amina

1.2K 3 0
                                    

Amina POV

Padan dengan muka kau Iris. Kena tinggal. Puas hati aku. Eyhh nak chat dia ke tak ehh?? Chat je laa nanti cakap apa pula kan, kau tu dah la bendul, bodoh nanti kau kat tasik tu smpai ke malam pula tunggu aku.

Nur Amina
Iris aku dah sampai rumah, kau balik je la.. sorry aku terpaksa balik sebab emergency tadi. Sakit perut.

Gila Girl
Laa ya ke? Kenapa kau tak bagitahu awal-awal.  Lama aku tungu kau. Sampai hati.

Herghh...tak kuasa aku nak layan kau. Lantak kau la nak marah ke nak meroyan ke, kisah apa aku.

Amina menghempaskan dirinya ke atas katil, lalu dia membuka laci kecil di sebelah katilnya dan mengambil album gambar yang saiznya muat-muat dengan laci itu.

Dia membelek-belek gambar dia, Iris, Encik Khairul, Puan Amanda serta Johan iaitu abang kepada Iris. Kemudian ada gambar dia dan Iris. Perempuan bodoh!!! Aku benci kau!!!  Semua orang buta ke hah??  Aku lagi cantik la dari kau!!! Berganda-ganda cantik!!!  Kau bodoh, bendul, gila!!!  Kau layak pergi mampos je!!! Kenapa semua orang sukakan kau hah??  Bodoh betul!!!  Benci aku!!!

Tok!!! Tok!!! Tok!!! bunyi ketukan pintu dari luar.

Amina.. kenapa Amina??  Bukakan pintu ni.. ibu nak masuk.

Alamak!!!  Kuat sangat ke aku maki hamun perempuan tu?? Ibu dengar ke??  Mati la aku..macam mana ni..??

Amina bingkas bangun buka pintu dan berlakon seperti ternampak sesuatu..ibu,ada lipas tadi ibu. Terkejut Amina,dia terbang ke sana ke sini sebab tu la Amina menjerit.

Laaa lipas rupanya. Ibu ingat apa la tadi. Haa Iris mana?  Kenapa kamu balik sorang?

Amina sakit perut tadi bu.. tak tahan sangat, Amina balik dulu la. Amina dah bagitahu Iris dah tadi. Kejap lagi sampai la tu.

Yelah, cakap dekat dia balik cepat sikit. Risau ibu. Ibu turun dulu ya nak buatkan minum petang. Kuih dah siap, kejap lagi turun makan ya.

Baik ibu..jawab Amina dengan memberi senyuman yang paling manis kemudian mengangkat kedua biji matanya naik ke ats semasa Puan Manda membelakangkannya.

Tak habis-habis risaukan anak bodohnya tu, menyampah aku. Dia dah besar la pandai-pandai la dia jaga diri.  Opss lupaaa.. kau kan bodoh memang patut la ibu risaukan kau.. haha kesian kau kan Iris. Tiba-tiba Amina mengambil album tadi dan melemparnya jauh.. semua orang ambil berat tentang kau Iris!!! Semua orang sayangkan kau, risaukan kau!!! Agaknya kalau aku mati sekalipun tak ada siapa pun yang sedih!!!  Perempuan tak guna!!!

Aminaaa.. turun makan,ibu dah sediakan dah ni..!!! Kedengaran suara Puan Manda memanggilnya untuk turun makan.

Hishh orang tua ni pun sibuk je.. macam tau-tau je aku memaki hamun anak kesayangan dia, ada je dia nak potong. Benci betul aku!!! Bebel Amina seorang diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Temptation of WifeWhere stories live. Discover now