4

3 2 0
                                    

"Apa semua ni?hah?!" bergema suara Keiko di segenap ruang rumah agamnya itu.

"Sabar,Cik Keiko.Biar kami jelaskan semuanya."

Keiko memandang tajam lima orang jejaka yang sedang berdiri tegak dihadapannya itu termasuk Sho.

Kemudian berkalih ke arah wanita yang memujuknya sebentar tadi.

"Aku tak perlukan penjelasan dari korang.Aku nak penjelasan dari papa. Papa perlu tahu keadaan aku sekarang."

Keiko mulai tidak tentu arah.

Dia terus berlari ke biliknya untuk menelefon papanya supaya papanya tahu apa yang berlaku di sini.Dia perlukan papanya sekarang.

Dia menjadi takut selepas kejadian siang tadi.Selepas pulang membuat laporan di balai polis sebentar tadi, dia terus naik angin dengan semua yang berlaku.Dia tak tahu kenapa?Yang dia tahu dia perlukan papanya sekarang.

Sho hanya memandang Keiko yang melangkah laju menuju ke biliknya.

"Korang tolong kawal kawasan luar.Laporkan segera jika ada sebarang gangguan."

"Baik!"

Setelah memberi arahan kepada ahli pasukannya yang lain,Sho menapak menaiki tangga menuju ke bilik Keiko.

"P-papa...,p-please angkat call."

Keiko berjalan mundar-mandir di dalam biliknya.Sudah berpuluh-puluh kali dia mendail nombor telefon papanya namun masih tidak berjawab malah handphone papanya dimatikan.

Hati Keiko mulai dilanda resah.Air matanya mula bertakung.

Sho melangkah mendekati Keiko yang resah di birai katil sambil memandang telefonnya.

Dengan selamba,Sho pantas merampas handphone yang berada ditangan wanita itu membuatkan wanita itu tersentak.

"Kau ni dah kenapa?Bagi balik handphone aku!Aku nak telefon papa. Bagi balik!!"tengking Keiko cuba untuk merampas kembali telefon bimbitnya dari tangan lelaki itu.

Hatinya benar-benar geram dengan tindakan Sho yang sesuka hati merampas telefon bimbitnya.

"Cik Keiko kena dengar apa yang saya nak cakapkan ni.Saya tahu mungkin berita yang saya sampaikan ini akan melukakan hati Cik Keiko tapi saya terpaksa juga sampaikannya."kata Sho lembut.

Keiko terdiam.

"Hal ini berkenaan Tuan Kitagawa."  Sho menarik nafas panjang kemudian menghembusnya.Terasa berat hatinya utuk meluahkan kata-kata tersebut.

"Ishh...,cepatlah beritahu aku!"dia menghempas kasar punggungnya di atas birai katilnya.

"Saya mendapat berita dari Pasukan B iaitu pasukan pengawal peribadi yang ditugaskan untuk mengawal Tuan Kitagawa di Korea.T-tuan telah ditembak tepat dijantungnya beberapa hari yang lepas.Sekarang tuan masih lagi berada di unit kecemasan di sana."

Keiko terkelu.Air matanya yang bertakung tadi sudah pun mengalir deras.

"Senpai."panggil Lisa dengan wajah sugul.

"Ya,Lisa?"

Lisa segera mendekati Sho dan membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.

Mata Sho terbuntang luas.

"Betul ke Lisa?"soal Sho inginkan kepastian.

Lisa mengangguk perlahan.Wajahnya terpapar raut wajah sedih.

Sho turut mengangguk tanda mengerti.Dia segera berpaling semula ke arah Keiko yang sedang menangis. Sekali lagi hatinya terasa berat untuk meluahkankan kata-kata.Malah kali ini lebih berat.

"Cik Keiko."panggilnya lembut.

"Aku nak ke Korea.Aku nak jumpa papa.Aku nak suruh papa bertahan." ujar Keiko dalam tangisannya.

Semakin berat hati Sho dibuatnya.

"T-tuan Kitagawa baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi."

Mata Keiko yang basah dengan air mata terbuntang luas.Dia serta-merta bangun dari duduknya.

'PAPP'

Sho memegang pipi kirinya yang terasa pijar.

Keiko mengetap bibir.Dadanya turun naik menahan rasa marah.Tangannya yang baru sahaja menampar pipi lelaki itu turut menggeletar.

"Jangan sesekali bermain dengan nyawa seseorang.Apatah lagi nyawa papa aku."

"Kenapa?Cik Keiko tak dapat terima hakikat?"ujar Sho semakin menambah minyak di api yang sedang membara.

Dia bukan sengaja ingin menyakiti hati wanita itu tetapi sikap degil wanita itu yang memaksanya untuk berkata yang sedemikian.

"A-aku tak percaya!p-papa takkan tinggalkan aku!"raung Keiko.Air matanya mengalir semakin deras.

Sho hanya mampu memandang sayu.

"I-ini semua tipu,kan?kan?Sakurai-san?"

Perlahan-lahan Sho melangkah mendekati tubuh Keiko lalu mendakapnya erat.

Tangannya pula mengusap lembut kepala wanita itu.

"P-papa..."dalam tangisan Keiko masih lagi memanggil nama papanya.

Sho makin mengeratkan pelukannya.

To be continue

Pengawal CINTAWhere stories live. Discover now