2- not again

257 30 3
                                    

[ 2 Tahun Kemudian ]

" Aku malas lah! "

"Yelah,  mentang² tak payah sambung belajar,  terus dapat kerja,  dengan aku pun dah tak nak j—"

"Hah,  Ye! Ye!  Aku pergi!   Nahas kau, kalau kau lambat! "

Baekhyun mematikan telifonnya. Semejak habis saja sekolah,  Baekhyun terus disuruh bekerja di pejabat atuknya sebagai pengurus kecil di syarikat tersebut, tapi kerjanya bukan sebesar gaji CEO,  kata atuknya,  belajar dulu kerja asas ni,  bila dah mahir nanti,  baru boleh naik ke peringkat tinggi. Awalnya Baekhyun malas,  tapi demi atuknya,  dia bekerja juga di syarikat itu,  dan semestinya menjadi tumpuan gadis² bujang mahupum tidak bujang disitu.

Kawan Baekhyun pula, semenjak Baekhyun bekerja,  sesuka hati je ambil peluang ajak Baekhyun lepak makan semua,  tapi last² Baekhyun yang kena bayar segala pesanan yang kawan²nya pesan. Chanyeol yang sebaik² wajahnya itu juga turut serta mengambil peluang keemasan ini,  kadang² Chanyeol lah yang paling banyak pesan makanan, padahal makan sikit je.

Sampai sahaja di restoran tersebut,  Baekhyun terus masuk dan mencari kelibat kawan baiknya itu. Nampak sahaja,  tanpa banyak songeh, dia menghayunkan kakinya mendekati meja tersebut. Mereka bersalaman dengan gaya 'Hi-five',  baru ada style.

"Kau asal datang sini dengan baju kerja ni? "

"Korang jugak kan yang nak aku datang,  aku datang ni dah tak pandai bersyukur apa? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang jugak kan yang nak aku datang,  aku datang ni dah tak pandai bersyukur apa? "

Taehyung mengukir senyuman segi empatnya pada Baekhyun, langsung rasa tidak bersalah. Tak lama itu,  Jimin dan Sehun datang. Seperti biasalah,  kalau bank peribadi mereka sudah ada,  masing² menempah makanan macam nak buat bekal untuk 2 bulan. Baekhyun smirk, biasanya mulutnya akan membebel,  tapi kali ni dia diam saja.

Hampir 2 jam mereka berborak. Chanyeol melanjutkan pelajarannya di Seoul University. Jimin dan Sehun mengambil tingkatan 6, Taehyung pula kerja di cafe pemberian Ayahnya,  Taehyung ni anak businessman, disebabkan tidak mahu bekerja satu syarikat dengan Ayahnya kerana malas,  Ayahnya memberikan cafe peninggalan atuknya untuk diuruskan memandangkan Taehyung ni semuanya malas. Persahabatan mereka kekal, dan Chanyeol sudah 100% berasa lega kerana sahabat²nya kini tidak lagi merosakkan anak dara orang, semuanya kerana Baekhyun yang berubah secara mendadak membuatkan Jimin, Taehyung dan Sehun malas ke Club kerana tiadanya Baekhyun. Mana taknya,  Baekhyun yang selalunya memilihkan gadis untuk mereka. Siapa tahu,  Jimin,  Taehyung, Sehun dan Si budak baik Chanyeol masing² sudah berpunya.

"Yoboseyo? , uh,  Nae², nanti Baekhyun sampai,  Papa tunggu je situ,  woi aku kena pergi "

Baekhyun terus berlalu tanpa menunggu balasan dari sahabatnya. Chanyeol,  Taehyung,  Sehun dan Jimin yang sedang asyik makan itu ternganga dengan mulut penuh makanan. Siapa nak bayar semua ni?!

——,

" cepat,  aaaa "

Gadis kecil berumur 1 tahun 4 bulan itu mengeleng kepalanya berkali² tidak mahu makan. Puas dipujuk oleh ibunya untuk makan bubur nasi yang dihiasi dengan brokoli dan lobak merah berserta isi ayam yang mana semuanya dilenyek menjadi kecil².

all with you - bbykty [✔]Where stories live. Discover now