Bab 1 : Permainan

935 42 0
                                    

"Yo bro dah lama tak lepak mamak, apa cerita? " ujar Saiful sambil bersalam dengan Imran. "Sorry bro, aku busy la.Banyak hal and takde masa." balas Imran lalu mengambil tempat bertentangan dengan Saiful.

"Chill la bro. Apa kau nak kabut. Kau jugak kan yang ganti syarikat papa kau. Buat apa nak belajar sungguh sungguh?" Saiful menghembus asap rokoknya ke persekitaran.

"Memang la. Tapi masalahnya papa aku kata dia nak tarik balik kereta aku kalau aku messed up sem ni macam last sem. Lagi pun dia dah tau pasal game kita tu."

"Game kita kenakan perempuan ke? Macam mana boleh kantoi?"

"Myra la adik aku tu. Dia kan cctv papa. Hakimi mana?" Imran mengangkat tangannya lalu pekerja mamak mengambil pesanannya. "Teh o Ais dengan naan cheese satu" Pekerja tersebut mengangguk kepala lalu beredar pergi

"Dia tak boleh join. Maklumlah anak mak" "Anak mak la sangat. Malam ni game apa bro? " Mata Imran tertumpu di televisyen. Tak pelik la kalau orang ramai lepak dekat mamak malam ni sebab ada bola.

"Arsenal lawan Liverpool" jawab Saiful lalu rokoknya dihisap dan asapnya dihembus. Imran bukanlah perokok tegar seperti Saiful. Sebab dia tahu kalau papa dia tahu dia merokok, memang tamatlah riwayatnya.

"Cerita pasal game. Aku ada game. Baik punya." Sambung Saiful. "Game apa lagi? Kau tak ingat ke aku kena tampar dengan Elly haritu. Malu satu hal. Sakitnya lagi"

"Tak bro, yang ni memang baik punya. Aku gerenti" ujar Saiful sambil mengangkat sumpah. "Sapa?" soal Imran acuh tak acuh."Aku cabar kau. Pergi ngorat Aisyah dalam masa 4 bulan." Kening Saiful diangkat.

"Aisyah? Sapa tu"

"Minah ni satu course dengan kita tu la. Lawa orangnya. Ramai budak try tapi semua kena reject. Jadi memandang kau ni hero malaya, pergi la game dia. "

Imran berfikir.

"Aku bagi apa yang kau nak. Come on bro, tu chick mantap kat kolej kot. Takkan kau tak kenal. Barang baik kot. Ok bro deal ?" Sambung Saiful.

"Ha ok ok lah. Tapi ni last ok bro. Aku taknak buat lagi. Kalau papa aku tahu aku buat kerja ni lagi, mampus aku." "Baek boss " Saiful membuat salute kepada Imran.

#

"Ha tu diaaa bro. Aku dah kata cun kan" Mereka memandang seorang gadis ayu berbaju kurung masuk ke dalam dewan kuliah. Kulitnya putih, bulu mata melentik, tinggi lampai. Penuh dengan kriteria kriteria seorang model.

Imran terpaku seketika. Kenapa dia tak perasan Aisyah sebelum ni? Dia dah pernah nampak wanita secantik dia. Mata Imran mengekori gerak geri Aisyah dari Aisyah masuk sehingga dia duduk.

"Bila aku nak try dia masalahnya?"

"Aku tahu. Lepas class habis" ujar Saiful sambil tersengih "Hakimi mana?" Imran, Saiful dan Hakimi tiga sekawan. Diorang ni memang tak boleh dipisah sejak kecil.

"Normal lah mamat tu selalu lambat." Saiful menyelangkan kakinya. "Oh bro sebelum aku lupa. Game over lepas kau official dating dengan dia." Tambah Saiful.

"Asal pulak? Bukan sebelum ni game over lepas first date even tak official?" soal Imran bingung.

"Bro, dia ni susah nak dapat bro. Tak extreme la kalau over lepas first date je. Kali ni lain. Kau kena bawak Aisyah jumpa kitaorang masa hari deadline"

"Hakimi tahu tak ?" Soal Imran risau. Dia tahu rakannya sorang tu kurang gemar dengan permainan tak guna mereka ni.

"Dia mana nak masuk campur pasal ni. Hari tu pun kita kena ceramah free dengan dia. So better tak payah bagitahu"

#

"Ok I see you guys in my next class." Sebaik sahaja slide ditutup. Imran dan Saiful bergegas mengemas beg lalu keluar dari dewan meninggalkan Hakimi keseorangan.

"Woi korang nak pergi mana? Tunggu aku" Hakimi menjerit. Dia tergesa gesa mengemas beg.

Saiful dan Imran menunggu sambil bersandar di dinding luar dewan bertentangan dengan pintu berhampiran dengan tangga. Beberapa minit kemudian, Saiful menepuk bahu Imran.

"Bro dia dah keluar tu bro. Ok aku langgar dia, kau tolong dia"

Izwan menggangguk. Operasi bermula sekarang. Saiful berlari dan melanggar Aisyah dengan sengaja menyebabkan buku yang dipegang Aisyah terjatuh.

"Heyyy" ujar Aisyah.

"Sorry cik. I kena cepat ni" Ujar Saiful lalu meninggalkanAisyah dan Imran. Imran hanya memerhati Saiful. Sebelum Saiful pergi, dia sempat buat sign 'ok' dekat Imran. Imran terus datang berhampiran dengan Aisyah dan tolong kutip bukunya.

Mereka berdiri lepas semua buku habis dikutip. Imran menghulurkan buku kepada Aisyah.

"Terima kasih"

"Saya minta maaf pasal kawan saya tadi. Dia tu sengal sikit."

"Its okay"

"Oh by the way saya Imran" Imran menghulur tangannya.

"saya tahu" balas Aisyah sambil menunduk tanpa membalas salam Imran.

"Oh sorry saya terlupa bukan mahram." Imran menyeluk tangannya ke dalam poket.

"Macam mana awak tahu nama saya?" soal Imran.

"Budak playboy paling popular dekat universti. Siapa tak kenal?"

Imran senyum sinis. "Err nama awak ...."

"Aisyah"

"Oh sedap nama tu. Btw nice to meet you"

Aisyah menggangguk.

"Kalau macam tu saya pergi dulu" ujar Aisyah.

"Eh kejap. Can I have your number?"

"Sorry? Nombor saya? Nak buat ape ye?"

"Oh I mean in case kalau ada apa hal. kan senang.I boleh contact you"

"Aisyah cepat la!! Aku lapar ni" panggil seseorang dari tingkat bawah.

'Aduh kacau daun la minah ni' bisik hati Imran.

"Ok sekejap. Number saya ada kat group whatsapp. Saya kena pergi dulu"

'Alamak. aku dah quit group' Aku berbisik.

"Oh ok. See you again"

   

AISYAHWhere stories live. Discover now