2

8 2 0
                                    

Sekali lagi pejabat itu riuh dengan suara nyaring Keiko sedang memarahi pekerjanya.Staf-staf yang lain mula memasang telinga.

"Kau ni! Kerja remeh macam ni pun tak boleh buat ke? Aku suruh angkat kotak bukan batu bata.Habis rosak produk-produk ni nanti,kau nak tanggung?!"

Jari telunjuk Keiko mununjal-nunjal kepala Shatori dengan perasaan geram. Lantaklah! Aku peduli apa dia nak marah ke nak apa ke,aku bos dekat sini! Suka hati akulah nak buat apa pun!

"Maaf,Cik Muda."ungkapnya sayu.

"Maaf, maaf, maaf je kau tahu.Kau tahu tak? Setiap saat sangat berharga untuk aku. Dan aku paling tak suka pekerja yang buat kerja lembab macam kau!"

Sekali lagi, Keiko memaki Shatori tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhati mereka seperti menonton drama.

Shatori hanya mendiamkan diri. Perasaan malu, marah menyerbu diri ini.Masakan tidak, malu apabila dirinya di maki, di hina depan kawan-kawannya yang lain.

"Arrgghh! Cakap dengan orang macam kau ni memang tak guna! Kau dipecat! Berambus kau dari sini."

Semudah itu, Keiko menghalau Shatori dari syarikatnya. Terkejut bukan kepalang Shatori dengan kata-kata bosnya itu. Aku kena pecat setelah dihina?!

"Cik Keiko!!!" panggil Shatori dengan lantang.

"Berani kau panggil aku macam tu?!" membara hati Keiko dengan panggilan dari bekas pekerjanya.

"Cik Keiko adalah manusia yang paling sombong dan paling teruk pernah saya jumpa!!!!Dan saya akan pastikan Cik Keiko akan dapat balasan atas apa yang Cik Keiko buat pada saya.Saya akan balas semua hinaan yang Cik Keiko beri pada saya," seraya itu, Shatori melangkah laju meninggalkan K'Kos Healthy dengan hati yang panas.

Kawan-kawan yang memanggilnya dibuat tidak peduli.

"Weh, apasal Cik Keiko ni mulut celaka hah? Dia ada masalah mental ke?" bisik salah seorang pekerja di situ.

"Kau takkan tak tahu perangai dia tu.Berlagak,sombong.Maklumlah anak orang kaya.Jutawan pula tu."

"Hah! Yang korang berbual apasal? Buat kerja.Jangan nak makan gaji buta atau korang semua aku pecat.Biar merempat!" pekik Keiko menggegarkan bangunan syarikatnya. Laju kakinya menapak ke personal office-nya dengan perasaan marah. Hatinya membebel.

'Setiap hari ada je orang yang buat aku naik angin!'

"E-err,Cik Muda..." panggil Amiko.

"Apa?" jawabnya dengan hati beku.

"Ada orang nak jumpa Cik Muda." ujarnya.

"Siapa?suruh dia masuk."

"Baik." Jawab Amiko dengan senang hati.

"Encik Sakurai, sila masuk."

"Baik,terima kasih."ucap lelaki yang  segak berpakaian kemeja putih bersama kot hitam dan terselit sesuatu alat ditelinganya.

"Hah!kau siapa?Nak minta kerja ke?"soal Keiko tegas.

"Macam ni ke cik melayan tetamu?"sindir Sho.

"Suka hati akulah!Kau tak jawab lagi soalan aku tadi." mata Keiko memandang tajam lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Saya Sho Sakurai.Pengawal peribadi yang ditugaskan oleh Tuan Kitagawa untuk menjaga keselamatan cik sepanjang beliau tiada di Jepun."

"Ohh...,jadi kaulah orangnya."

"Ya."Sho mengangguk.

"Kau tahukan aku tak suka orang yang tak komited dan aku paling benci orang yang kongkong hidup aku.Aku harap kau bukan orang macam tu."tegas Keiko.

Pengawal CINTAWhere stories live. Discover now