1- it happens.

455 35 3
                                    


Taeyeon mengigit bibir bawahnya saat melihat garisan dua pada alat canggih yang berada di tangan. Air matanya mula bergenang di bikar matanya, entah apa yang hatinya mahukan saat itu. Perasaan suka dan juga sedih menyelubungi dirinya.

Dia berjaya mengandung. Ya, dan ianya anak Baekhyun. 

Tapi, 

Macam mana kalau Baekhyun tidak mahukan anak ini?

Atau lebih,  tidak mahu bertanggungjawab ke atas bayi ini?

Macam mana dengan keluarganya?

Masa depannya?

Air matanya jatuh,  ya dia gila kerana bertindak sedemikian. Merelakan tubuhnya dinodai oleh lelaki yang dia berharap dapat hidup bersamanya sehingga akhir nafas mereka dalam keadaan tidak sedar diri kerana mabuk. Dia boleh saja menolak Baekhyun malam itu, ya dia menolak tapi selepas bibir lelaki itu tertampal pada bibirnya, dia terkaku dan mula terbuai dengan mainan cinta lelaki playboy itu.

Siapa yang tidak mahu lelaki yang mempunyai kulit putih susu yang mempunyai paras rupa yang boleh membuatkan hati gadis² cair walaupun lelaki itu tidak memaparkan senyuman diwajahnya. Renungan matanya yang boleh membuatkan hati berdegup dua kali ganda saat bertentang mata dengannya.

——,

"Woii!  Fokus!! "

Baekhyun terserentak saat suara Jimin menjerit ke arahnya dan disertakan pula dengan bola mendarat betul² di dadanya,  untung sempat dia sambut bola tersebut sebelum jatuh terduduk. Kalau tak,  perut sakit,  punggung pun sakit.

"Kau kenapa ha?  Asyik termenung je,  tau tak kita nak bertanding dalam 2 hari je lagi? "

Bebel Chanyeol pula,  nampaknya bukan si Jimin seorang je yang perasan akan keadaan Baekhyun semenjak beberapa hari ini. Baekhyun meleparkan bola yang di pegang lalu mengusutkan rambutnya berserabut. Bayangan gadis misteri selalu bermain di dalam fikirannya. Chanyeol,  Jimin,  Taehyung, Sehun terus duduk mengelilingi Baekhyun,  manakala pemain lain diarahkan rehat dahulu oleh Sehun. 

"Kau kenapa?  Tak pernah lagi aku tengok kau macam ni Baek"

Tegur Taehyung sambil menaikan kening kanannya ke atas. Baekhyun mengeluh kecil,  dia pun tidak tahu kenapa.

"Aku— korang pernah tak rasa yang korang mimpi tapi macam benda tu berlaku? "

"Maksud kau apa? "

"Aku tak tahu ni mimpi atau apa,  tapi bila aku bangun haritu,  aku memang er—m naked"

Jimin, Chanyeol,  Sehun dan juga Taehyung ketawa kuat. Bukan ke Baekhyun selalu je naked bila bangun pada hari hujung minggu?.

"Kau gelak kenapa monyet?! "

"Bukan kau dah selalu macam tu ke?, pfft,  ke kau dah bertaubat rasa menyesal atas apa yang kau buat selama ni? "

Baekhyun memuncungkan mulutnya tidak suka cara percakapan Chanyeol. Ya, Baekhyun memang atau tepatnya,  Wajib menghabiskan masanya di hujung minggu ke club melepaskan nafsu serakah pada gadis² yang ada di club malam tersebut.

" Kau ni Yeol,  tak baik cakap macam tu,  kau tak tahu betapa nikmatnya kalau buat ben—"

"Diam kau pendek!  Kau pun sama,  dua kali lima je dengan Baekhyun,  dasar buaya! "

Jimin memuncungkan mulutnya pada Chanyeol, berpura² merajuk tapi tidak dilayan oleh Chanyeol. Taehyung pula tersenyum riang kerana Chanyeol lupa akan dirinya yang juga tidak ubah seperti Baekhyun dan Jimin.

all with you - bbykty [✔]Where stories live. Discover now