Ish! Tak boleh jadi ni! Sesuatu mesti dilakukan! Tabahkanlah dirimu wahai Yusuf Rayyan! Kau tak boleh macam ni.
Penat ok asik muka si Airish Batrisya tu je menjelma di benak ni. Sampai mana satu Airish Batrisya yang sebenar pun aku dah keliru. Cheetah betul.
Aku tak kata yang dia jumpa aku tanya nama aku apa, umur berapa, tinggal kat mana eh eh. Tak dia tak masuk meminang aku lagi. Jangan risau.
Tapi masalahnya... aku cari dia nak ucapkan terima kasih masih tak dapat lagi kau tau?! Sebab tulah aku kata sampai dia yang sebenar pun aku tak dapat bezakan.
Dah asik muka tu je yang duk gatai keluar dalam otak aku. Salah siapa? Akukah?
"Yan! Kau kenapa duh sejak dua menjak ni? Macam dah jadi bagai pungguk rindukan bulan!" Sufian Hakimi menepuk belakangku kuat apabila aku TERberangan lagi masa nak petik gitar.
"Haiwan pink anda. Sakitlah sengal!" aku menggosok perlahan belakangku. Aduh dia ni. Debikan dia menusuk ke dalam jantu--
"Aku tak tau aku kenapa. Tapi aku dapat rasakan yang aku tak tenang wehhhh apa nak buat niii" aku meletakkan gitar diatas lantai dan mula meroyan.
Oh ya. Sufian Hakimi tidak terlibat dalam sesi meroyan ni ya. Dia hanya tukang tengok je.
Dia dah tau kut perangai aku memang tak boleh dikacau semasa meroyan.
"Haih. Sapa yang buat hang meroyan tak tentu pasai ni?" mula dah loghat tak jadi dia. Nak je aku lesing.
"Kau kenal." dengan muka cemberut aku mengalihkan pandangan ke arah drum yang terletak di sudut kiri bilik musik.
Ish! Ada aku hentak kekuat drum tu karang!
"Sape duh? Aku kenal?" Sufian Hakimi berfikir sampai berkerut-kerut dahinya. Aku hagak dia masih belum jumpa jawapannya.
Yelah. Muka dia dah blur macam katak disimbah air.
"Sape duh yang berjaya mengambil hati kekasih aku ni?" Sufian Hakimi tersengih mengejek.
"Kekhiziran apakah ini? Sape kekasih kau?" aku menanyangkan muka jijik. Soalan betullah mamat ni.
Maaf buku ni bukan mature content so, aku tak boleh mencarut terang-terangan.
Lagipun akukan erm.. tak payah riak ya Yusuf Rayyan.
"Kaulah. Siapa lagi."
"Ohh si Kaulah Amra tu ek? Ish. Couple ngan dia tak bagi tau aku pun. Papepun tahniah bro. Cau duku. Ehh silap. Cau dulu." aku terus mengambil beg yang tersidai ditepi pintu dan berlalu keluar.
Aku tau dia nak maksudkan aku dan aku tau dia gurau. Erm.. erm.. kasar ya gurauan dia.
Sedang elok aku berjalan sambil pandang simen yang aku lalu ni... Jangan salahkan aku sebab kat pokok pun aku ternampak muka Airish Batrisya ok.
Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
"Aduh duh duh..." rengek orang tersebut. Yang peliknya. Dia je yang jatuh. Aku tak jatuh pun. Oh ya. Pusat graviti kukuh.
Dia pakai kasut tinggi.
YOU ARE READING
[C] Stalker - yy1 ✔
Humor/stolker/ Memerhatikan geraknya membuat aku terberi hati tanpa sedar [Yusuf Rayyan Pov] Start: June17 Finish: July17