Selesai sahaja memakai pakaian dan menyikat rambutnya, Baekhyun terus meninggalkan biliknya dan berlari masuk ke bilik di mana terdapat tetamu istimewa di situ tanpa sedar ada seseorang melihat tingkah lakunya waktu itu. Masuk sahaja dalam bilik, dia terus mengunci pintu. Senyumannya terukir saat melihat wajah dua insan yang kini sepenuhnya bertahta di hatinya sedang lena.
Perlahan-lahan dia melangkah dan merebahkan dirinya di seblah insan kecil yang tertidur comel dengan pipi gebunyanya membuatkan Baekhyun geram mencium gadis kecil yang terlena dalam mimpi indah. Rengekan Hana membuatkan Baekhyun berhenti dari mencium pipi itu lagi dan kini dia beralih pada Taeyeon yang juga sudah terlena. Perlahan dia bergerak ke arah gadis itu lalu mencium pipi dan dahi gadis itu membuatkan gadis itu terjaga.
"Hm? "
"Good night.. "
Taeyeon senyum sahaja.
"I love you"
Taeyeon mengangguk, sejujurnya dia rasa terganggu tapi dia tidak mahu lelaki itu terasa. Matanya yang tidak dapat dibuka lagi membuatkan Baekhyun ketawa kecil sebelum menyuruh gadia itu kembali tidur.
--
Pagi itu, Taeyeon awal² lagi bangun untuk turun tolong apa yang patut. Buka sahaja mata, dia tersenyum, kini kedua wajah insan yang disayangi ada dikala dia terjaga. Masing² tidur mengarah ke arahnya membuatkan pipi mereka nampak lebih gebu dari biasa. Taeyeon tidak membuang masa lama, terus dia ke tandas, selesai mengenakan pakaian yang sesuai dia terus turun ke bawah. Di dapur kelihatan Puan Byun bersama pembantu rumah sedang menyiapkan sarapan pagi, perlahan-lahan dia masuk dan mengucap selamat pagi.
"Yeon tidur oke ke semalam? "
"Baik-baik je Ajjuma.. "
Bermula dari situ, Taeyeon dan Puan Byun mula berkongsi cerita tentang masakan dan gaya hidup di Malaysia. Tidak pula Puan Byun bertanyakan pada diri Taeyeon dan tanpa sedar, dia selesa dengan cara Taeyeon. Sebaik selesai memasak, Puan Byun menyediakan air manakala Taeyeon menyiapkan meja makan bersama pembantu rumah itu dan waktu itu juga Baekhyun muncul ke dapur dengan wajah baru bangun tidurnya.
"Morning"
Taeyeon terkejut, saat matanya bertemu mata Baekhyun, Baekhyun memang memandangnya dengan senyuman manis diberikan khas untuknya. Taeyeon yang tidak mahu tertangkap apa² terus menyibukkan dirinya.
"Ni dah kenapa? Tak pandai nak pergi mandi? Dah tak tahu nak pergi kerja? "
"Erm, Ajjuma, Taeyeon naik kejap eh? "
Sebaik mendapat kebenaran, Taeyeon terus menghilangkan diri. Bimbang juga dia Hana berseorangan di atas, bila di fikirkan balik, katil di biliknya semalam boleh tahan tingginya. Baekhyun yang melihat Taeyeon menghilangkan diri juga cuba mengikut jejak Taeyeon tapi apabila melihat wajah Puan Byun di depannya,.
"Baekhyun naik mandi eh? Bai Mama"
Wajah Puan Byun berkerut, tak pernah harmoni sebegini Baekhyun sebelum ini. Namun dia biarkan sahaja dan bergegas untuk ke bilik memandangkan Tuan Byun, suaminya belum juga bangun.
Taeyeon yang kini terbaring ke arah Hana yang masih lagi lena terkejut saat pintu bilik itu diketuk dan membuatkan dia terus bangun dari perbaringannya. Terbuka sahaja pintu, terpancul wajah Baekhyun dengan kemeja lengkap dan rambut yang masih belum sikat. Dengan senyuman manis dan tatapan yang tidak pernah putus berjalan ke arah Taeyeon membuatkan jantung Taeyeon berdetak kuat. Namun pun begitu, dia tetap turun berdiri dari katil dan ke arah Baekhyun. Tertanya-tanya juga kenapa dengan lelaki itu yang masuk terus ke arahnya dengan senyuman manis begitu.
YOU ARE READING
all with you - bbykty [✔]
Romanceberlaku tiada tolakkan, bila terjadi... ianya sukar untuk dilafazkan.. kembali, mungkin jodoh kuat. [ SHORT & VERY BORING STORY ]