1

202 12 20
                                    

Semua mata di food court stacy di belakang Ampang Point mula memandang Emma dan Norman yang basah kuyup di situ, mana tak peliknya, seorang wanita dan seorang lelaki entah dari mana datangnya , dengan lelaki tu bawak helmet berharga ribu riban di tangannya tapi datang berjalan kaki, basah kuyup pulak tu.

"weihhh, man , apehal ni, kuyup kau" kata mastura atau sebenarnya maslan seorang lelaki yang mengalami kecelaruan jantina yang bekerja di food court itu sebagai waiter, dan juga mengenali Norman.

"dengan marka kau pun kuyup ni" kata mastura sambil memegang dagu Emma.

"hujan tadi , kau tak perasan ke?" balas Norman loyar buruk.

"gila hape, hujan, ni musim El-Nino, mana pulak datang hujan, kau loyar buruk dengan aku kan" balas mastura sambil menunjal dahi Norman.

"dah, dah, aku lapar, bawak aku nasik goreng USA dengan Lai Chi Kang" balas Norman.

"yang comel ni pulak" tanya mastura sambil menjeling ke arah Emma.

Emma hanya menggelengkan kepalanya.

"kau bagi je dia sama dengan aku" balas Norman.

"ehhh, saya tak minum Lai Chi Kang" balas Emma.

"habis tu suruh order taknak?" marah norman.

"ok,ok .. Bagi saya Tea O suam" jawab Emma

"ha, dengar tu, bagi dia Tea O Suam" kata norman kepada mastura.

"ok, tapi man, bagitahulah camne u.boleh kuyup ni" kata Mastura sambil menulis order di buku di tangannya

"aku rogol kau nanti, dah, shoohh, shoohhh" balas norman.

"ehhh, taknak" balas mastura sambil tergedik2 berlari ke dapur.

"Man!!" tiba2 Norman ditegur dari jauh, segera dia memandang ke arah suara yang memanggilnya.

Dari jauh dia melihat Bawi kawan satu tempat kerja dengannya sedang melepak bersama2 dengan kawan2 nya dan sedang mengangkat tangan menyapanya, segera dibalas sapaan itu oleh norman, mungkin baru balik clubbing agaknya.

"glamer awak kat sini" kata Emma memulakan bicara

"glamer tu takdelah, bolehlah" balas norman dibalas dengan anggukan dan senyuman dari Emma.

"apasal awak nak bunuh diri?" soal norman.

"saya rasa tak perlu dah awak tanya"

"apahal"

"sebab, saya dah tak rasa macam nak bunuh diri dah" balas Emma.

"ye.ke?" balas norman pula.

"iyer" balas Emma sambil mengetap giginya.

"tapi sebab apa ?" tanya norman

"cukuplah saya katakan masalah keluarga" balas Emma.

"hurmmm, oklah kalau taknak bagitahu, tapi jangan cuba2 commit suicide lagi" balas Norman sambil memberi warning pada Emma.

"bukan apa, kita ni orang islam jahat macam mana pun tetap akan masuk syurga asalkan ada iman sebesar zarah dalam hati, tapi kalau bunuh diri sampai bila2 pun takkan cium dah bau syurga tu" tambah Norman lagi.

Emma memandang Norman dengan mata terbeliak, seperti tidak percaya kata2 itu datang dari mulut.lelaki di hadapannya.

"Pelik?" bisik Emma

"apa yang pelik, awak jangan ingat awak cakap perlahan saya tak dengar" tanya Norman.

"sorry,sorry, saya cuma terkejut kata2 tu datang dari mulut Mat...ermmm"

"Mat apa??.. Mat Rempit" soal norman

"sorry, ye, Mat Rempit macam awak" jawab Emma.

Norman mengeluh.

"dont judge a book by its cover" kata Norman.

"maksud awak?" soal Emma

"mana awak tahu saya Mat Rempit, memandai je awak judge orang" balas Norman.

"awak bawak helmet,pakai sweater adidas, pakai seluar momontaro, pakai kasut nike, tak macam rempit ke tu, cuma yang saya pelik mana motor awak?" jawab emma.

"dah, sudah, banyak pulak cakap kau ni" marah Norman.

"rumah kau kat mana?.. Lepas makan aku hantar kau balik!!" kata Norman.

"maaf, awak marah ke?" tanya Emma

"kita baru kenal, aku ni selamatkan kau sampai kuyup, belanja kau makan lagi, kau judge aku macam2 lak" bebel norman.

"saya tak bermaksud sakitkan hati awak" balas Emma.

Norman mengeluarkan Phone nya ketika dia ingin membuka phonenya, barulah dia sedar handphone Iphone 3GS nya dimasuki air.

"Adusss, jahanam phone aku!" balas Norman sambil menepuk dahinya.

"awak nak guna phone untuk apa?" tanya Emma

"eh, kau diamlah!" balas Norman.

"sorry, phone awak rosak pasal saya" kata Emma

"yer , pasal kau!" balas Norman sambil jarinya menunding pada Emma.

"aduh, aku nak kol Lan macam mana ni" kata Norman

tiba2 Emma menghulurkan phonenya pada Norman,handphone Samsung Note 1.

Terkebil2 mata Norman memandang phone di tangan Emma.

"eh, tak basah pulak" kata Norman.

"tak, saya tak terjun sekali dengan handset.ni,saya tinggalkan kat atas.jeti tadi, awak tak perasan ke, saya gi amik barang kat jeti waktu kita keluar dari taman tadi" kata Emma.

"hurrmmm"

Norman mengambil handset di tangan Emma dan segera mendail nombor Lan, nasib baik dia hafal no. Lan kalau tak payah jugak.

"nama awak siapa?" tanya Emma.

"tak payah tahu, lepas ni aku hantar kau balik, kita dah takde apa2 dah" balas Norman

"balik..balik mana?" tanya Emma.

"balik rumah kau lah"

"saya dah kena halau dengan parent saya, tak tahu nak pergi mana" balas Emma mula bermuka muram.

Norman segera mematikan talian dan memandang muka Emma.

"kau lari rumah kan?, kau tipu aku?" soal Norman.

"tak, saya tak tipu"

"habis tu kau nak aku hantar kau ke mana ni ?"

"boleh tak saya tumpang duduk dengan awak sampai saya mampu sewa bilik sendiri" soal Emma.

"Weihh, aku duduk bujanglah, 2 orang dengan kawan aku,.kau tak takut kena rogol ke?" soal Norman.

"saya percayakan awak" jawab Emma.

"apa pasal percaya kat aku?" soal Norman.

"aku ni Mat Rempit tahu tak?" tambahnya lagi.

"awak kalau nak ambik kesempatan kat saya tadi lagi awak dah buat, instead awak selamatkan saya"

"susah ni, aku kena bincang dengan kawan aku" kata Norman.

Emma mula bermuka sugul.

"tapi malam ni kau tidurlah dulu kat rumah aku"

"terima kasih awak" kata Emma yang mula ceria

"by the way nama aku Norman"

"Norman je" soal Emma.

"hek eleh, Muhd Norman bin Haziq" balas norman sambil tergelak dan Emma turut ketawa kerana berjaya memprovoke Norman.

"amboi nyah , sweetnya couple kuyup ni, ni makan dulu" kata Mastura sambil meletakkan makan malam di atas meja,silap bukan malam, tapi pagi.



KAU DAN AKU - Tak Mungkin BersatuWhere stories live. Discover now