Hari ini genap seminggu selepas kematian papanya.Keiko segera menapak ke arah pintu almarinya sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik mandi.Tangannya pantas membuka almari bajunya.
Sho memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 9 pagi.Dia menyandarkan tubuhnya pada sisi kereta sambil fikirannya melayang entah ke mana.
(Skip)
Setelah setengah jam bersiap,Keiko melangkah keluar dari bilik dan turun ke bawah dengan blouse berwarna turquoise dan jeans putih tersarung di tubuhnya.Rambutnya paras dada itu dilepaskan begitu sahaja.
"Ohayou gozaimasu,Cik Keiko!" ucap Ikari ramah.
"Ohayo!"balasnya lembut dengan senyuman yang suram.
"Mari sarapan."
"Tak apalah,Ikari.Saya nak cepat ni." ujar Keiko terus berlalu pergi.
Sho yang sedari tadi asyik termenung, terus tersedar lalu membuka pintu kereta di tempat duduk belakang sebaik sahaja ternampak kelibat Keiko menuju ke arahnya.
Serentak dengan itu juga dia memberi arahan kepada pasukannya.
"Cik Keiko hendak keluar.Bersiap sedia."
"Cik Keiko nak ke mana?"soal Sho sebaik sahaja dia mengambil tempat di tempat duduk pemandu.
"Saya masih tak nak masuk office hari ni.Saya nak pergi suatu tempat.Boleh tak awak suruh pasukan awak yang lain jangan ikut kita.Hanya awak je. Kalau boleh,saya nak bersendirian di sana."pinta Keiko lembut.
"Maaf,Cik Keiko.Kami tak boleh nak memenuhi permintaan cik.Kami terpaksa ikut prosedur yang ditetapkan.Kami mesti melindungi cik.Kami takut kejadian lalu terjadi lagi."
"Hmm."balas Keiko akur.
Sho tersenyum.
Sejak seminggu yang lalu,perangai Keiko sudah berubah malah bahasa yang digunakan wanita itu tidak kasar seperti biasa.Tapi,entah kenapa dia merasakan seperti jiwa wanita itu kosong sejak kematian papanya.Dia juga selalu muram.Naik risau Sho dibuatnya.
"Mana tempat yang Cik Keiko nak pergi tu?"soal Sho ingin tahu.
Dikerling Keiko yang duduk di bahagian belakang melalui cermin pandang belakang.Kelihatan Keiko asyik memandang luar sambil kepalanya dilentokkan pada cermin kereta.
"Awak terus je.Lepas lampu isyarat, belok kiri.Then,awak terus je sampai nampak satu lorong dekat bahagian kanan.Awak masuk lorong tu."terang Keiko tanpa menoleh.
"Baiklah."
(Skip)
Kereta yang dipandu Sho meluncur laju memasuki kawasan yang agak terpencil dan bebas dari orang ramai diikuti dengan beberapa buah kereta yang lain.
"Kita dah sampai Cik Keiko."beritahu Sho.
Matanya melilau memandang sekeliling tempat tersebut sebaik sahaja keluar dari kereta manakala Keiko laju menapak menuju ke sebuah tasik yang terdapat di tengah-tengah padang hijau yang terbentang luas.
Sho pantas mengekori.
"Semua,jaga sekeliling."arah Sho kepada rakan sepasukannya.
Langkah kaki Keiko terhenti.Dia pantas menoleh ke arah Sho.
"Sakurai-san!"panggil Keiko.
"Ya,Cik Keiko?"
"Taman ni merupakan hadiah papa untuk saya semasa hari lahir saya yang ke-20.Saya pernah tanya kenapa dia hadiahkan saya taman ni?dia kata kalau ada masalah,datanglah ke sini,luahkan segala-segalanya di sini.Jangan sesekali bawa masalah itu pulang ke rumah.Dia tak nak masalah yang saya hadapi tu menganggu suasana di rumah."
Sho menepuk lembut bahu kanan wanita itu.
Keiko memandang wajah lelaki itu seraya tersenyum.
"Jangan risau.Saya takkan bawa masalah ni ke rumah.Sebab tu kalau boleh saya nak lepaskan semuanya sekarang di sini."
Sho tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Keiko.Hatinya sedikit lega.Dia yakin wanita itu kuat dan matang dalam menghadapi cabaran.
Keiko mula mengorak langkah di bibir tasik sambil menghirup udara di taman tersebut.
Sho tidak ikut melangkah sebaliknya hanya memerhati wanita itu dari jauh.Dia sebolehnya tidak mahu mengganggu Keiko yang hendak bersendirian untuk menenangkan fikiran.Cukuplah dengan kawalan yang ketat di sekeliling kawasan itu dapat melindungi wanita itu dari sebarang ancaman.Harapnya.
'Sreshhh,Sreshhh'
Telinga Sho menangkap satu bunyi aneh yang kedengaran sayup-sayup. Kepalanya segera menoleh ke arah semak samun yang terdapat di situ.Matanya yang tajam menangkap satu susuk tubuh yang sedang bersembunyi di situ.Apa yang paling mengejutkan adalah ada sepucuk pistol sedang dihalakan ke arah Keiko yang sedang berjalan bersendirian.
Tanpa membuang masa dia terus berlari sekuat hati ke arah Keiko yang tidak menyedari dirinya menjadi sasaran sepucuk pistol.
Dia harus menyelamatkan wanita itu!
"Cik Keiko,hati-hati!!!"
BANG!!
Bushhh!!!
"Keiko!"
Mata Sho terbuntang luas apabila melihat tubuh Keiko tercampak ke dalam tasik.
Tanpa berfikir panjang,Sho terus terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan wanita itu.Hal untuk menangkap siapa yang menembak Keiko diserahkan kepada rakan pasukannya yang lain.
To be continue...
YOU ARE READING
Pengawal CINTA
Romance"When I first met you,I honestly didn't know you were gonna be this important to me."-Keiko Kitagawa "Believe me.I will protect you with my life."-Sho Sakurai . . . . . silalah baca,ye:)