Ketika itu kami ada perkhemahan
di pinggir negeri (hampir dengan sempadan dengan Thailand). Pada malam
kedua di situ, kawan-kawan aku meminta kebenaran dari aku untuk
keluar hisap rokok di belakang, jadi saya katakan, "Ok tapi kalau kena
tangkap dengan Cikgu, jangan kaitkan nama aku..." Ketika itu aku
adalah pengawas sekolah yang agak nakal juga. Selepas mereka keluar ke
belakang, aku dan kawan aku seorang lagi bernama Aiman dan lain-lain
turun dari katil dan mulalah buat kerja jahat dengan mengambil bedak,
ubat gigi, dan minyak panas dan sapu pada muka kawan-kawan yang sedang
tidur dan letak minyak panas dan ubat gigi di dalam seluar mereka.Tiba-tiba sedang kami membuat kerja jahat itu, kami mendengar anjing
melolong dan bersahut-sahutan, kami pandang antara satu sama lain.
Tiba-tiba semasa anjing sedang bersahutan, kami dengar di atas atap
bilik itu, suara yang seram, seperti sedang terbang melintas,
serta-merta kami yang berdiri terus jatuh secara serentak, seperti
kami ditolak oleh sesuatu. Kami pun terus bergegas naik atas katil dan
selimut satu badan. Lebih kurang beberapa minit selepas itu, aku
lihat kawan-kawan aku yang keluar hisap rokok di belakang "dorm",
berlari-lari masuk ke dalam bilik dan terus tidur, pucat aku tengok
muka mereka.Esoknya, aku bertanya kepada kawan-kawan aku , kenapa muka mereka
pucat lesi dan seperti ketakutan berlari ke dalam "dorm" selepas
menghisap rokok, katanya mereka ternampak seorang perempuan
bertelekung putih dan berdarah mukanya sedang menggendong batu nisan
melayang lalu di depan mereka ketika menghisap rokok.
YOU ARE READING
[[ CREEPY PASTA ]]
TerrorKita para manusia , lebih sering menjelajahi luar kawasan dan mengetahui banyak cerita , tapi tidak dengan kita yang ada di bumi kita sendiri . Misi aku dan yang lain bermula☄ -creepy pasta -by @baekyjk_ START : 2017/05/20 END :