Sedang Iris berjalan-jalan di tepi tasik, tiba-tiba ada seorang lelaki yang menegurnya. Iris?? You Again??? Awak Iris kan??
Iris sedikit terkejut mendengar namanya disebut. Iris menjawab tergagap.. aa ya, yaya saya Iris. Kenapa? Encik kenal saya ke?
Hahahh awak ni.. awak tak ingat saya ke?
Saya pun rasa macam pernah tengok awak ni tapi saya tak tahu la, saya tak ingat. Jawab Iris masih dalam keadaan terkejut.
Saya Zafran la..kan saya terlanggar awak haritu.. awak tak ingat??
Ouhh dah, dah.. saya dah ingat. Patut la rasa macam pernah tengok. Maafkan saya, salah saya haritu kalut sangat.
Eyhh tak ada apa la.. small matter je tu.. tapi macam dalam novel la pula kan?? Hehe terlanggar pastu terjumpa lagi, tepi tasik pula tu..dengan pemandangan yang indah.. hehe Zafran cuba berseloroh untuk merapatkan diri dengan Iris.
Iris hanya tertawa kecil. Nak tergelak dia melihat telatah si Zafran. Handsomenya dia ni. Nama pun handsome, Zafran. Kata Iris dalam hati.
Awak tak cakap pun, asyik saya je yang bercakap. Awak tak suka ehh terserempak dengan saya kat sini? Tanya Zafran.
Eyhh tak la Encik Zafran. Hurmm tak sangka la pula kita akan terserempak lagi dekat sini. Encik buat apa dekat sini?
Ouhh saja jalan-jalan hirup udara segar.. baru habis kerja terus ke sini dulu. Awak tinggal dekat mana Iris??
Rumah saya nak ke sini lebih kurang 15 minit macam tu. Encik ni kerja office ke?
Yup. Kenapa? Awak nak kerja dengan saya ke? Boleh, boleh saya lagi suka.
Hehe tak ada la Encik. Saya tengok Encik pakai blazer,slack sebab tu saya tanya.
Awak study dalam bidang apa Iris? Mana la tahu saya boleh carikan kerja untuk awak lepas awak habis study nanti.
Office Management and Technology. Saya dah semester akhir.
Iris.. saya nak minta something kat awak boleh tak?
Hahh sudah dia ni... minta tolong apa pula, aku bukan ada apa pun. Getus Iris dalam hati.
Iris..boleh tak?
Ya Encik..saya tolong setakat mana yang mampu ja.
Saya yakin awak boleh tolong saya.. boleh sangat-sangat.
Urmm apa Encik??
Please..don't call me Encik anymore. Just call me Zafran. Ok??
Ouhh.. urmm kalau itu yang Encik.. belum habis lagi Iris bercakap, Zafran terus sambung, shhhh.. sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir Iris.. call me Zafran.
Iris sedikit terkejut, ba.. baik Zafran.
That's my girl.. good girl kata Zafran.
Iris hanya tersenyum. Trutt.. trutt..bunyi whatsapp masuk. Iris membuka chat tersebut, daripada Amina.
My Lovely Sister
Iris aku dah sampai rumah, kau balik je la.. sorry aku terpaksa balik sebab emergency tadi. Sakit perut.Iris Amanda
Laa ya ke? Kenapa kau tak bagitahu awal-awal. Lama aku tungu kau. Sampai hati.Amina hanya tinggalkan bluetick ja,dia tidak membalas chat Iris.
Ermm Encik,sayaa...
Shhh.. Iris kan saya dah cakap panggil saya Zafran. Tak payah ber'encik'.. ok?
Maafkan saya Zafran. Saya minta diri dulu.. saya tengah tunggu adik saya tapi dia dah kat rumah dah pun.
Jom saya hantarkan awak pulang.
Eyhh tak apa la Zafran, saya boleh balik sendiri. Lagipun tadi saya ke sini sendiri je.
Jangan la macam ni. Rezeki jangan ditolak awak,musuh jangan dicari. Jom la saya hantarkan awak pulang.
Tapi saya tak biasa Zafran. Kita baru je kenal. Tak apa saya boleh pulang sendiri.
Cik Iris.. saya tak akan apa-apakan awak ok?? Awak jangan fikir bukan-bukan kat saya ok..?? Boleh??
Tapi saya tak selesa la Zafran. Tak apa saya boleh balik sendiri je.
Ok, ok. kalau awak tak nak naik dengan saya tak apa..tapi bagi i temankan u ok??
Eyhh tak payah la Zafran. Saya dah biasa la.
Tak nak.. saya nak temankan awak juga.. nak juga.. Zafran seperti kanak-kanak yang degil pada masa ni membuatkan Iris tertawa kecil.
Ok.. boleh,tapi saya tak kan naik kereta awak. Awak drive je ikut saya. Setuju??
Ok.. asalkan boleh temankan awak..☺
YOU ARE READING
Temptation of Wife
RomanceIris seorang isteri yang lemah lembut, bersopan santun, manis dan baik orangnya. Semuanya berubah setelah suaminya berlaku curang dengannya.