Kehilangan lagi

91 4 1
                                    

"Bertahan Andrew.Jangan lepaskan tangan,"kata Henry kepada Andrew.

Tiba-tiba batu di bumbung yang dipijak oleh Henry mula bergerak sedikit demi sedikit kebawah.Henry mula risau.

"Pak cik, saya takkan selamat.Kalau pakcik tarik saya sekali, pakcik pun akan jatuh.Jadi sape nak jaga kakak,"kata Andrew sambil melihat walkers yang menunggunya dibawah.

"Tak jangan lepaskan,"kata Henry resah.

"Selamat tinggal pakcik.Jaga kakak saya baik-baik ye pakcik,"kata Andrew lalu melepaskan genggaman tangannya pada tangan Henry.

"TIDDAAKK!"jerit Henry sambil melihat Andrew dilahap oleh walkers.Alisa yang sedang berdiri di belakang Henry terkedu.

Alisa mula mengingati apa yang dikatakan oleh adiknya.

"Jaga kakak saya baik-baik ye pakcik"

Batu yang dipijak oleh Henry mula jatuh kebawah sedikit demi sedikit.Walaupun begitu,Henry tidak berganjak dan hanya kekal ditempat asalnya.

"Bila semua ni nak berakhir?Bila?"monolog Henry dalam hati.

Alisa dari belakang hanya menangis.Sape tak sayang adik?
Alisa perlahan menarik tangan Henry supaya mereka meneruskan perjalanan.

Henry hanya menurut dan berlari diatas bumbung itu bersama Alisa hingga ke lot kedai yang terakhir.

Henry melompat dari bumbung ke bawah diikuti oleh Alisa.Bumbung itu dekat dengan permukaan tanah, jadi ia memudahkan Henry melompat kebawah.

Selepas mereka melompat kebawah, mereka terus berlari kearah hutan untuk mencari tempat perlindungan baru.

Sementara itu disebuah bangunan berbentuk makmal.

"Profesor,kita kene cari penawar dengan segera.Kakitangan kita makin hari makin berkurang.Dari asalnya 300 orang kini tinggal 220,"kata seorang lelaki memakai kot putih.

"Saya tahu Arman, tapi kita tak jumpa penawar tu lagi.Saya pasti kematian 80 orang kakitangan itu bukanlah 'mati katak',"balas lelaki yang dipanggil profesor.

Arman hanya mengeluh sambil memandang keluar bangunan.Kelihatan walkers berkeliaran disekeliling bangunan.

"Sekarang ni apa kata kita cuba pakai tumbuhan.Kita ambik semua jenis tumbuhan dekat rumah hijau ditingkat atas dan buat ujikaji,"kata Profesor.

"Macam mana nak tahu berkesan?"tanya Arman.

"Kita tangkap satu zombie.Tapi pastikan zombie tu salah satu dari kakitangan kita,"kata Profesor.

"Macam mana nak kenal kakitangan kita yang ramai tu,"tanya Arman lagi.

"Kenapa kamu banyak tanya sangat? Semua kakitangan pakai tag pengenalan dirikan.Jadi tengoklah tag tu,"kata Profesor.

Arman hanya mengangguk dan meminta  untuk beredar.Arman bergerak ketingkat atas untuk mengambil semua jenis tumbuhan.

Dia turun kebawah semula dan bergerak kearah prof.Prof hanya melihat tindakan Arman.

"Mari kita pergi ke makmal sekarang,"kata prof.Mereka pun bergerak ke makmal di tingkat bawah.

Sesampai mereka dimakmal bawah, Arman terus memanggil beberapa orang kakitangan untuk membantu ujikaji itu.

Selepas hampir berjam-jam, akhirnya mereka menemui penawarnya.Penawarnya ada di dalam bunga matahari (author bedal je.Jangan ingat betul pulak)

"Sekarang kamu pergi cari zombie kakitangan kita,"arah profesor.Arman terus memakai baju khas untuk keluar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Survive(BAHASA MELAYU)Where stories live. Discover now