Palli Palli waa..

6.4K 9 0
                                    

Kringgg!!!  Iris bangun dengan malas sambil mengeliat, malasnya nak ke kelas account ni.. dah la aku tak suka angka, lecturer pula cakap slow, aku ni dah la tak terror account bertambah tak terror la aku.. cepatlah graduate..

Iris bangun dari katil lalu mencapai tualanya untuk membersihkan dirinya. Sesudah mandi, Iris membuka almari untuk mencari baju. Nak pakai baju ni ke baju ni erhh??  Peach or mint green??  Iris membawa kedua-dua helai baju tersebut ke hadapan cermin untuk membandingkannya. Pakai blouse pink ni la,esok baru pakai yang mint green pula.

******************************

Irisss!!! Dah pukul berapa ni kamu tak turun makan lagi, nanti terlewat pula kamu untuk ke kelas.

Yaa ibu.. kejappp.. Iris nak pakai lipbalm je lagi..last dah..Iris hanya mengenakan makeup yang nipis untuk sesuaikan dengan bajunya. Hanya memakai bedak, maskara, sedikit blusher dan lipbalm. Sebenarnya Iris ingin mengambil bidang kecantikan tapi apabila nemikirkan kos yang tinggi dia melupakan hajatnya itu dan memilih bidang Office Management and Technology.

Cepat makan Iris, nanti kamu terlewat, ayah pun terlewat ke tempat kerja..kata Encik Khairul iaitu ayah kepada Iris.

Amina hanya memandang dengan penuh benci terhadap Iris. Amina adalah anak bela Encik Khairul dan Puan Manda. Mereka mengambilnya sebagai anak angkat kerana kedua ibu bapa Amina mati dalam kemalangan. Amina lebih muda dari Iris tetapi wajahnya nampak lebih berusia kerana itulah Amina tidak suka kepada Iris.

Benci betul aku dengan perempuan ni, dia ingat dia makeup lama-lama dia cantik?? Kau tengoklah satu hari nanti aku akan rampas segala milik kau Iris. Sekarang semua orang memuji-muji kau!!! Korang semua tunggulah nanti!!! getus Amina di dalam hati.

Amina..kenapa renung mee goreng tu lama? Kenapa tak makan? Nanti lapar pula dalam kelas..tegur Puan Manda. Amina tetap dengan kedudukannya tadi, tidak mendengar akan teguran dari Puan Manda. Amina.. Amina!!!

Eyhh ya ibu.. kenapa?? tanya Amina. Hishh kamu ni.. kamu fikir apa? Kenapa tak makan?  Kan dah lewat ni.. tadi Iris, sekarang kamu pula. Bebel Puan Manda.  Amina teringat kat boyfriend dia kot buu.. hehe,kata Iris. Aaaa nak makan la ni ibu..mana ada la Iris. Amina terkejut apabila ditegur oleh Puan Manda.

Encik Khairul bangun lalu berkata, sudah-sudah, nanti ayah tinggal kamu berdua kot, pandai-pandai la kamu fikir nak ke kelas macam mana.

Iris bingkas bangun sambil mengambil beg dan bukunya. Amina cepattt.. nanti ayah tinggal kita. Iris tak nak naik teksi,mahal.
Amina pun bingkas bangun, dalam hati dia sangat menyampah dengan Iris. Dia hanya mengukirkan senyuman mesra kepada Iris.

Puan Manda hulurkan bekalan makanan kepada Iris dan Amina. Selepas bersalam dan mencium Puan Manda,mereka pun pergi ke kelas.

Guyss vote n comment yaa.. hehe

Temptation of WifeWhere stories live. Discover now