Bab 2 : 'Ok...saya minat awak!!'

764 43 0
                                    


IMRAN POV

"Ha macam mana dengan dia? Dia bagi nombor ke hape ke?" Soal Saiful yang tengah bersandar dekat kereta aku sambil hisap rokok. Kereta aku senget sebelah akibat badan Saiful yang terlalu 'kurus' bersandar dekat kereta.

"Bro invite aku dalam group" ujar aku dengan nada tergesa gesa.

"Group? Aku dah keluar la" Saiful membuat muka pelik.

"Aduhhhh. Sapa ada kat group tu sekarang"

"Hakimi kot. Kau asal tetibe nak masuk group." Soal Saiful pelik.

"Nombor minah tu ada dekat group"

"La, dia tak bagi nombor kat kau la"

"Tak" aku menjawb sepatah.

Dari jauh, Hakimi menuju ke arah kitaorang dengan mukapissed off. Aku nampak Hakimi dari jauh. Terus aku berlari anak ke arah dia. Oh lupa nak cakap, Hakimi ni antara lelaki yang popular jugak dekat U.Tapi dia bawah aku la. Semestinya. Dia ni pakai spec so nampak macam nerdy nerdy la.

"Hakimi kau invite aku dalam group whatsapp cepat. Sekarang"

"Group? Asal? Bukan kau yang beriya keluar time aku invite kau. Kata tu group budak noob la, itu lah, ini lah" ujar Hakimi acuh tak acuh sebab still geram dengan dua ekor tu tinggalkan dia.

"Invite je lah"

"Nanti nanti lah. Bateri aku dah habis ni. Kau nak aku invite kan? Kau belanja aku makan."

#

Aku keluar dari bilik air. Rambut yang basah dibiarkan kering dengan sendirinya. Aku menyarung tshirt pagoda dengan kain pelikat. Sejadah aku bentang untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim. Cewah.

Selesai solat, aku turun ke bawah sebab perut dah berbunyi minta diisi. Bau tempe goreng yang menjadi kegemaran aku sejak dari kecik membawa aku masuk ke dapur seolah olah dipukau.

"Ha baru kau nak turun. Along ingat along raja ke apa tunggu orang serve along makanan" bebel Myra.

Myra merupakan satu satunya adik aku. Walaupun kitaorang selalu bergaduh, tapi aku still sayang dia bak kata pepatah air yang dicincang takkan putus. Kadang kadang dia sender annoyed dengan aku sebab aku ni agak protective. Bukan apa, ada sejarah hitam yang membuatkan adik aku berubah 360 darjah. Sebab apa? Sebab lelaki. Tapi biarlah aku cerita lain kali.

"Senyap la kau dik" balas aku sambil mengambil beberapa tempe yang baru digoreng lalu disuapkan ke dalam mulutnya sambil duduk di atas counter dapur.

"Mama dengan papa ada dinner ke?" Soal aku.

"Ye la. Bibik pulak balik kampung dia kejap, anak dia sakit. Lain kali aku masak untuk aku sendiri je."

"Ye lah ye lah. Nanti aku tolong kau la"

'Ting'

Bunyi notification henfon mencuri perhatian aku.

Hakimi invited you to the group.

Mata aku membulat. Mencari satu per satu nombor telefon.

"Nice"

#

Setelah class selesai, aku bergegas keluar dari dewan kuliah menunggu Aisyah keluar dari dewan."Hai Aisyah" ujar aku sebaik sahaja nampak kelibat Aisyah.

"Assalamualaikum" ujar Aisyah sambil menghadiahkan senyuman manis kepada aku.

"Waalaikumusalam" aku menggaru kepala yang tak gatal. 'Aduh minah ni loyar buruk pulak' aku berbisik.

"Kenapa awak cari saya?"

"Semalam saya hantar text kenapa awak tak balas?"

"Sa..saya busy semalam."

"Oh saya nak ajak makan? Awak belum lunch kan?"

"Sorry saya busy harini. Lain kali boleh?"

"Oh ok lah macam tu. nanti saya whatsapp awak."

Aisyah meninggalkan aku. Aku mengeluh.

"Asal kau susah sangat. Tak cukup hensem ke aku" soal aku.

#

Sudah 2 minggu berlalu.....

Dan sudah 2 minggu tu la Aisyah bagi pelbagai alasan kalau aku ajak dia keluar. Saiful sudah suruh aku give up.

Aku berdiri di hadapan cermin. Aku mencalit sedikit pomade ke tangan lalu disapu ke rambut. "Aku akan pastikan Aisyah nak keluar dengan aku harini jugak. Aku akan buktikan Aisyah boleh tunduk dekat aku"

Aku membetulkan rambut. Beg dipakai lalu aku mencapai kunci kereta.

#

"Assalamualaikum Aisyah" aku menegur lalu mengambil tempat di sebelah Aisyah.

"Imran apa awak duduk kat sini?" Soal Aisyah yang mula cemas sebab students perempuan mula berbisik sesama sendiri sambil memandang kami.

"Salah ke saya duduk sini?" aku menyoal dia. Aku saja bagi dia provoke and mainkan psikologi dia.

"Awak nak ape sebenarnya?

"Keluar makan dengan saya esok" Aku mengangkat kening.

"Ye ye . Sekarang pergi duduk tempat awak selalu duduk tu. Orang pandang awak tahu tak?" balas Aisyah terpaksa.

#

Aisyah memandang aku dengan pandangan tajam.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" aku meyoal sambil menyuapkan steak ke dalam mulut.

"Apa motif awak?"

Imran hampir terbelahak. "Mo...motif? Motif apa? Saya memang nak makan dengan awak"

"Mustahil. Saya tak rasa tu sebabnya. Ke saya mangsa permainan awak tu?"

"Hah. Awak ni pandai pulak bergurau, Saya dah insaf" Hampir terbelahak aku dengar Aisyah cakap. Nasib tak kantoi.

"So kalau dah insaf kenapa tiba tiba muncul depan saya?"

"Ok... saya minat awak" tipu Imran. Dah takde cara lain fikir aku. Mata Aisyah membulat. "Hah? Apa awak merepek ni? "

"Saya minat awak sebab tu saya ajak awak makan"

Aisyah tidak memberi respons.

END POV

#

Aisyah menunggu Imran diluar sementara Imran bayar.

Imran mendekati Aisyah. Suasana jadi awkward.

"So macam mana?" Soal Imran kekok plus malu.

" Saya rasa better kita kenal each other dahulu sebelum proceed to the next level. Lagipun saya baru kenal awak 2 minggu."

"Its ok saya tunggu" Nada aku menjadi perlahan. "Saya balik dulu" ujar Aisyah setelah ubernya sampai.

"Ok, jalan elok elok"

Sebaik sahaja Aisyahpergi, Imran mendengus.    

-----


Pergi ke kedai dengan Nani
Nak beli skru paku dan juga bolt
Kalau korang rasa best cerita ni
Jangan lah lupa ya vote :)

AISYAHWhere stories live. Discover now