keluar sekarang,"kata Eli.
"Kenapa awal sangat.Bukan saya kene keluar esok ke?"balas Henry.
"Ini atas permintaan abang awak.Saya sebagai orang bawahan perlu mengikut arahan, balas Eli.Henry tanpa banyak soal terus keluar dari penjara itu.Sebelum dia beredar, dia berkata kepada Darcy,"Saya akan cuba keluarkan awak dari sini secepat yang mungkin."
Henry terus berjalan mengikut Eli sehingga bertemu abangnya semula.
"Alex, kita bertemu lagi,"kata Henry.
"Nampaknya macam tulah,"balas Alex.
"Jadi boleh awak izinkan saya tengok Andrew dihospital sekarang?"tanya Henry.
"Saya tak boleh melarang kamu.Lagipun memang Andrew tengah cari kamu,"kata Alex.Henry terus berlari kearah hispital itu setelah mendapat kebenaran Alex.Setelah sampai disana, dia terus terjah masuk ke dalam bilik Andrew.Andrew yang sedang berehat terkejut dengan tindakan Henry itu.
"Hei pakcik tak reti ketuk pintu dulu ke.Kalau saya kene serangan jantung macam mana?Sape yang susah? Pakcik juga,"marah Andrew kepada pakciknya.
"Maaflah.Pakcik terlalu risaukan kamu.Kamu macam mana.Sihat?"kata Henry.
"Saya dah semakin pulih.Doktor dekat sini ialah doktor pakar,"kata Andrew.Henry yang mendengar kata -kata Andrew berasa lega.Tiba-tiba kedengaran bunyi kecoh dibawah.Henry dengan beraninya turun kebawah untuk melihat ape yang telah terjadi dibawah.Sampai sahaja dibawah, keadaan huru-hara.
"Ape yang dah jadi?"kata Henry.
"Kubu depan tumbang.Beratus walkers sedang masuk kedalam kubu,"kata salah seorang pengawal.Henry terus berlari keatas dan masuk kedalam bilik Andrew.
"Kita kene gerak sekarang,"kata Henry.
"Tapi Andrew tak pulih sepenuhnya lagi,"balas Alisa yang ade dalam bilik itu juga.
"Kita terpaksa.Kubu depan roboh,"balas Henry....Sambung episod seterusnya......
→→→→→→→

YOU ARE READING
Survive(BAHASA MELAYU)
FanfictionIa sebuah kisah tentang Henry yang kehilangan kedua ibu bapanya secara mengejut ketika diserang oleh zombie dirumah tetapi dia berjaya menyelamatkan dirinya bersama isteri abangnya Kate dan dua orang anak abangnya Alisa dan Andrew.Kini dia dalam per...