Sewaktu umur aku 10 tahun, aku menetap di Blk 1** Bukit Batok West Ave 8. Kisah seram ini berlaku pada pukul 3.oo pagi. Waktu itu, aku dan adik beradik tidur di ruang tamu dan emak aku sedang menjahit di kawasan dapur. Antara aku dan emak, kami terpisah dengan sebuah tembok di mana emak menjahit di sebelah belakang tembok dan tempat tidur aku di sebelah depannya.Ketika aku sedang tidur2 ayam, tiba² aku terdengar emak berbual seorangan.
“Apa yang kau nak?” Di masa itu, telefon bimbit belum menjadi keperluan asas lagi. Yang ada hanya telefon rumah yang berada di ruang tamu. Di saat itu, aku pun keliru dan sebagai budak kecil yang nakal, aku pun mengintip di tepi dinding yang ada tersebut. Sekali lagi aku mendengar suara emak berkata, “Jangan usik aku dan keluarga aku eh?” Aku masih musykil. Dengan siapa emak berbual tu???
Pertanyaan aku dijawab apabila aku mendengar satu suara yang menakutkan dari tingkap dapur. Bunyi efek suara itu berdengung, namun cara perbualan suara itu seperti orang yang pelat.
Suara itu berkata, “Nak berkawan dengan aku?” Emak aku menjawab, “Tidak sekali, aku manusia, engkau Syaitan!” Sepintas itu, suara itu ketawa,
“Hihihihihihihih…” Mata aku masih mencari² sumber suara yang seram dan ganjil itu. Namun, apa yang aku nampak tak akan aku lupakan hingga ke hari ini walaupun sudah berumur 16 tahun !!
Yang aku nampak adalah kepala berserta usus, perut dan hati tergantung. Makhluk bernama Hantu Penanggal!! Tapi ada sesuatu yang ganjil. Selain mukanya yang hodoh, tulang dagu makhluk tersebut macam tercabut dan tergantung dengan sisa kulit dan urat. Baru saya faham. Kerana mulutnye yang cacat, itu sebab cara perbualannya pelat macam budak² kecil baru nak belajar bercakap. Lebih menyeramkan apabila melihat mulutnya yang dah cacat itu bergoyang bila berbual dengan emak sekali lagi. Aku melihat peristiwa itu sehingga mahluk itu hilang dari pandangan.
Yang peliknya, emak seperti tidak takut sama sekali. Orang kampung lah katakan. Dalam kejadian tersebut, aku yakin bahawa makhluk itu tidak melihat aku kerana aku mengintai di belakang tembok dan aku perhatikan mata makhluk itu tidak sesekali melihat ke arah aku . Aku silap!! Pukul 6:30 pagi, sewaktu aku turun tangga dari rumah tingkat 3, aku dengar nama aku dipanggil. Suara yang memanggil sama dengung dan pelat seperti suara makhluk yang aku nampak berbual dengan emak!!! Aku lari lintang pukang turun tangga. Dengan jelas kedengaran ia mengilai di sudut tangga di tingkat 3 flet Bukit Batok tersebut.
YOU ARE READING
[[ CREEPY PASTA ]]
TerrorKita para manusia , lebih sering menjelajahi luar kawasan dan mengetahui banyak cerita , tapi tidak dengan kita yang ada di bumi kita sendiri . Misi aku dan yang lain bermula☄ -creepy pasta -by @baekyjk_ START : 2017/05/20 END :