7

216 6 2
                                    

AUTHOR NOTE : sambil2 nak baca tu layan lah lagu klip video youtube saloma mengapa dirindu ni...he he he.. mlam ni radio kita pusing kat Klasik FM

"Assalamualaikum"

"Tok...tok...tok..."

"Oh... ayah... assalamualaikum"

Riuh di hadapan rumah kampung di kampung melayu Ampang diketuk oleh Norman , namun tidak dibalas oleh si penghuni rumah.

"Orang tua ni takde agaknya..arghh.. stress aku mcm ni" kata Norman bercakap2 seorang diri.

"Ah, blah la, nak buat apa tunggu lagi"

Baru dia memalingkan mukanya untuk berlalu pergi.pintu tiba2 dibuka.

"Krakkkk... "

"Hah... Apahal KO DATANG SINI... NAK POW DUIT AKU LAGI KE..??" kata orang tua yang baru muncul di muka pintu, dalam anggaran umur 45-50 tahun.

"Isyhh... ayah ni, nampak muka Man je , cop bukan2... ape muka norman ni ada nmpak macam kaki mintak duit ke..?" Balas Norman sambil tersengih macam kerang busuk.

"MEMANG...!!" Jawab Haji Haziq selamba.

"DUIT AKU , AKU SELIT KAT BAWAH ALMARI TU TUJUH RATUS MANA..!??" KAU TAHU TAK MANA HILANG, SETAHU AKU KAT KAMPUNG NI BELUM ADA ORANG BELA TOYOL LAGI..!!" tempik Haji Haziq.

Tersentak Norman dengan pertanyaan direct tanpa berselindung atau cuba menyindir dari Haji Haziq padanya.Segera dia dengan penuh kelam kabut menarik Haji Haziq masuk ke dalam rumah, pantas pintu papan ditutupnya.

Haji Haziq pula tidak lah pula melawan diperlakukan begitu oleh anak lelakinya.dia membiarkan saja Norman menariknya masuk ke dalam rumah dan melihat saja Norman menyelak pintu.

"Dah habis dah..?" Soal Haji Haziq.

"Err... dah ayah..." balas Norman.

"PANGGG..."

"ADUHHH...!!!"

Jawapan yang dibalas dengan hadiah penampar milik Haji Haziq, mahaguru gelanggang silat gayung harimau hitam di zon area Ampang, keramat dan kg.baru, penampar bukan sebarang penampar, kononnya penampar ayah Norman ini pernah hinggap di muka Buaya yang menganggunya memancing udang di Sg.Timun , Linggi satu ketika dahulu, hasilnya sang buaya terkejang2 , malah melelong tidak kenal arah tuju mana hilir , mana hulu nya sungai. Tapi itu semua dari cerita kawan2 Haji Haziq sahaja kepada Norman, entah kelentong entah benar, tidaklah dapat dipastikan.

Kini penampar itu hinggap ke muka Norman.Hasilnya Berbayang dua jadinya pandangan si Norman, melekat dia ke pintu.cuba menstabilkan pandangannya semula.

"Apa ni ayah , tetiba tampar Man" kata Norman setelah dia semakin stabil.

"Sebab kau buat aku macam budak2, heret AKU MASUK DALAM RUMAH DAH KENAPA..!???" soal Haji Haziq sambil kempas kempis hidungnya menahan marah.

"Dah ayah terjerit2 kata duit hilang, duit hilang, macamlah Norman yang curi duit tu, malu kat jiran2 dengar, ayah tak malu ke bila geng2 mesyuarat tingkap duk mengata, hah tu anak Haji Haziq, bapaknye nama je HAJI , geng masjid, anaknye macam setan.. Norman cuma nak jaga maruah ayah je, tu yang Norman bawak ayah masuk dalam rumah, hal anak beranak kita bincang sesama kita je ayah" kata Norman panjang lebar cuba membela dirinya.

KAU DAN AKU - Tak Mungkin BersatuWhere stories live. Discover now