"Alisa,papah Andrew.Kita keluar sekarang,"kata Henry.
Alisa tanpa membantah terus memapah Andrew.Mereka keluar dari bangunan itu menggunakan pintu belakang.
Seluruh tempat didalam kubu telah dipenuhi oleh walkers.Keaadaan itu menyukarkan mereka untuk keluar dari bangunan.
Henry membuka pintu bangunan perlahan-lahan sebelum keluar diikuti Alisa yang memapah Andrew.Mereka terus berlari sehingga keluar dari kubu dan bersembunyi di dalam lot kedai yang telah usang berhampiran.
Sebelum masuk, Henry memastikan kedai itu selamat dihuni.Selepas semua sudah masuk, Henry cepat-cepat tutup pintu.
Fikirannya serabut.Senjata hanya tinggal pistol dan pisau.Tiada lagi bekalan makanan atau ubatan.
Macam mana Henry nak lindungi Alisa dan Andrew tanpa senjata dan bekalan makanan yang mencukupi?
Henry buntu.Kali ni otaknya rasa macam nak meletup.
"Okey Henry.Bertenang kau tak boleh panik macam ni,"monolognya sendiri.
"Okey, sekarang mari kita naik atas.Kita tengok ape yang ade."
Henry naik ke atas dan melihat sekeliling.Huh.Nasib selamat atas tu.
"Nampaknya kita kene tidur atas ni dulu.Keputusan muktamad.Cubalah selesakan diri dengan tempat ni.Pakcik akan berusaha untuk cari tempat lain."
"Kalau kita kene serang macam mana,"tanya Andrew.
"Pakcik akan pastikan kita tidur dengan aman harini.Pakcik jaga kamu berdua malam ni,"balas Henry.
Alisa dan Andrew hanya menurut sahaja kata pakcik mereka itu.Maklumlah pakcik mereka sahaja tempat mereka bergantung.Reda jelah.
......................................................
Andrew termenung melihat walkers dibawah.Teringat kenangannya bersama keluarganya ketika semua ini tidak berlaku.
"Kalaulah keadaan boleh jadi macam sediakala kan lagi bagus,"monolognya seorang diri.
Tapi dia tahu semua tu hanya angan-angan dalam keadaan sebegini.
Tiba-tiba satu tangan memegang bahunya lembut.Andrew memandang kebelakang untuk melihat empunya tangan.
Kelihatan Alisa sedang duduk disebelahnya sambil meletakkan tangan dibahu Andrew.
"Temenung ape tu,"tanya Alisa kepada adiknya itu.Adiknya hanya mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaannya.
Alisa faham dengan keadaan adiknya itu.Pada mulanya, dia juga seperti Andrew.Tapi dia cuba untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.
"Kalau macam tu takpelah.Jangan tidur lambat sangat.Kakak masuk tidur dulu,"kata Alisa lalu bangun dan bergerak ke arah selimut yang menjadi alas tidur mereka.
Andrew hanya mengangguk dan hanya hanya temenung melihat kebawah.Alisa hanya mampu menggelengkan kepala dan baring diatas selimut itu.
Alisa mula melelapkan mata dan akhirnya hanyut dibuai mimpi.Andrew melihat kakaknya yang telah tidur itu.
Beberapa minit kemudian, Andrew bangun dan berjalan kearah selimut itu.Dia juga sudah mengantuk dan mahu berehat.
Andrew baring disebelah kakaknya dan terus menutup mata.Henry hanya melihat dua adik-beradik itu.
Sebenarnya, Henry juga sudah mengantuk, tapi dia tetap mahu berjaga.Disebabkan dia terlalu mengantuk, dia bangun dan menuju kearah pintu yang memisahkan diantara tangga dan bilik atas itu.
YOU ARE READING
Survive(BAHASA MELAYU)
FanfictionIa sebuah kisah tentang Henry yang kehilangan kedua ibu bapanya secara mengejut ketika diserang oleh zombie dirumah tetapi dia berjaya menyelamatkan dirinya bersama isteri abangnya Kate dan dua orang anak abangnya Alisa dan Andrew.Kini dia dalam per...