Kedai Buku (03 - MK)

72 4 0
                                    

Tiap kali saya ke kedai buku ini, perkara pertama yang saya cari bukanlah buku mahupun bidadari, tapi lelaki yang berdiri di depan rak buku-buku fiksyen sambil dia mengerutkan dahi, fokus menyelak halaman-halaman buku di tangannya seperti seorang bapak yang judgemental meneliti dan mencari kesalahan boyfren anak gadisnya.

 Seringkali saya kecewa, kerana tidak pernah sekali pun saya dapat melihat dan menemui apa yang saya cari itu. Barangkali juga, timing saya yang menjadi masalah selama ini. Saya datang isnin, mereka datang selasa. Saya singgah petang, mereka singgah malam.

Selalunya yang kelihatan berada di lorong-lorong rak fiksyen terdiri daripada gadis-gadis sahaja. Kalau ada pun lelaki, samada mereka adalah pekerja kedai atau pun tourist seperti anda, atau pun lelaki-lelaki yang hanya sekadar menjadi peneman gadis-gadis mereka. Lelaki-lelaki peneman ini amat mudah dikenal pasti; riak wajah mereka sentiasa insecure, keliru dan kadangkala mereka juga akan kelihatan panik dan ketakutan berlegar-legar di antara rak-rak buku seolah-olah tersesat di labirin neraka. 

"Oh! Maknanya, saya seorang yang beruntung hari ini kerana saudara menemui saya, walau pun saya hanyalah seorang tourist di daerah sepi ini."

"Hmm...Kalau rasa beruntung itu mendatangkan bahagia pada saudara, maka saya iyakan sajalah. By the way, nama saya Sahid. Pangil saya Bahtiar. Selamat berkenalan."

"Oh! Selamat berkenalan Bahtiar. Saya Anton. Panggil Checkov. Dari Rusia."

Di antara rak buku realis - surrealis, kami berdua pun berjabat tangan dan simfoni empat musim Antonio Vivaldi mula kedengaran.

Lantai berguncang, rak jatuh. Buku-buku terbang, kedai buku itu pun runtuh.

CERTOTWhere stories live. Discover now