11

31 5 7
                                    

Adik Airish Batrisya keluar perlahan dari dalam perut kereta abang Adam.

Aku tahu dia takut. Tapi apa boleh buat? Semua ujian yang datang mestilah dihadapi.

Dia ada cerita dekat aku. Tahun lepas dia ada confess dekat abang Am dia tu aka abang Johan.

Tapi kena tolak. Dia kata dia tak kesah kena tolak tapi dia terkejut bila abang Johan tu datang rumah nak meminang Airish Batrisya.

Aku mengeluh. Kepalaku kalihkan kesebelah kiriku. Mamat ni betul tau dia bantai tidur pulak!

"Woi. Bangunlah dah sampai" aku menggerakkan Sufian Hakimi laju. Yelah karang biarkan dia dalam kereta ni tengah tengah panas ni kena strok haba karang. Siapa susah?

Dialah.

Sufian Hakimi keluar dari kereta dan mengeliat. Cheh. Tak sopan langsung anak orang ni.

Aku terdengar suara menangis.

Ah sudah.. bakal mak mentua tak jadi aku dah menangis memeluk Adlin Sofea. Aku tersenyum kecil.

"Umie Oksigen~" terkapai kapai tangan Adlin Sofea meminta oksigen. Aku tergelak kecil.

"Kau ni dik! Buat risau kak Ya dengan kak Sya tau!" Kakaknya yang pertama aku memarahinya lembut.

"Alah. Yin pi jalan jalan je. Tak tau pulak dah jauh dari Langkawi."

Aik? Dia tipu ke? Apa-apa jelah. Aku menghampiri bapa mertua tak jadiku dan bersalaman dengannya.

"Anak ke yang hantarkan Yin balik?" Erk. Apakah? Aku hanya mengangguk.

Bahu aku dipeluknya dan ucapan terima kasih meniti bibirnya beberapa kali.

"Sebenarnya saya datang ni pun sebab abang Johan ajak. Saya junior dia dulu dekat universiti." aku menerangkan keadaan sebenar. Tak dan aku nak main tipu-tipu ni.

"Hamboih Yin. Jalan-jalan teruih sangkut bawak bakal laki ka?" Kakaknya yang digelar kak Ya berkata lalu tergelak kecil apabila melihat muka adiknya itu memerah.

Belum pun sempat Adlin Sofea membalas, kedengaran suara lelaki dibelakang Intan Juliana.

"Dok sah kacau Yin tu. Kau ni Ya.."

Zahin Luthfi. Jangan risau. Aku dah kenal semua family Airish Batrisya.

Adlin Sofea berlalu masuk kemudian berpaling kepadaku sambil menundukkan kepala. Tanda terima kasih mungkin?

"Ehh mohlah kita makan. Kejap lagi pengantin nak bersanding" ayah Airish Batrisya mempelawa aku dan Sufian Hakimi ke meja makan tetamu.

Tepat pukul 1.30 petang, Airish Batrisya dan Johan Afham bersanding.

Aku hanya mampu tersenyum hambar melihat mereka tersenyum gembira diatas singgah sana.

Dah macam menabur garam diatas luka aku ni.

Sengaja je nak buat hati lagi sakit walaupun aku tau aku boleh je bagi alasan untuk tak datang.

Tapi disebabkan kedegilan hati aku, bukan aku ya yang degil. Aku menguatkan juga diri untuk ke Langkawi.

"Sakit?"

Cepat-cepat aku menoleh kesebelah kananku. Uish. Adlin Sofea rupanya.

"Aku tau kau suka kak Sya. Tabahlah weh. Tak semestinya yang kita suka tu akan jadi milik kita." selepas mengatakan ayat tersebut, dia berlalu pergi.

Menepung tawar si kakak yang cantik bersanding dengan senyuman palsu tertampal dibibirnya.

Aku mengeluh buat kesekian kalinya.

Selamat Tinggal Airish Batrisya.

Terima kasih.

[C] Stalker - yy1 ✔Where stories live. Discover now