'Kring!!kring!!'
"Ish...,memekak betullah jam ni!" bentak Keiko.
Dengan mata yang masih tertutup,tangannya pantas menyambar sebuah bantal sebelum dilemparkan ke arah jam loceng yang membingitkan telinganya itu.
"Apa gunanya letak jam loceng tu kalau macam inilah Cik Keiko menggunakannya." tegur suatu suara garau membuatkan Keiko terkejut beruk.
Matanya terbuka luas dan dia serta-merta bangkit dari perbaringannya.
"Yah!!!what are you doing in my room?siapa suruh kau ceroboh masuk bilik aku?" tengking Keiko dengan rambut yang kusut-masai.
"Saya cuma nak pastikan Cik Keiko bangun."jawab Sho selamba.
Dia dah bertekad.Hari ni dia perlu bertegas dengan wanita itu.Sho ketawa jahat dalam hati.
"Keluar!!Kan aku dah cakap semalam. Aku tak suka kau ganggu privacy aku.Keluar dari bilik aku sekarang!!" jerit Keiko.
"Saya akan keluar,tapi Cik Keiko kena bangun."
"Kau buta ke?Kau tak nampak ke aku dah bangun ni?!"
"Okay,saya keluar dulu."Sho melangkah keluar dari bilik wanita itu dengan senyuman kemenangan yang tak lekang dari bibirnya.Baru kau tahu siapa aku.Aku bukan sebarangan bodyguard tau.
Keiko mendengus geram.
"Tak guna!!Berani dia masuk dalam bilik aku tanpa izin."omelnya sambil kakinya diatur ke arah bilik airnya.
(Skip)
Keiko melangkah mengikut rentak kaki.Dari sebuah ke sebuah kedai lain dilawatinya namun tiada langsung benda yang menarik perhatiannya. Dia benar-benar kebosanan. Sepatutnya hari cuti ini perlu diisi dengan sesuatu yang menyeronokkan.
Dia mengeluh perlahan sebelum menjeling Sho yang berada disisinya.
Lelaki itu sedari tadi asyik mengikuti ke mana sahaja dia melangkah sudah mula menunjukkan muka bosan.Keiko terus melangkah manakala Sho hanya mengikutinya dari belakang.
Akhirnya,dia memilih untuk memasuki kedai permainan.Dia memandang sekeliling.Nampak seronok pula bila tengok budak-budak dekat situ bermain permainan.Keiko menghampiri Sho yang tegak berdiri disisinya.
"Jom teman aku main game.Kita lawan." Keiko memandang wajah Sho yang serius.
Sho membalas pandangan Keiko.
"Cik Keiko,saya sedang bertugas.Saya perlu peka dengan keadaan sekeliling. Saya takut kalau saya teman Cik Keiko main permainan saya akan lalai dalam menjalankan tugas saya." ujarnya serius.
Keiko menrengus sebaik sahaja mendengar jawapan yang keluar dari mulut Sho.
"Jomlah.Aku bosanlah."rayu Keiko sambil memeluk erat lengan Sho.
Sho sekali lagi memandang Keiko.Dia kehairanan dengan kelakuan wanita itu.Lain dari sikap yang pernah dia lihat pada hari-hari yang sebelumnya atau ini hanya lakonan semata-mata untuk meraih simpatinya untuk menemaninya bermain permainan.
Sho mengeluh perlahan sebelum mengangguk.
"Yeayy!"sorak Keiko suka lantas menarik tangan Sho supaya mengikutinya.
Sho terpaksa akur.
Keiko dengan rasa gembiranya mengambil tempat di bahagian kanan manakala Sho di sebelah kiri.
Terlompat teruja Keiko dibuatnya apabila keretanya dapat melintasi kereta Sho.Sho di sebelah hanya memandang Keiko.
Kali ini dia merasa senang melihat anak majikannya itu.Pertama kali dia melihat Keiko tersenyum dan tertawa sedangkan selama ini dia hanya melihat wajah Keiko yang garang sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pengawal CINTA
Roman d'amour"When I first met you,I honestly didn't know you were gonna be this important to me."-Keiko Kitagawa "Believe me.I will protect you with my life."-Sho Sakurai . . . . . silalah baca,ye:)