“Letih ke?” tanya Zaffryel apabila melihat Safya hanya diam, langsung tidak memberikan reaksi pada sentuhannya. Hanya wajahnya yang makin kemerahan.
“A bit.” Suara Safya jelas kedengaran keletihan. Selesai sahaja majlis nikah mereka tadi, dia melayan pula tetamu yang hadir. Penatnya tak terkata. Sakit segala sendi badannya.
“Nak berehat?” tanya Zaffryel lembut, bibirnya sudah menyentuh pipi Safya dengan tangannya sudah tidak duduk diam, mengusap lembut tubuh Safya.
Laju Safya mengangguk.
“Tak nak berjaga malam ni?” Zaffryel tersenyum nakal. Dahi Safya dicium lama.
“Apa yang I dapat kalau I berjaga?” Safya bertanya lembut. Dia sudah dapat menangkap maksud kata-kata Zaffryel itu. Dia segera merangkul leher Zaffryel, merapatkan wajahnya dengan wajah suaminya. Bibirnya pula dirapatkan ke bibir Zaffryel, hanya menunggu masa untuk bertaut.“You nak apa?” tanya Zaffryel dengan senyuman nakal yang makin melebar. Hidungnya digesel pada hidung Safya, menghantar hembusan nafas yang membuatkan nafsu Safya sedikit tercuit.
“I nak you.”
YOU ARE READING
My Boss, Tengku Zaffryel (Terbit)
General FictionBab 1-10 sahaja. Disiarkan hanya untuk tujuan promosi. Love is blind. Tengku Zaffryel dan Safya saling mendekati kerana agenda. Namun cinta mendekatkan diri mereka antara satu sama lain. Jatuh cinta dan kemudian berkahwin, cinta mereka makin utuh...