Kini Taeyeon terperangkap. Kekuatannya hilang, air matanya tumpah, hatinya hancur. Baekhyun memang tidak akan lepaskannya kali ini. Entah kenapa, itu yang dia rasakan. Kini dia di dalam dakapan lelaki itu. Kuat mana Taeyeon cuba melepaskan diri, dia tidak mampu melawan kekuatan lelaki itu. Ingin dia menjerit, tapi dia bimbang akan Hana yang baru tertidur tidak sampai setengah jam tadi. Hal ini tidak akan terjadi sekiranya dia cepat mendapatkan Hana yang tertidur di pangkuan Tuan Byun. Hal ini juga mungkin tidak akan terjadi sekiranya dia tidak berlama-lama dengan Puan Byun di dapur. Tuan Byun miminta Baekhyun membawa naik sebaik Taeyeon keluar dari dapur bersama Puan Byun yang menyuruhnya tidur dan dapati Hana juga tidur di pangkuan Tuan Byun.
"Baekhyun.."
Perlahan dan lembut suaranya keluar meminta dirinya dilepaskan walaupun dia tahu Lelaki itu tidak akan lepaskannya. Sekurangnya mencuba. Hatinya tidak tahan menahan semua ini. Cukuplah dua tahun dia cuba lupakan lelaki ini dari hatinya dan ingatannya, harapannya balik ke korea semuanya baik2 sahaja tapi takdir yang menentukannya.
"Not again, please... please Kim Taeyeon"
Pelukan itu semakin hangat. Bisikan yang Baekhyun katakan tidak begitu jelas pada Taeyeon untuk difahamkan. apa yang tidak lagi, dan apa yang tolong. Tapi apa yang Taeyeon tahu, Lelaki ini semakin mengeratkan pelukkan dengan kepalanya di bahu kanan Taeyeon dan Taeyeon akui pelukan itu membuatkan dia rasa selamat dan sedikit tenang dn perlahan-lahan dia pejamkan mata cuba merasakan kembali hangat dari pelukkan itu.
Baekhyun buntu, dia mahu luahkan segala, mahu ceritakan segalanya yang terbuku di hatinya tapi dia tidak tahu dari mana perlu dia mulakan. Merasakan yang Taeyeon tidak lagi meronta, membuatkan dirinya berasa lega. Lama mereka dalam keadaan begitu dan apa yang mengejutkan Baekhyun, Taeyeon membalas pelukkannya secara perlahan dan membuatkan hatinya kuat berkata bahawa Taeyeon masih mempunyai perasaan padanya. Dimana dia tahu Taeyeon menyukai dirinya ialah, Kim Yerim. Adik kepada gadis itu.
" mana awak pergi hm..? tau tak saya dah macam orang gila dekat sini..?
Dengan lembut dan berhati Baekhyun membuka bicara setelah lama masing-masing diam dan selesa dalam keadaan begitu. Taeyeon juga kini sudah menyandarkan kepalanya di bahu Baekhyun, dia bencikan dirinya saat itu kerana tidak dapat menolak kata hatinya yang menginginkan Baekhyun. Ditambah pula Baekhyun mmbelai rambutnya lembut dan kadang-kadang menepuk belakannya seolah ingin menenangkannya.
" mianhae.. sebab dah lakukan benda terkutuk tu, mianhae tak usaha cari jumpa untuk minta maaf awal-awal.. mianhae awak terpaksa tanggung semua tu...i'm so sorry.. for everything.."
Taeyeon tak bersuara dan Baekhyun kini merasakan bajunya sedikit memanas dan baju kemejanya sedikit tertarik, Taeyeon menangis dalam pelukkannya dan apa yang mampu dia lakukan saat itu hanya mampu mengusap belakang Taeyeon dan mengeratkan pelukannya.
" bogoshipoyo,..kim taeyeon"
" selepas benda tu terjadi, apa yang ada dalam ingatan itu dianggap mimpi. Mimpi indah dan pelik kerana asyik datang dan tidak boleh dilupakan sedangkan selalunya tidak pernah begitu. Selepas tahu yang gadis dalam ingatan yang diingat mimpi itu rupanya wujud, dunia ni rasa pelik, hidup ni rasa kosong sebab dibiarkan begitu saja.."
Baekhyun berhenti sejenak sebaik merasakan tangisan Taeyeon semakin menjadi-jadi. Baekhyun cuba melepaskan pelukkan, cuba untuk hentikan tangisan gadis itu supaya dia dapat menceritakan segala apa yang terbuku di dalam hatinya tapi hampa, kini Taeyeon tidak mahu melepaskan pelukkan. Sisi dahi gadis itu dia kucup lama sementara tangannya menenangkan Taeyeon dengan menepuk belakang gadis itu.
" Selepas Yeri datang tampar dan pukul melepaskan rasa marahnya sebab lelaki tak guna ni telah menyebabkan kakak kesayangannya lari jauh, dunia rasa kosong, semenjak hari tu, pencarian gadis yang telah musnah masa hadapannya dicari agar dapat diberi satu peluang untuk membetulkan segalanya.. tapi.. sampai sekarang tak jumpa dan mungkin memang takdir atau jodoh, lelaki tak guna ni dah dapat jumpa balik gadis yang dah mengubah hidupnya "
" taeyeon-na.. uljimaa.."
Baekhyun sedikit berbisik ke arah gadis itu saat gadis itu lagi memeluknya erat. Taeyeon dengar semua luahan lelaki itu, walaupun dulu dia pernah katakan pada dirinya supaya jangan dengar akan kata-kata lelaki,apatah lagi lelaki bernama Baekhyun yang sememangnya Playboy tapi entah kenapa sekarang, dia menerima segalanya dari lelaki itu.
"mianhae..cheommal mianhae Taeyeon-na.."
Baekhyun tidak putus-putus mengucapkan kata maaf sehinggalah Taeyeon berhenti dari menangis. Baekhyun akui dia berasa lengguh kerana telah lama berdiri, tapi dia mampu bertahan untuk menyelesaikan masalah ini pada malam itu juga. Taeyeon yang kini sudah berasa lega, mula diam di dalam pelukan Baekhyun dan perlahan-lahan menurunkan tangannya dari belakang Baekhyun dan perlahan-lahan menghubus nafas, bersedia untuk berhadapan dengan Baekhyun. Baekhyun yang menyedari itu juga perlahan-lahan melepaskan pelukkan.
Taeyeon menunduk selepas itu dan Baekhyun pula cuba menatapi wajah gadis itu. Merah, hanya itu dapat dikatakan oleh Baekhyun dalam hati. Baekhyun sedikit merapati Taeyeon yang kini diam menunduk dihadapanya. Disentuh pipi mulus itu dan tiada penolakkan, perlahan-lahan dia mengangkat wajah gadis itu agar memandang dirinya. Baekhyun mengukir sedikit senyuman buat gadis itu saat matanya bertemu dan Taeyeon terus melarikan anak mata. malu.
" hey. pandangla sini.."
Mahu tak mahu, Taeyeon pandang jua lelaki di hadapannya itu walaupun malu. Wajah lelaki itu masih lagi sama dan hanya ketinggian dan gaya rambut yang berubah. Baekhyun sekali lagi mengukir senyuman buat gadis itu sebelum tangannya mengusap wajah gadis itu yang tersisa air mata. Mereka sekali lagi bertentangan mata dan Baekhyun dengan perlahan menghapuskan jarak antara mereka dengan mengucup dahi Taeyeon lama dan perlahan-lahan beralih pada pipi Taeyeon yang masih merona merah kerana menangis.
Taeyeon kini merelakan segalanya. Benteng pertahanannya roboh sepenuhnya dari tadi. Dia memang tidak dapat menolak Baekhyun dengan mudahnya dan itulah jawapan yang dia cari selama ini yang dia masih lagi tidak dapat menghapuskan Baekhyun dari ingatan, hati dan hidupnya.
" i miss you, i love you and i really need you in my life.."
Taeyeon bagaikan patung buat seketika. Baekhyun dengan berani memperlagakan dahi mereka membuatkan Taeyeon tidak dapat bernafas dan kini melafaskan 3 rangkap perkataan yang pernah dia impikan 2 tahun yang lalu. Taeyeon memejamkan matanya, dan sekali lagi air matanya jatuh.
" can you give me one more chance..? just one more chance..?"
Lama, dan Taeyeon perlahan-lahan mengangguk. Katakanlah yang Taeyeon memang bodoh saat itu kereana menerima lelaki playboy yang pernah merosakkan masa depannya, tapi dia tidak boleh menipu dirinya yang masih menyimpan perasaan terhadap lelaki di depannya walaupun setelah apa yang berlaku. Baekhyun yang mendapat jawapan emas itu tersenyum bagaikan memenangi loteri, terus dia memeluk gadis itu erat.
" saya janji, saya perbetulkan segalanya. Apapun yang jadi, percayalah yang saya akan tetap disisi dan takkan lari lagi. .hm..? "
Taeyeon sekali lagi menganggukan kepalanya saat melihat keriangan pada wajah Baekhyun sebaik pelukan dilepaskan. Baekhyun yang mendapat jawapan itu tersenyum lebar, kini hatinya terasa senang jua, bagaikan tiada lagi batu besar yang terletak di hatinya. Taeyeon kini dihujani dengan kucupan singkat dari Baekhyun di seluruh wajahnya. Baekhyun berhenti seketika, dan memandang tepat ke arah Taeyeon, memimta sesuatu yang dulu dia lakukan tanpa sedar dan Taeyeon bagai mengizinkannya hanya menundukkan pandangan membuatkan Baekhyun melangkah merapati gadis itu sebelum melumat bibir gadis itu.Masing-masing meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Ianya berlaku secara perlahan-lahan dan lembut, tiada nafsu dan hanya meluahkan rasa masing-masing.
Mereka percaya, masih ada sinar untuk mereka teruskan kehidupan seperti orang lain walaupun sedikit berbeza.
YOU ARE READING
all with you - bbykty [✔]
Romanceberlaku tiada tolakkan, bila terjadi... ianya sukar untuk dilafazkan.. kembali, mungkin jodoh kuat. [ SHORT & VERY BORING STORY ]