Jisoo..

569 32 3
                                    

                 Kau lari kat koridor kelas sebab kau dah terlambat 30 minit. Semuanya salah kakak kau. Kalau dia tak ajak kau buat manicure dan tido lambat semalam, mesti kau tak lambat pergi sekolah. Tapi benda dah jadi. Kau cuba lari sepantas Usain Bolt dan lari nak masuk kelas. Tapi seperti dalam drama Melayu, kau langgar seseorang. Tinggi pulak orang yang kau langgar tu.

            Bila kau dongak nak tahu siapa yang kau langgar, anak mata kau jadi besar dan hati kau dihimpit rasa happy yang teramat sangat. Orang yang kau langgar tu orang yang dah tiga tahun kau tak jumpa dan kau rindu! Iaitu kawan baik kau ,Hong Jisoo ataupun lebih dikenali sebagai Joshua. "Josh! "Kau pun panggil nama dia.

            Dia bagi kau senyuman heealing dia. Senyuman dia tu yang kau paling suka pasal dia. Senyuman tu lah yang boleh buat kau mati akal. "Ye, ni aku lah. Kau tak kenal aku ke? " Joshua pun tanya kau. Kau cepat cepat menggeleng dengan rasa tak percaya. "Betul ke ni kau? Apesal kau tinggi sangat! " Kau cuba nak lompat sebab nak samakan ketinggian kau dengan dia. Kau last jumpa dia masa sekolah rendah. Sekarang kau dengan dia dah tahun ketiga kat sekolah menengah.  Tapi masa akhir tahun sekolah rendah, dia terpaksa ikut omma dia ke Canada jadi kau terpisah ngan dia.

              
                "Ya betullah ni aku! Kau tak percaya ke? "Joshua buat muka berlagak. Mesti dia nak balas dendam sebab dulu kau selalu ejek dia pendek. "Macam mana kau boleh tinggi sangat ni! Kau makan pil ye? "Kau pun mula buat loyar buruk kau. Tapi Joshua tak layan kau. Sebaliknya dia tarik kau ke dalam pelukan dia. Lepastu dia berbisik kat telinga kau "Aku datang balik nak tuntut janji kau.. "

              Muka kau dah mula merah. Kau tolak dia kuat kuat. "Janji apa? " Dia pulak gelak tengok kau. "Kau janji dengan aku, kalau aku tinggi daripada kau, kau akan terima aku jadi namchin kau?  Ingat tak? " Joshua dah senyum meleret. Ah sudah. Kau tepuk dahi kau sebab buat janji mengarut macam tu. Kau pulak gelisah dengan ayat dia. Janji dah makan diri!

           "Tu masa keciklah! Dahlah aku dah lambat ni! " Kau pun terus gerak nak masuk kelas tapi Joshua pegang tangan kau dengan lembut. "(nama kau), Saranghaeyo.. Neomu saranghae"dia tersenyum penuh makna. Tapi muka kau dah bertambah merah. Kau taknak pandang dia. Kau diam je.

                "Jom teman aku makan.Kita ponteng sekolah okay? " dia ajak kau buat kerja jahat yang kau dah lama tak buat dengan dia. Tapi kau macam lembu dicucuk hidung. Kau ikut je dia. Korang berpegangan tangan ke luar sekolah. Yang peliknya Pak Guard tu tak tangkap pulak korang sebab ponteng sekolah. Mungkin dia faham ada cinta baru berputik. 😂
            
              Masa jalan dengan dia, dia sentiasa pegang tangan kau.
Kau pun biar jelah. Lagipun kau rindu dia. Tapi kau malu nak cakap kau pun suka dia. So kau pun diam jelah. " Kau suka aku tak? " tiba tiba je Joshua tanya kau. Kau pun panik. Apa patut kau jawab? "Kau tak suka aku ye, Tak nak aku jadi namchin kau ye" Joshua tiba tiba lepaskan tangan kau. Dia dah merajuk. Alamak.... Dia jalan tinggalkan kau.

               Kau pun kejar dia. "Josh!! Josh!! " Kau panggil tapi dia tetap jalan. Kau tak putus asa. Kau dah tekad nak bagitahu dia. Kau pun kejar dia pastu kau peluk dia dari belakang. "Weyh Joshua, Sara.. Saranghae! Nado saranghae! Sorry.. Ye aku janji aku akan tunaikan janji aku. Jangan tinggalkan aku lagi dah. Jebal!"Kau tutup mata dengan harapan dia rasa kesungguhan kau.

          Dan kau rasa pelukan kau dibalas. Dia berpusing lalu dia peluk kau. "Lainkali turunkan ego kau. Aku ingatkan kau tak suka aku" Joshua gosok kepala kau. Dan kau hembus nafas lega. "Jom makan "Korang berpegangan tangan pergi kedai makan. Yayy😆

Seventeen as your boyfriend 😉{COMPLETED}Where stories live. Discover now