“You buat apa ni?” Zaffryel segera bangun dan dalam terpisat-pisat dia segera turun dari katil. Kemejanya dirapikan dan butang baju segera dikenakan. Pandangan matanya menikam ke wajah Adlene. Nafas deras dilepaskan tanda marah dengan tindakan Adlene sebentar tadi. Sudahlah masuk ke biliknya tanpa kebenaran dan kemudian dengan berani melakukan perbuatan sebegitu.
“Dulu you suka I buat macam tu?” Adlene pamer wajah tidak bersalah.
“Jangan samakan dulu dengan sekarang, Adlene.” Zaffryel segera pangkah kata-kata Adlene. Marahnya masih memuncak.
“I rindu you, Zaff.” Adlene yang masih duduk di birai katil bersuara. Skirt pendek yang dikenakannya yang tersingkap sehingga ke pangkal pahanya dibetulkan sebaik sedar pandangan mata Zaffryel yang tajam memandang.
“Enough lah, Adlene. Rindu tu dah tak mampu nak bawa ke mana.” Zaffryel mengetap rahang kuat. Menahan rasa kurang senang di dadanya. Dia sudah muak dengan kata-kata rindu yang acapkali bermain di bibir Adlene. Kata-kata rindu yang tiada maknanya. Sekadar pemanis mulut semata.
“Zaff, bagilah I peluang.” Adlene merayu. Dia tidak putus asa, dia akan terus merayu sehingga Zaffryel menerimanya kembali. Dia mahu kehidupan seperti dulu, ketika Zaffryel menyayangi sepenuh jiwa. Hanya itu yang dia mahukan saat ini.
“Peluang apa? I dah nak kahwin, Adlene. You should stop, dah tak ada gunanya.”
“You nak kahwin dengan dia sebab dia miscarriage, kan? Cuma nak bertanggungjawab, kan?”
Berkerut dahi Zaffryel mendengar kata-kata yang terluncur dari bibir Adlene itu. Tangan kanannya terkepal spontan dan matanya terus memandang Adlene yang kelihatan begitu yakin dengan kata-katanya itu.
“Miscarriage apa ni?” tanya Zaffryel kehairanan.
“Dia pregnant kan sebelum ni?” Adlene terus menempelak.
Zaffryel tergelak kecil. Terasa lucu dengan tuduhan tidak berasas Adlene itu, yang dengan mudah menabur tohmahan.“I tak tahulah dari sumber mana you dengar.” Pandangan mata Zaffryel sedikit cerun memandang Adlene yang mula bangun menghampirinya.
“You pelik macam mana I tahu? I tahu semuanya, Zaff. That girl, she doesn’t deserve you. I boleh jadi isteri yang baik untuk you, Zaff.” Adlene masih mengharapkan keajaiban. Mengharapkan supaya Zaffryel berubah hati dan perasaan.
“She deserves more than you, Adlene.” Zaffryel tersenyum. Sinis. Ekor matanya terus memerhati gerak bahasa tubuh Adlene yang kelihatan sedikit terganggu dengan kata-katanya itu.
“Dia tak layak. She’s just your toy!” Hambur Adlene marah.
Zaffryel mengetap bibir geram dengan kata-kata tajam Adlene itu namun, cuba mengawal riak wajahnya. Dia menghampiri Adlene. Berdiri tegak di hadapan gadis itu. Matanya terkunci lama di wajah Adlene.
“She’s not my toy tapi, you. Dah berapa ramai lelaki yang you pernah tidur hanya untuk kepentingan you.” Begitu hampir wajah Zaffryel dengan wajah Adlene saat dia menghambur kata-kata pedas itu.
“I tak pernah gunakan tubuh I untuk kepentingan lain!” Adlene cuba mempertahankan dirinya. Tidak membenarkan Zaffryel sewenangnya menuduh dia sebegitu. Dia bukan semurah itu.
“Jangan berdalih dan menafikan, Adlene. I tahu semuanya. I hate liar, you pun tahu kan?” Sinis kata-kata Zaffryel terlontar.
“Dari siapa you dengar semua ni?” tanya Adlene. Pinggang Zaffryel diraih dengan kedua tangannya. Dia memandang jauh ke dalam anak mata Zaffryel.
YOU ARE READING
My Boss, Tengku Zaffryel (Terbit)
General FictionBab 1-10 sahaja. Disiarkan hanya untuk tujuan promosi. Love is blind. Tengku Zaffryel dan Safya saling mendekati kerana agenda. Namun cinta mendekatkan diri mereka antara satu sama lain. Jatuh cinta dan kemudian berkahwin, cinta mereka makin utuh...