Angin malam yang bertiup sempoi itu langsung tidak membuatkan dirinya sejuk. Bintang pada malam ini tidak kelihatan melainkan bulan sahaja yang menerangi malam di bandar itu. Harini banyak benda yang tidak terduga belaku di rumah tumpangannya ini. Tapi boleh membuatkan hatinya tenang, dia pulang ke tandah airnya bukan untuk ini melainkan hanya ingin menjumpai keluarganya tapi apakan daya takdir yang menentukan.
Selepas kejadian pagi tadi, Dia dan Baekhyun mendapat restu untuk meneruskan hubungan mereka, dan disebabkan kejadian itu juga, si bapa dan anak lelakinya itu datang lewat ke pejabat manakala dia bersama si ibu di rumah terpaksa mencerita segala tanpa tertinggal satupun. Dengan itu, dia diterima secara baik oleh Puan Byun.
"sejuklah sayang..kenapa tak tidur lagi..?"
Taeyeon sedikit terperanjat saat Baekhyun datang memeluknya dari belakang tanpa malu-malu. Entah bila lelaki itu selesai mandi dan kini bersamanya. Baekhyun mengucup pipi gadis beberapa kali sehinggakan gadis itu menapar lengannya di yang erat memeluk tubuh Taeyeon.
"sudahlaa.."
"malu lah tu,.."
Bukan Baekhyunlah kalau tidak menyakat, Baekhyun berterusan mencium pipi gadis itu dari sisi sehinggakan Taeyeon menyebut nama panjangnya,baru lah dia berhenti. Berhenti dari mengucup pipi gadis itu. Badan Taeyeon sedikit terlompat saat Baekhyun kini tidak segan silu meletakkan wajahnya di ceruk leher Taeyeon. Tangan Baekhyun diperutnya dia pegang erat sebaik Baekhyun meletakkan wajah di lehernya, meskipun dia dan Baekhyun telah melampaui batas dahulu, tubuhnya masih lagi bertindak balas dengan apa yang berlaku.
Badan Taeyeon kaku, nafasnya seakan berhenti dan gengamannya masih kuat di lengan Baekhyun yang ada diperutnya kerana Baekhyun masih dalam keadaan yang sama, bernafas di antara leher dan bahunya tanpa mengeluarkan sepatah perkataan dan apa yang Taeyeon dapat hanyalah hembusan nafas di lehernya.
"apapun yang terjadi, kita akan tetap bersama"
Taeyeon cuba mentafsir apa yang Baekhyun katakan dan dia tersenyum nipis. entah kenapa dia mengikut segala apa yang Baekhyun inginkan. Dia tidak membenci Baekhyun atas kejadian itu hanya rasa bersalah menyelubungi dirinya saat menarik Baehyun kedalam masalah ini.
"Mianhae.."
Taeyeon menunduk lalu mengusap tangan Baekhyun yang masih tegar memeluknya, menghangatkan dirinya di balkoni rumah itu. Lama itu dia memusingkan badannya menghadap Baekhyun, Baekhyun tidak faham apa yang diminta maaf oleh Taeyeon tapi saat Baekhyun mengadap ke arahnya, hanya senyuman yang dia berikan.
Taeyeon hanya menatap wajah Baekhyun sambil mengulun bibir bawahnya. Dia tidak tahu bagaimana ingin mulakan hal tersebut. Di tarik nafasnya panjang-panjang dan perlahan-lahan dia lepaskan sebelum bercakap.
" Maaf sebab dah tarik awak dalam masalah ni.. "
Taeyeon berkatan lalu menundukkan mukanya. Sungguh malu untuk menatap Baekhyun yang terus menatap dan tersenyum ke arahnya.
YOU ARE READING
all with you - bbykty [✔]
Romanceberlaku tiada tolakkan, bila terjadi... ianya sukar untuk dilafazkan.. kembali, mungkin jodoh kuat. [ SHORT & VERY BORING STORY ]