Perjalanan bermula

234 7 5
                                    

"Henry, cepat balik.Adik sakit."

" Saya.....saya dalam perjalanan."
Henry sangat terkejut apabila mendapat panggilan dari Kate.Adiknya jarang sakit.Jika dia sakit untuk sekali, pasti teruk keadaannya.

30 minit kemudian

"Minta maaf Kate ,saya lambat,katanya pada Kate.
"Dia dah takde,"balas Kate.
"TIDAK!!!!!
"Pergilah masuk dalam mak dan ayah nak jumpa."

Henry dengan hati yang rasa bersalah melangkah masuk kedalam rumah.Henry terus berjalan sehingga ke depan ayahnya.Dia dapat melihat dengan jelas wajah ayahnya yang sedang menangis.

"Saya minta maaf ayah.Saya.....betul-betul minta maaf."

"Takpe, ini bukan salah kamu Henry."

Henry duduk disebelah ayahnya dan memeluk ayahnya.Dia juga sedih atas pemergian adiknya yang baru berusia 16 tahun.
Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari luar rumah.

"Bunyi ape tu?"tanya ayahnya.
Ayahnya tanpa ragu-ragu terus membuka pintu.Tiba-tiba ade seseorang menerkam kearah ayahnya menggigit ayahnya.Ibu Henry yang terkejut dengan peristiwa itu terus menolong ayah Henry tanpa berasa gentar.Akhirnya ibunya juga digigit.

Henry tanpa berfikir panjang terus mengambil kayu besbolnya di atas meja dan terus memukul orang yang menyerang ibu bapanya.

Kate dengan segera memanggil suaminya Alex.Dia segera membawa ibu bapanya ke dalam kereta untuk dibawa ke klinik.

"Alex, jangan ikut jalan besar.Jalan tu kene tutup.Ikut jalan lama."kata Henry pada Alex.

"Baiklah, Henry tolong bawa anak aku Alisa dan Andrew dengan kau.Kita jumpa dekat klinik nanti."jawab Alex.

3 tahun kemudian

"Kate, kita kene terus bergerak."
kata Henry.
"Jumlah mereka dah semakin banyak."balas Kate.
"Mari kita ke station 67.Mungkin kita akan dapat apa-apa yang boleh dipakai dan dimakan."jawab Henry.

Kate mengangguk lalu masuk ke dalam van.Henry juga masuk ke dalam van dan memandu ke station 67.

45 minit kemudian

"Kita dah sampai ke station 67.Mari keluar dan cari ape yang ade.Saya akan cuba ambik minyak dari kereta berdekatan."kata Henry.

Henry terus berjalan dan menemui sebuah lorong ke kawasan pondok lama.Tiba-tiba seorang "walker"sedang menuju kearahnya.Henry terus menendang kaki walkers itu hingga terjatuh dan menikam kepala walkers itu menggunakan pisau.Dia sudah biasa dengan semua ini.Dulu mungkin tidak.Tapi dia cuba menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Jumpa apa-apa tak?"tanya Henry kepada Kate.
"Tak.Tapi kita boleh cuba masuk ke bahagian dalam pondok tu.Mungkin disana ade apa yang kita cari,"balas Kate.

Henry masuk ke dalam pondok dengan berhati-hati.Apabila pasti pondok itu selamat, dia terus memanggil Kate diluar.

"Kate pondok ni selamat.Panggil Alisa dan Andrew.Mungkin mereka boleh tolong cari ape-ape yang perlu."
"Baiklah, saya pergi sekarang."
"Hati-hati Kate."

Henry meninjau sekeliling pondok.Tiba-tiba dia terpandang sebuah frame di atas meja.Dia mengambil frame itu dan melihat gambar didalam frame itu.Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan bersama seorang budak lelaki yang dilihat dalam lingkungan 12 tahun.Bila melihat gambar itu, dia teringat pada abangnya Alex.Dimanakah abangnya sekarang? Adakah abangnya masih terselamat atau telah menjadi sebahagian daripada "mereka"?

Selepas lama meninjau, akhirnya Kate datang semula bersama Alisa dan Andrew.

"Jadi apa yang boleh kami bantu pakcik?"kata Alisa.
"Macam biasa cari ape yang perlu sepaerti makanan atau ape-ape yang boleh dibuat senjata.

Alisa dan Andrew tanpa banyak soal terus mencari ape yang perlu.Tiba-tiba Andrew menjerit.

"Saya rasa saya dah jumpa ape yang boleh dimakan disini!"
"Saya juga rasa saya jumpa sesuatu yang boleh dijadikan senjata,"jerit Alisa pula.

Selepas mendengar jeritan mereka berdua, Henry terus berlari kepada Andrew yang berada di almari berhampiran penjuru pondok.

"Tengok pakcik.Saya jumpa yogurt, puding dalam tin dan maggi segera dalam cup,"kata Andrew.
"Bagus Andrew.Nampaknya kita perlukan air panas untuk masak maggi segera tu.Suruh mak kamu nyalakan api dekat luar.Kita akan makan disini dan rehat sebentar.Lepastu kita akan terus bergerak ke station minyak berdekatan station ni,"balas Henry panjang lebar.

"Boleh saya tanya pakcik,"kata Andrew.
"Tanyalah,"balas Henry ringkas.
"Sebenarnya ini station ape?"
"Ini sebenarnya pondok pengawal.Pondok ni ialah tempat orang meminta bantuan kepada para pengawal.Pengawal disini ibarat polis kerana balai polis jauh dari kawasan ni.Tapi sejak walker datang menyerang bandar,sesuatu tempat itu pakcik hanya akan panggil station.Senang sikit nak sebut,"terang Henry panjang lebar.
"Oh,macam tu."
"Dahlah pakcik nak pergi jumpa Alisa pula.Simpan semua makanan tu dalam beg dan masukkan dalam van."
"Yelah, pakcik."

Selepas berbual dengan Andrew, Henry pun terus bergerak kepada Alisa.

"Apa yang kamu jumpa Alisa?"tanya Henry.
"Saya jumpa pisau lipat dan pistol dalam laci."
"Sangat bagus Alisa.Kita bertuah kerana jumpa pistol.Bagi pakcik pistol tu.Bahaya kalau kamu yang pegang.Kamu masih dibawah umur untuk memegang senjata.Buat masa ini kamu hanya pakai kayu besbol yang ade dalam van,"kata Henry.

Alisa tanpa banyak soal terus menyerahkan pistol itu kepada pakciknya.Tiba-tiba bunyi bising diluar.Kelihatan Andrew berlari dengan tergesa-gesa kedalam rumah.

"Pakcik banyak walker yang menuju kearah kita!"kata Andrew dengan riak cemas.
"WALKER!?Andrew, Alisa cepat masuk dalam van,"kata Henry dengan begitu cemas.

Henry terus keluar dari pondok dan cuba melihat disekeliling.Kelihatan banyak walker yang menghampiri tempat mereka.
Kate, Andrew dan Alisa sudah berada dalam kereta.Henry dengan pantas masuk kedalam van.Enjin van cuba dihidupkan tetapi tidak hidup.Henry mencuba sekali lagi tetapi tetap tidak hidup.

"Alamak, alamak, gulai lemak.Kenapa tak hidup enjin van ni?"kata Henry dalam hati.
"Kenapa, Henry?"kata Kate.
"Enjin van tak hidup."
"Macammana sekarang ni.Mereka dah semakin hampir,kata Alisa.

Tiba-tiba ade dalam 5 ekor walker sedang mengetuk cermin van.Cermin van kelihatan retak.Bila-bila masa saja boleh pecah.

Henry terus keluar dari van itu sambil membawa tukul bersamanya.Lima walker yang berada di sekeliling van tertumpu kepada Henry.Tiba-tiba Alisa keluar dari van menggunakan pintu belah pemandu.

"Alisa ape kamu buat.Masuk dalam van sekarang,"kata Henry.
"Saya cuma nak tolong pakcik,"jawab Alisa.
"Kamu......baiklah kalau kamu nak tolong pakcik, ambik pistol ni."
"Macammana nak pakai pistol ni,"tanya Alisa.
"Tarik picu dan tembak.Senang je, balas Henry ringkas.

Alisa menembak 2 ekor walker dikepala manakala Henry bertarung dengan 3 lagi walker menggunakan penukul.

Henry memukul walker pertama dengan tukul dikepala.Tiba-tiba seekor lagi walker menerjah kebelakangnya dan membuatnya jatuh.Henry memukul walker itu dikepala tetapi walker itu masih hidup.

Henry terus bangun dengan segera sebelum walker itu sempat menangkapnya.Henry terus memijak kepala walker itu.

"2 ekor dah tumbang.Seekor lagi,"kata Henry dalam hati.

Henry mencari seekor lagi walker tadi.Dia ternampak walker itu cuba membaham Alisa.Tiba-tiba Kate keluar dan melindungi Alisa.Alisa selamat tetapi Kate telah digigit.

...Sambung episode seterusnya...
→→→→→

Survive(BAHASA MELAYU)Where stories live. Discover now