"apppa"
Hana gadis kecil yang kini sudah pandai menyebut beberapa perkataan asas itu cuba mendaki sofa di mana Baekhyun terlelap dengan masih berpakaian pejabat. Gadis kecil itu berusaha untuk mendaki sofa di mana ayahnya tidur dengan botol susunya di tangan.
"Appa(h) "
Gadis kecil itu berjaya duduk di atas perut ayahnya dengan ketawa kecil. Meskipun Baekhyun masih tidak terjaga. Hana masih lagi tidak berputus asa untuk mengejutkan ayahnya untuk bermain bersama. Duduk saja di atas perut Baekhyun dengan menepuk bahagian di antara perut dan dada beberapa kali, Hana berjaya mengejutkan ayahnya.
"Hana-ya, macam mana boleh naik sampai sini ?"
Meskipun masih ingin tidur, dia tetap tersenyum melihat Hana yang ketawa entah apa yang lucu. Taeyeon tadinya memasak dan bila dia keluar, dia masih lagi lihat Hana bermain dengan permainannya manakala Baekhyun sudah terlelap. Taeyeon mengambil peluang ini untuk mandi. Hana memang tidak suka bersendirian dan melihat Baekhyun ada di ruang itu, Taeyeon mengambil peluang untuk mandi meskipun terdetak di hatinya rasa kesihan terhadap Baekhyun.
" Appaa(h)"
" ye..? Hana nak apa..? Tidur dengan Appa nak..?"
Tanpa disuruh, Hana terlebih dahulu menjatuhkan badannya ke badan Baekhyun dengan posisi meniarap dan kepalanya berada di dada Baekhyun. Susu yang berada dalam botol itu dia minum dan Baekhyun hanya tersenyum lalu memeluk anak gadis kecilnya itu sambil menyanyikan lagu tanpa membuka mulutnya.
Ya sekarang mereka sudah berkahwin dengan restu kedua belah pihak. Meskipun Tuan Byun masih lagi tidak boleh terima berita itu, dia tetap menerima keluarga kecil itu ke rumah dan melayani mereka dengan begitu baik. Keluarga Kim juga begitu tapi lebih baik kerana mereka memilih untuk melupakan kejadian itu.Mereka berkahwin dengan majlis sederhana dan mengundang orang penting sahaja.
Flashback
"Baekhyunnn!!! waaauuuhh!!!"
plak. Satu pukulan terkena tepat di kepala Taehyung. Jimin dan Sehun yang baru sahaja ingin membuka mulut untuk menjerit sekali terus tutup mulut mereka rapat-rapat. Sebaik sahaja hubungan Taeyeon dan Baekhyun disahkan, Taehyun melompat kegembiraan sambil menjerit manakala Jimin dan Sehun hanya tepuk tangan dan baru sahaja ingin buka mulut dan niat mereka terbatal kerana Chanyeol.
"sakitlah! kau kenapa hah ?"
"ni bukan majlis kau, hormat eh hormat"
Taehyung menarik muka masam dan hanya tersenyum tnpa perasaan terhadap semua tetamu di situ dan kembali melambaikan tangan ke arah pasangan mempelai di atas sana yang kini berjalan untuk ke arah family masing-masing dan Baekhyun hanya mengusap mukanya malu kerana Taehyung.
Hana yang dari tadi bersama Yeri kini bertukar tangan dan terus memeluk Taeyeon erat. Sebaik menunduk hormat kepada dua belah keluarga, mereka semua ke dewan makan. Chanyeol, Sehun, Jimin dan Taehyung tidak termasuk sekali. Sebaik selesai makan dan mengambil gambar bersama, kini giliran untuk beramah mesra dengan tetamu.
YOU ARE READING
all with you - bbykty [✔]
Romanceberlaku tiada tolakkan, bila terjadi... ianya sukar untuk dilafazkan.. kembali, mungkin jodoh kuat. [ SHORT & VERY BORING STORY ]