Sumpah,
meluat bak hang dengan Amy. Apehal tah nak mengamuk tak tentu pasal. Nak cakap datang bulan, hari-hari aku tengok dia kat tempat 'girlskennodpray'.
Takkan lah cikgu tak marah dia sebab tak join solat jemaah?
Hehh. Bila ada yang report, usually cikgu akan jawab,
"Amy tu tak selesa nak solat kat sekolah. Dia lebih selesa solat kat rumah."
Habistu kitorang?
Hey dia kaya boleh lah cita. Cakap aje nak apa kat sekolah ni, semua dapat. Semua takut nak sentuh dia sebab Amy kan anak menteri apa tah. Malas nak ambil tahu. Semua takut sebab taknak kena saman ke apa. Ni lah manusia. Dengan manusia takut, dengan Tuhan tak takut pulak?
Tapi kalau nak solat kat rumah, yakin sangat ke nanti dia hidup lagi masa perjalanan nak ke rumah? Kang eksiden, tak sempat nak solat nak jawab lagu mana?
So, jangan contohi Amy ye. Kalau dah memang ada program solat berjemaah kat sekolah tu, join je la. Lantak la selesa ke tak. Asalkan kau tunaikan kewajipan. Kau tak tahu kau hidup ke lepastu. Toksah dok cilok mana-mana.
Haaa kan membebel dah aku.
Entahlah. Lantak pi sana minah gedik tu.
Serabut kening dok berkerut pasal dia.
Tetiba aku teringat lagi pasal Kimi.
Dulu, Amy ni tergila-gilakan betul si Kimi tu.Aku tak ambil kesah pun tapi bila dah terjebak dalam game Kimi, Amy mula serang aku.
Teruk jugak la kena prankkapakkk dengan dorang. Aku sabar je sebab sayang dengan Kimi.
Euwww bila imbas balik ni, rasa bodoh pulak.
✨✨✨✨
It such the happiest moment when the bell is ringing. Automatik kepala ni terbayangkan katil empuk kat rumah. Huaaaa.
Aku melangkah keluar dari sekolah dengan mata yang bersinar-sinar sebab aku dah terbayang sekali buku yang aku beli online haritu dan dijangka akan dihantar oleh abang posmen pada harini. Dan esok ialah hari Jumaat...... that's mean aku cuti lah! apa lagi ❤
Macam biasa, aku akan melalui lorong-lorong taman yang kelihatan menyeramkan tapi aku dah lali. Kalau ada hantu sergah aku sekarang pun, konfem aku tak terkejut. *riak.
Tetiba kedengaran hon kereta ditekan.
Aku toleh ke tepi, dan disana;
kereta Mercedes Benz yang super grand dipandu oleh abang kacak dan di tempat duduk belakangnya ada cicak kobeng.Siapa?
Farhan.
YOU ARE READING
Sedetik Lebih
Teen Fiction"penyesalan" Ya, itulah yang aku rasa sampai sekarang. Manusia ni memang akan hargai sesuatu itu selepas ia pergi selamanya, kan? Samalah dengan aku. Dia lah yang selalu buat aku tersenyum, menangis, ketawa dan macam2 lah. Tapi sayang, aku terlalu b...