Virtual

52 1 0
                                    

Satu masa nanti, teknologi virtual ini akan menjadi seperti mesin masa. Cucu cicit kita menikmati masa tua mereka dgn terperap di dalam rumah. Kembali menikmati zaman2 muda mereka secara virtual.

Lajukan ke hadapan lagi, dunia virtual sama nilainya dengan realiti. Mungkin juga lebih. Manusia berkerja, berhubung dan hidup lebih lama di dalam dunia virtual.

Saya ambil satu kes yang berlaku di suatu masa nanti, di mana seorang suami bernama Rimbaud mencari hiburan di alam virtual, bertemu dan berselingkuh dengan seorang gadis bernama Roxana (di dunia realiti, nama sebenarnya Jamal). Perselingkuhan Rimbaud dan Roxana itu dapat dihidu Halimah, isteri Rimbaud di dunia nyata. Lalu Halimah pun secara virtual mengupah saya masuk ke dunia virtual suaminya untuk disiasat. Saya ingat ia suatu kerja yang mudah dan lumayan. Tapi saya silap bila mendapati hubungan selingkuh Rimbaud dan Roxana itu berlangsung dengan lebih dalam lagi.

Di alam virtual Rimbaud dan Roxana, mereka mendapatkan khidmat KalMak, seorang peniaga VR (virtual reality) haram yang menyediakan servis untuk masuk ke lapisan virtual yang kedua. Konsep lapisan VR ini nampak serupa dengan lapisan mimpi Inception Nolan dan tanpa belas kasihan anda mengatakan bahawa ia bukanlah suatu konsep yang original sedangkan permainan mimpi Inception itu telah lebih awal dilakukan oleh Satoshi Kon dalam Paprika, hinggakan ada yang bermulut lancang mengatakan Inception merupakan sebuah ripoff. Tapi ya, di alam virtual KalMak anak kelahiran Kota Shenzen itu peduli apa tentang ripoff atau peniruan idea kerana originaliti harus dicabar dan dimusnahkan. Dan atas sebab itu, saya terpaksa menggunakan kekerasan dengan menghayun tukul Thor ke kepala KalMak.

"So, ini bukan milik Rimbaud?" Jaremi, polis forensik VR itu menunjuk cebisan otak yang melekat di dinding.

Saya menggeleng. "Rimbaud? Itu otak KalMak. Tapi dia tak mati. Sempat lari dengan tempurung kepala yang pecah."

"Di mana dan bila kali terakhir awak nampak Rimbaud?"

"Semalam. Di sebuah fun fair. Dia naik karusel unikon warna merah jambu."

"Semalam? Awak pasti?"

Angguk.

"Baik. Tolong ikut saya ke balai."

"Balai? Kenapa? Apa salah saya? Saya juga seorang penyiasat."

"Rimbaud ditemui mati duduk di bangku VR di sebuah hotel dua hari lepas. Mustahil dia boleh pergi fun fair semalam."

Pandangan saya pantas terarah ke remote VR yang ditinggalkan KalMak di dalam pod tidurnya.

CERTOTWhere stories live. Discover now