Bab 8 : New Loveybird

569 31 0
                                    

  

Beg digalas, pintu dibuka. Imran menuju ke meja makan.

"Morning ma, pa"

"Morning"

Imran mengambil tempat di sebelah Myra. Tangannya sibuk menceduk mihun goreng.

"Along, harini Myra ikut along pergi kolej ek."

"apasal pulak, bukan kau sibuk nak pergi sendiri ke" balas Imran.

"Alaaa, hari ni je. Balik nanti kawan hantarkan."

Imran mengangguk kecil mengiyakan Myra.

#

Kasut dipakai. Myra terlanggar Imran

" ha lain kali duduk la kat tengah tengah alam tu lagi" perli Myra.

"Karang along tak hantar kang"

Myra menjelir lidah lalu masuk ke dalam kereta meninggalkan Imran yang sibuk memakai vansnya.

"Imran..."

Imran mendongak ke tepi.

"Ye pa"

"Ingat apa yang papa pesan semalam"

#

"Kau betul ke saja mainkan dia long?" soal myra.

Imran tidak endahkan Myra.

"ke kau suka dia?"

"Apa kau merepek ni dik?" Imran mejawab dengan nada terkejut seolah olah tidak sangka Myra akan soalnya tetntang perkara itu.

"Ha, aku dah agak dah kau suka dia long"

"mana ade. Kau jangan memacam dik. Kang aku tinggalkan kau kat tepi jalan ni karang." ugut Imran.

"along dah mintak maaf dengan dia?"

Imran menggeleng.

"Kenapa aku ada abang yang bengap ni. Pergi la minta maaf. Explain kat dia"

"dia taknak dengar masalahnya."

"tu masalah along. Along jangan, ramai lelaki yang minat Kak Aisyah tu. Melepas padan muka kau"

Bab 7

Kereta siap diparking. Beg digalas lalu Imran keluar dari kereta.

"Bye long. ingat aku bebel tadi" ujar Myra sambil bersalam dengan abangnya

"ye lah ye lah" balas Imran acuh tak acuh.

"Yow bro" terjah Saiful ntah dari mana.

"Assalamualaikum" ujar Imran.

"Waalaikumusalam. Woooo bro, aku tengok kau sejak dua menjak ni, dah boleh jadi Ustaz ni."

"apa kau merepek"

"Ye la, lepas kau break tu. Terus alim nak mampus. Dia ada baca apa apa ke kat kau"

Imran membiarkan Saiful.

"bro harini lepak jom. Dah lama tak lepak since kau break tu. Mamak ok? Call?"

Imran mengangguk iya kerana malas nak layan Saiful.

"Nice"

Dalam perjalanan, Imran terserempak dengan Aisyah. Tapi dia bukan berseorangan. Hati Imran menjadi panas.

Kenapa Hakimi ada dengan dia? Sejak bila?

"Ha tu ha lovely bird yang terbaru"

"Hah" Imran memandang Saiful.

"Kau tak rase ke dorang ada ape ape? Ingat tak haritu Aisyah blah tinggalkan kau, dia kan yang stop kau dari kejar Aisyah"

Imran membisu.

"Tak lama lagi Aisyah bole join group kau la, playgirl"

Hati Imran panas membara. Tidak cukup Aisyah dan Hakimi rapat tambah pula dengan mulut becok Saiful.

#

AISYAHWhere stories live. Discover now