Aduhh. ..kenapa la suka buat quiz mengejut ni?? Aku dah la tak study pun, faham pun tak, macam mana aku nak jawab ni?? Tiba-tiba Asyriq memberi kertasnya kepada ku. Aku pun mengangkat kening tanda aku nak buat apa dengan kertas dia?? Aku pun tak boleh nak jawab tak kan la nak suruh aku bagi jawapan kat dia kot.
Kau copy je la yang aku.. aku tak nak kau kena repeat sorang-sorang semester depan nanti... aku takkan tinggalkan kau..
Aku terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Asyriq kepada ku. Haihh sweetnya kau Asyriq.. kalau laa kau tak pernah couple dengan Liyana dulu, memang aku layan dah kau ni. Kata Iris di dalam hatinya. Serba salah dia nak copy jawapan Asyriq sebab selama ini dia tidak pernah meniru jawapan, tapi sekarang dia terkebil-kebil memikirkan apa yang patut dia buat sekarang kerana prinsipnya biar kena repeat,berkat daripada dapat dekan tapi tak berkat.
Tiba-tiba terdengar Puan Laila menolak kerusi untuk bangun melihat kami semua menjawab quiz. Iris terus memberi kertas kepada Asyriq kembali. Masa ada lagi 20 minit. Jawab betul-betul yaa.. ini carry mark kamu semua.
Iris cuba sedaya upaya untuk mengingati kembali apa yang dipelajarinya sebelum ini. Arghh kenapa la aku perlu hadap subjek account ni?? Kalau aku tahu memang aku tak akan pilih course ni la..merungut Iris perlahan.
Sebab saya jodoh awak. Asyriq bercakap selamba sambil melihat Iris. Sebab tu awak pilih course ni, kalau awak pilih course lain maybe kita tak kenal antara satu sama lain. Faham Cik Iris Amanda??
Sekali lagi aku terkejut dan termalu..kenapa la Asyriq ni?? Jangan buat hal Asyriq, nanti aku jatuh hati dengan kau susah. Kata aku di dalam hati. Aku terus tunduk menjawab soalan account yang mungkin semester depan aku kena hadap sekali lagi.
Iris memang sudah tahu lama yang Asyriq suka akan dirinya tetapi dia hanya buat tidak tahu kerana tak nak bergaduh sebab lelaki. Sebenarnya dari semester ke dua, Asyriq sudah simpan hati kepada Iris. Lagi pula Farhana iaitu rakan kelas ku ingat Asyriq suka kepadanya.
Vote n comment..
YOU ARE READING
Temptation of Wife
RomanceIris seorang isteri yang lemah lembut, bersopan santun, manis dan baik orangnya. Semuanya berubah setelah suaminya berlaku curang dengannya.