Bab 7 : Sumpah Menyesal

572 32 0
                                    


Imran baring sambil memerhati siling biliknya. Dia mendengus. Dia betul betul menyesal dan dia sedar yang dia betul betul sukakan Aisyah. "kenapa aku buat dia macam tu?"

Telefon bimbitnya dibuka. Aplikasi Instagramnya dibuka. Nama Aisyah ditaip.

SEARCH: Aisyahashim

*NO USERS FOUND*

Imran mendengus. "Sah dia block aku. Benci betul dia dekat aku."

Lamunan Imran terhenti .

"Imran!~ Mari turun makan" jerit Pn Sri Zaini.

"Ye ma"

#

Nasi disuap sedikit demi sedikit ke dalam mulut.

"Long, makan la nasi tu betul betul. Bersepah kau tahu tak" tegur Myra yang melihat abangnya yang sudah tak teratur.

"Kamu ni dah kenapa Imran?" Dari 2 minggu lepas lagi papa tengok kamu macam ni?"

"Takde ape la pa. Letih buat assignment je" balas Imran acuh tak acuh.

"Along break up dengan girlfriend dia" sampuk Myra.

"Adik!" Imran memandang Myra.

"Betul apa? Adik dengar kat U dorang cakap abang dating satu hari je then break.

"Along dah kenyang. Along naik atas dulu ok ma pa" ujar Imran kerana moodnya hilang disebabkan Myra. Tak pasal pasal parents dia tahu.

"La kamu tambah la lagi" pujuk Pn Sri Zaini.

"Takpe lah ma" Balas Imran lalu meninggalkan mereka di ruang makan.

"Myra apa yang jadi dekat U tu?" soal Pn Sri Zaini sebaik sahaja Imran meninggalkan mereka.

"Along break dengan gf dia" balas Myra sambil menyuap nasi kedalam mulut.

"Dia kan dah banyak kali break, tak pernah pon tengok dia down macam ni"

"Ntah la yang Myra tak faham, diorang dating sehari je then break."

"Sehari? Along tu memang nak kena. Papa dah banyak kali suruh buang perangai playboy dia tu'

"Sabar bang. Ntah ntah budak perempuan tu yang buat hal" ujar Pn Sri Zaini yang cuba menyebelahi Imran.

"Myra dengar yang along dengan kawan dia saja kenakan perempuan tu." celah Myra.

Bunyi kerusi terseret. Tan Sri Afendy bangun dari tempat duduknya.

"Bang biar saya yang cakap dengan dia" ujar Pn Sri Zaini yang risau kalau suaminya marah dekat anak terunanya.

"Takpe, biar saya yang cakap" Suara Tan sri agak tegas.

Tangga dinaiki satu per satu menuju ke bilik Imran. Pintu bilik Imran diketuk.

"Imran bukak pintu ni" ujar Tan Sri Afendy dengan lembut.

1 saat... 2 saat... 3 saat... pintu dibuka.

Tan sri Affendy mengambil tempat duduk di sebelah anaknya yang telentang di atas katil.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Cuba kamu cerita"

Imran hanya berdiam

"Papa pergi dulu, nanti kalau kamu nak bercerita, bagitahu" Tan Sri bangun dari tempat duduk.

"Pa.." Imran panggil.

#

Imran cerita semuanya.

"Jadi? Apa masalahnya? Bukan kamu selalu je mainkan perempuan? Kenapa kamu nak down semacam?"

"Ntah la pa, Im rasa Aisyah ni lain"

"Lain?"

"Dia lain dari perempuan lain. Dia bukan yang jenis easy."

"kamu suka dia ???"

Imran terdiam sambil memandang bapanya.

"Kalau kamu rasa kamu suka dia, pergi bagitahu kat dia."

#

AISYAHWhere stories live. Discover now