Teaser sweet

16.4K 310 5
                                    

"Dah siap makan ke? Fya nak kemas." Safya tukar topik lain namun, matanya masih mengerling Zaffryel.

"Belum lagi. Suapkan abang, boleh?" Zaffryel senyum panjang, ada kelainan pada senyuman di bibirnya.

"Tangan sayang kenapa?" Tanya Safya sinis. Dia sudah bangun dari kerusinya, matanya langsung tidak memandang Zaffryel. Tangannya sibuk mengemas meja.

"Abang nak bermanja. Salah ke?"

Laju Safya menoleh. Dia mahu ketawa namun, ditahan. Memandang riak wajah Zaffryel sedikit melucukan. Dah macam budak-budak.

"Sayang jangan nak mengada-ngadalah." Bibir Safya terjungkit, mata sudah menjeling.

"Dah makan berat macam ni, abang nak yang ringan-ringan pula.?" Zaffryel tutur selamba saja kata-kata itu.

"Ringan apa?" Safya tak jadi angkat mangkuk di atas meja. Mata sudak menikam wajah Zaffryel yang beriak selamba. Ligat kepalanya memikirkan maksud kata-kata Zaffryel.

"Yang ringan-ringanlah tapi, kalau nak bagi yang berat pun abang terima saja." Zaffryel jungkit kening dengan senyum sinis terukir lebar di bibir.

"Apa yang ringan, apa yang berat ni?" Safya macam nak garu kepala. Time malam-malam macam ni, sel otaknya tak berapa nak berhubung. Kecik besar dia pandang wajah Zaffryel.

"Kalau yang ringan macam ni." Serentak itu, Zaffryel tarik tangan Safya dan membuatkan tubuh si isteri jatuh terduduk di ribanya. Belum sempat Safya berkata apa-apa, bibirnya sudah dicium tanpa amaran. Terbeliak mata Safya menerima ciuman spontan itu.

"Abang." Safya terjerit kecil sebaik dia menolak tubuh Zaffryel dan bibir mereka menjauh sedikit.

"Apa?" Zaffryel buat muka tak bersalah. Tubuh Safya ditarik makin rapat. Tangan kirinya memaut pinggang dan tangan kanan sudah mula meliar.

"Abang." Safya mengeliuk kegelian. Jelas suaranya sudah berubah apabila tangan s suami makin merayap ke tempat yang tak sepatutnya. Bibir terketap perlahan."

"I just need this as a dessert." Dan bibir Zaffryel sudah jatuh di pangkal dada Safya.

My Boss, Tengku Zaffryel (Terbit) Where stories live. Discover now