6

6 2 2
                                    

"Macam mana keadaan dia,doktor?" soal Sho penuh kerisauan sebaik sahaja melihat seorang doktor melangkah keluar dari bilik pembedahan.

"Kami dah berjaya mengeluarkan peluru yang terdapat di bahagian bahu kirinya.Keadaannya juga sekarang dah stabil.Selepas ini,kami akan pindahkannya ke wad."

Sho menarik nafas lega selepas mendengar berita yang disampaikan oleh doktor tersebut.

Kemudian,dia mengorak langkah menuju ke kaki lima hospital.

"Macam mana keadaan Cik Keiko?" tanya Genji.

"Dia okay."

"Baguslah."Lisa menarik nafas lega.

"Awak ada dapat apa-apa maklumat mengenai penembak tu?"

"Kami mendapat maklumat penembak yang menembak Cik Keiko merupakan orang yang sama menembak Tuan Kitagawa.Suspek dihantar ke sini dari Korea semata-mata untuk membunuh Cik Keiko. Saya tak tahu macam mana suspek boleh terlepas daripada pemeriksaan imigresen."ujar Kaito.

"Pasti ada orang dalam ni."teka Lisa.

"Kita kena cari dalang disebalik semua ni secepat mungkin.Saya takut Cik Keiko akan terus menjadi sasaran selagi dia belum mati.Kita kena ketatkan sistem kawalan terhadap Cik Keiko."ujar Sho dalam nada yang serius.

"Baik!!"ujar rakan sepasukannya yang lain.

(Skip)

Keiko membuka matanya yang terasa berat.Dipandang siling yang kosong.

'Aku kat mana ni?Apa yang telah berlaku?'

'T-tadi...aku kat tasik.Macam mana...?Tasik?' mata Keiko terbuntang luas apabila teringat kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

Imbas kembali,

"Cik Keiko,hati-hati!!!"

Keiko pantas menoleh apabila terdengar jeritan Sho.Dia ingin menyahut namun...

Bang!!!

Tiba-tiba,dia merasakan ada sesuatu benda tajam sedang menembusi bahu kirinya.Perit.

Keiko tersentak.Dia tidak dapat menahan kesimbangan badannya.  Matanya sudah berpinar-pinar tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya ketika ini.

Dengan sekelip mata,dirinya terhumban ke dalam tasik dan terus tidak sedarkan diri.

Imbas kembali tamat.

Keiko menarik nafas lega apabila dia masih lagi bernyawa.

Dia cuba untuk bangun namun kesakitan yang menjalar di seluruh badannya terutama di bahagian bahu kirinya yang dibalut dan dianduh menyebabkan dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bangun. Dia hanya mampu menyandarkan dirinya pada bantal sahaja.

"Cik Keiko tak boleh banyak bergerak.Lagipun Cik Keiko baru menjalani pembedahan.Luka tu masih belum sembuh."

Mahu terkeluar jantung Keiko apabila terdengar suara garau yang tidak diketahui dari mana datangnya tiba-tiba menegurnya.

Matanya terkedip-kedip memandang Sho yang duduk di atas sofa yang disediakan di situ.

'Sejak bila dia ada kat situ?Kenapa aku tak perasaan?'

"Cik Keiko,okay?"

"Err..,O-okay."

"Cik Keiko nak apa-apa.Saya boleh tolong belikan."

"Ermm...,saya nak susu." ujarnya perlahan.Tekaknya terasa perit dan haus.

"Baiklah.saya akan suruh Lisa belikan."

Keiko mengangguk.

(Skip)

Keiko menutup bukunya.

"Ah,bosannya!"Keiko merengus.

Matanya terpandang Sho yang sedari tadi asyik memandangnya.

"Cik Keiko,kenapa cik pandang saya macam tu?Cik Keiko dah terpikat dengan saya ke?"soal Sho bergurau.

"Hah?sepatutnya saya yang tanya awak.Awak yang dari tadi asyik tengok saya."balas Keiko tegas.

"Maaf.Saya hanya bergurau."Sho tergelak kecil.

Keiko menarik muka.

"Cik Keiko nak apa-apa?"

"Saya nak keluar dari sini? Saya bosan."rungut Keiko.

"Hmm,saya tak boleh nak tunaikan selagi prosedur hospital ni tak benarkan Cik Keiko keluar.Jadi,Cik Keiko kena bersabar."

Keiko mengeluh perlahan apabila mendengar kata-kata Sho.

"Tak apa,nanti saya akan bincang dengan doktor supaya benarkan Cik Keiko keluar secepat mungkin."

"Sho,boleh temankan saya jalan-jalan.Saya bosan terus-terusan duduk sahaja di dalam wad ini."pinta Keiko.

"Sudah semestinya.Kami sudah ditugaskan untuk ikut ke mana sahaja cik pergi demi keselamatan cik."

Keiko bingkas turun dari katilnya lalu menyarung selipar yang tersedia di lantai.

To be continue

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 27, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Pengawal CINTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang