5

261 9 2
                                    

Malam semakin  lewat ,jam hampir mencecah pukul 2 pagi ,namun Norman dan kawan2 nya masih lagi bergembira sakan di KTV Bukit Bintang,hari ni adalah hari istimewa bagi mereka kerana Epol yang belajar di Osaka sudah balik kepada mereka , jadi mereka nak celebrate sampai pagi esuk.

Berbotol-botol air Bir Carslberg sudah dibantai oleh Mat Arip, Laily ,Din dan Epol. Namun Emma melihat Norman dan Lan Jawa langsung tak menjamah air setan itu.

"korang tak minum arak ke?" Tanya Emma pada Lan dan Norman.

"Tak" balas Norman pendek.

"Dulu aku minumsekarang dah berhenti" balas Lan pula.

"Owhh" balas Emma.

"Emma , you tak minum ke" , soal laily sambil datang dan duduk di sebelah Emma

"Tak , Laily , sorry" balas Emma sambil cuba menahan hidungnya dari bau alcohol yang kuat dari mulut dan badan Laily.

"Alarhh, come on , I tuangkan k, u need to try, best taw, rasa macam terbang" kata Laily yang mabuk dan menuangkan Carslberg ke dalam cawan dan dihulur kepada Emma.

"Im, sorry , maaf sangat2 , saya memang tak minum" balas Emma sambil membuat isyarat maaf sepuluh jari kepada Laily.

"Emma , come on, sporting" balas Laily.

"Heyy, Laily , dia kata tak minum kan..tak payah lah kau ajar" marah Norman.

Laily yang telah mabuk hanya membuat muncung tikusnya pada Norman dan lalu berlari ke arah Mat Arip yang sedang mabuk juga .

"Bie ,Norman marah I Bie" mengadu Laily pada Mat Arip.

"rileksla Norman,enjoy kan,muda hanya sekali , biarlah Emma rasa " balas Mat Arip.

"Kepala hotak kau"marah si Norman sambil menjeling pada Mat Arip

"Dah..dah..." kata Lan Jawa sambil menarik Norman keluar dari bilik karaoke .

"Tak Sporting la kau ni Man" provoke si Din pulak.

Ketika di luar , Lan menghulurkan sebatang rokok pada Norman.

"Rileksla Norman, dorang tengah mabuk tu, kau macam tak biasa lak kawan-kawan kita punya kerenah" pujuk si lan pada Norman.

"aku tak suka dorang ajar bukan-bukan kat si Emma tu, Emma tu naïf" balas Norman.

"Releksla , aku percaya Emma bukan senang terpengaruh" balas Lan.

"Bukan senang nak tahan diri dari buat benda jahat ni Lan, lebih2 lagi Emma tu ada masalah,kalau tak,takdelah dia nak bunuh diri" balas Norman.

"Rileks Bro , kau dengan aku ok je, kita kawan dengan Mat Pit , penyamun, Kaki social , xdepun kita ikut perangai dorang"

"Kau dengan aku lain" balas Norman
Norman segera mencampakkan rokoknya yang masih belum habis dan terus menuju ke bilik karaoke semula.

"Man ,rokok tak habis lagi beb, gi mana" kata Lan Jawa

"Aku nak masuk tengok Emma Jap, risau lak aku dia duduk dalam tu lama2 dengan dorang" kata Norman segera diikut oleh Lan Jawa

Tersentak Norman ketika dia masuk ke dalam bilik karaoke ,Emma sudah dipeluk oleh Din , dan Laily pula menyuapkan dan memaksa Emma menghisap rokok, terbatuk2 Emma bila diperlakukan sedemikian ,badannya yang takbiasa dengan nikotinbertindak balas dan hasilnya merah2 muka Emma menahan batuk di kerongkongnya.

Ketika itu juga Din yang sudah mabuk cuba mencium leher Emma , namun Norman lebih pantas , kakinya terus menyepak muka Din, Berpusing2 Din menahan sakit di mukanya.

Laily yang takut dengan tindak balas Norman segera lari ke belakang Mat Arip.manakala Lan Jawa terus menarik Emma ke sisinya, tidak disangka perangai kawan2 nya sebegini rupa bila dah mabuk, yalah selama ni ,Laily je perempuan yang lepak dengan dorang , xde pulak disentuh.

"Man , kau agak2 lah , sepak muka Din macam ni" tengking Mat Arip.

Manakal Epol yang sudah mabuk teruk hanya terbaring overdose.

"Korang tu yang sial, yang kau nak romen si Emma ni apahal" jerit Norman.

"Rileksla bro,lu dengan Lan dah makan betina tu, aku pun nak makan gak" balas Din yang masih memegang mukanya.

"Pantat mak kau, dia bukan Bohsia la" tengking Lan Jawa.

"abis lu orang simpan dia dalam rumah bujang lu, tak bohsia namanya" jerit Mat Arip.

"korang ingat erhh, besuk bila mabuk korang dah hilang, aku nak jumpa korang" jerit Norman sambil mengacukan penumbuknya pada kawan2 nya lantas membaling kunci motor yang dipinjam dari epol kepada Mat Arip.

Dia dan Lan terus bergerak keluar dari pusat karaoke.

"Kita ada satu motor je ni beb" kata Lan Jawa

"Naik teksi je, aku n Emma naik teksi " jawab Norman.

"Man , aku ada satu benda nak bagitahu ni ,"

"Apa dia?"

"Aku rasa dorang bagi Emma minum dulu sebelum paksa dia smoke tu"

"What....." balas Norman.

Segera Norman menuju ke arah Emma dan menghidu bau mulutnya dan setelah melihat kelakuan Emma yang mula merepek dan cakap merapu2 dia dapat agak Emma memang dah mabuk, Emma bukan kaki minum jadi satu cawan pun boleh buat dia mabuk teruk.

"Babi betullah dorang ni,aku naik atas jap, aku nak gi cepuk sekor2" jerit Norman.

"Dah, tak payah,aku tahan teksi jap, kau tunggu sini ,kita bawak dia balik dulu" kata Lan.

Lan bertukar tugas memapah Emma dengan Norman sebelum berlalu pergi ke arah tepi jalan untuk menahan teksi , Norman memandang wajah Emma,dapat juga dia mendengar kata2 Emma yang mula merapu namun sebelum Emma tertidur kerana terlalu mabuk ,sempat juga dia mendengar kata2 Emma .

"Terima kasih Norman" kata Emma antara sedar atau tidak.

KAU DAN AKU - Tak Mungkin BersatuWhere stories live. Discover now