HOSPITAL

520 41 13
                                    

Semasa aku tengah belajar , ada seorang cikgu meminta aku kemaskan semua barangan sekolahku . Setelah bersiap kemas , papa aku berada di depan kelas aku . Dan aku mendapat berita buruk ,yang mak aku jatuh sakit . Aku segera bergerak ke hospital .

"Papa , mama sakit apa ? Sampai mak masuk wad ? " - aku bertanya

"Mama sakit buah pinggang , mama asyik mengadu yang dia sakit pinggang  , bila ayah gerak ke hospital , doktor sah kn mama sakit buah pinggang" - kata papa aku

Tiba di hospital

Doktor menghampiri papa aku . Dan ..

"Encik , kami terpaksa melakukan pembedahan ke atas isteri encik  , pinggang isteri encik rosak dan kami terpaksa tebuk dekat leher"- kata doktor

"Baiklah doktor"- kata papa aku

SKIP

Aku hanya memerhati je hospital ni . Keadaan hospital lama dan agak menyeramkan buat aku cepat keluar dari situ .

Seminggu dah aku jaga mama aku kat hospital  , dengan bilik berbau hanyir , memang buat aku tak selesa . Tapi pelik , kenapa ada 4 katil dalam 1 bilik . Sorang demi sorang , lastly tinggal mak aku je dlm bilik tu .

Paham2 jelah kalau waktu malam macam mana 😏

Ada bilik sebelah ni , life support mesin dia stop bunyi pon dah seram . Then bila nampak ada yang meninggal , nampak diorang sorong mayat dan akan berganti pesakit yang lain .

Nak jadikan cerita , bilik sebelah tu ada sorang makcik cina ni , boleh dikatakan dah uzur . Mama aku cakap , semalam makck tu bergerak ke katil sendiri sambil berborak " wa keluar dulu , lepastu lu pulak " dan setiap kali , makcik tu asyik meraung sakit .

Dah la time tu malam , nurse ni pula cerita yang dia nampak pontianak kat wad bersalin .... Cis .

Lagi makcik cina ni asyik meraung " adoii sakit ". Series kalau korang dengar dia tengah meraung , sayu je , memang seram gila lah . Kalau dia meraung tu , ya robbi .

Dengan aku penat , siang sekolah malam jaga mama aku . Dalam pukul 1:30 pagi , mama kejut aku nak ke bilik air , alu pun ikut je .

Bila aku nak ke bilik air , mesti kena lalu depan bilik makcik cina tu , baru lah sampai toilet .

Waktu tu , aku sempat lagi tegur makcik cina tu

"Nyonya , u okey tak ?" - tegur aku

Tapi , makcik cina tu diam je , toleh aku pun tak . Sahut pun tak , asyik memandang tingkap je.

3:00 pagi

Aku terjaga dari lena sebab dengar suara lelaki tengah kecoh , rupanya makcik cina tu dah meninggal sejak pukul 1:30 pagi tadi . Kejap....

"Tadi aku tegur sapa ?" aku tengok je anak dia nangis , time aku berckap dalam hati . "Terkenalah aku"

Aku jenguk bilik sebelah , diorang tengah cabut wayar boleh pula nurse tu tarik kain yang tutup mayat , ternampaklah muka makcik tu , gelap and mata ke atas . Aku terkejut .

Aku beredar dari bilik sebelah , dan aku dengar nurse kat bilik mama aku tu pemanggil doktor .

Aku bertanya " nurse , kenapa dengan mama saya?"

"Dik , mama adik ni darah dia drop , badan kejang macam strok dan terus tak sedarkan diri ." - kata nurse

Doktor kata heart beat mama tak menenty , kejal darah tinggi kejap drop . Dalam hati aku tak putus berdoa . Aku dah call 1 family . Ya allah , tadi elok je aku tengok mak aku . Doktor cakap "be prepared"

Hati aku hancur , sedih . Aku mula nk baca yassin , tapi macam hilang pertimbangan , aku tak boleh terima kenyataan . Aku tengok dada mama aku berombak .

SKIP .

10:30 MALAM

" Ya allah " - aku menangis sampai sakit kepala

Kakak tengok aku dah macam orang gila .

"Adik , turunlah dulu dan tenangkan diri . Istifar adik , ingat allah ."- kata kakak aku

Tekak aku rasa perit , aku turun dengan rasa kosong , aku nak beli makanan dan minuman tapi dah lewat malam , jadi memang takde kedai yang buka , aku pun pergi kat mesin air tu , then kena lalu kat bilik mayat

Aku tengah berehat di kerusi bangku , aku dengar kak aku memanggil aku

"Mama dah takde , ko naik sekarang!"

Aku diam , aku terus jalan tak tengok depan , tetiba nurse pakai mask sekat aku .

"awak nak tengok mak awak ke ? Ikut saya " aku tengok pelik je nurse punya uniform, mcm uniform lama .

Sebab masa minggu lepas , aku duduk situ , aku suka jalan jalan , lepas turun dari surau , aku suka ke area akrib kat hospital tu , si sempat lagi aku tengok gambr lama . Sebiji mcm nurse tu pakai .

Aku pun follow je nurse tu , seolah olah ada yang mengawal aku .

Masa tu aku tengah berjalan , aku tengok kiri kanan jalan ke arah bilik mayat . Aku jalan je , tapi boleh tahan juga nurse ni berjalan . Sampai kata 1 lorong bilik mayat. Paksu aku call

"Nak pegi mana ? Dari atas paksu tengok kau , lalu je jalan . Nak ke mana ?"

Aku jawab  " nak tengok mama lah " tetiba line mati , alangkah aku terhenti kat depan bilik mayat bertulis "MAYAT BUKAN ISLAM DAN MAYAT REPUT" . Aku nampak di balik pintu bilik mayat , nurse tu berjalan melepasi dinding .

Ya allah , hanya tuhan je tahu apa yang aku rasa time tu .



Bertahun kemudian ~

Aku still sampai sekarang , yang aku tak kan lupa apa yang jadi . Aku redha dengan kehilangan mama , semuanya dah tertulis , meskipun kematiannya mendadak .

Sekian ~







[[ CREEPY PASTA ]]  Where stories live. Discover now