Fragmen Ramon

119 7 0
                                    

Diceritakan kepada saya oleh Ramon, tentang kisah Sultan Mahmud mengutus Hang Tuah and co. meminang Puteri Gunung Ledang dahulu, selain semangkuk darah anak sultan, ada lagi permintaan lain yang tidak dapat ditunaikan oleh Sultan Mahmud dan sengaja dipadam dari Sulalatus Salatin oleh orang-orang yang memegang sejarah di dalam poket mereka.

"Apakah permintaan itu?" Tanya saya pada Ramon.

"Semangkuk ais cendol durian!"

"Ah! Gila. Masakan cendol durian sudah wujud di waktu itu?"

Ramon menggeleng. "Nah! Itulah kau. Selalu sangat ditipu televisyen. Apa kau ingat, sejarah kita ini tidak bisa diubah sama sekali? Cendol durian sudah wujud sejak sekian lama."

"Kalau benar begitu, masakan pula Sultan Mahmud tidak bisa menunaikan permintaan yang itu?"

"Yaaa...cendol durian bukan masalahnya ketika itu," jelas Ramon. "Masalahnya, Puteri Gunung Ledang agak spesifik akan permintaannya. Dia mahukan ais cendol durian. Ais!! Di zaman itu, umat kita belum lagi menemui teknologi membikin ais. Malahan, perkataan ais pun baru pertama kali didengari oleh orang-orang istana."

Saya berkerut. "Dah tu, dari mana Puteri Gunung Ledang mengetahui kewujudan ais?"

Ramon menggeleng. "Untuk pertanyaan itu, bukan saya tak boleh jawab. Tapi kalau saya jawab, sampai ke malamlah cerita saya ini tak berkesudahan. Kerana setiap satu kisah dan persoalan tentang sejarah di dunia ini, pasti akan membibitkan seribu macam lagi persoalan."

Ramon pun bangkit dari bangku malasnya dan sebelum meninggalkan saya di beranda rumah itu, dia hulurkan sebuah novel kepada saya. One Hundred Years of Solitude. "Jawapannya mungkin ada di dalam novel itu," kata Ramon lagi sebelum pergi.


CERTOTWhere stories live. Discover now