LELAKI LINGKUNGAN CINTA PART 2

458 7 0
                                    


Sampai saja di rumah, Esya tersandar melepas lelah. Sakit bahunya memikul segala barang yang berat. Tangannya juga merah dan hampir melecet mengangkat besi-besi penyidai baju. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan rasa panas hati apabila terpaksa berjiran dengan Apek.

"Banyaknya barang kau Esya!" Ayu menjerit apabila melihat ruang tamu sudah penuh dengan barang-barang sahabat yang baru sampai itu.

"Wei, kau nak pindah duduk sini sampai buat PhD ke?" Usik Rinn pula. Memang terkejut dia memandang segala yang dipunggah oleh Esya.

Dalam beg besar ada kotak, dalam kotak ada segala khazanah. Ada lesung batu, ada mesin pengisar, ada periuk nasi, ada sudip dan gelas. Dalam beg yang lain pula ada bawang, ada cili kering, garam dan balang-balang kecil yang berisi rempah-ratus dan serbuk kunyit. Dia ni ada plan nak buka restoran sekali ke kat sini?

Esya yang terbaring keletihan di atas sofa sekadar melambai tangan. Namun kemudian, dia sepantas kilat bingkas bangun.

"Rinn kau tahu aku jumpa siapa?" Ayu di sebelah yang asyik membelek kunyit turut terkejut.

"Siapa?" Soal Rinn sambil duduk bersila menyusun baju di dalam almari di bilik kecilnya.

"Apek."

"Apek mana?"

"Apek mana lagi! Apek yang sengal tu lah! Apek... Ah Chai!"

"Adib? Maksud kau Adib?" Kali ini Rinn betul-betul terkejut. "Serius ke ni babe? Kau dah bertembung dengan dia?!"

Esya mengangguk laju dengan pandangan ngeri. Kedengaran kejam. Nightmare. Ayu masih ternganga mahu memahami butir bicara rakan sebiliknya.

" Yes, I met him. And the worst part is.... kau tahu dia duduk mana?"

"Dia pun tak dapat hostel kan?" Tanya Rinn. Esya angguk. Dan memandang tepat ke arah Rinn. "Dah tu, macam mana kau jumpa dia... wait. Don't say..."

Esya mengangguk melihat Rinn sudah mula faham situasi.

"Tu... tu rumah dia!" Muncung Esya terjungkit ke depan. Rinn dan Ayu terkejut memandang.

"Mana?" Rinn tidak faham.

"Depan rumah kita ni!"

"What??"

"Hahaha memang afdal kan kalau aku kata what the hell!" Rinn masih berguni-guni sumpah seranahnya.

"Kenapa beb? Siapa Apek tu?" Soal Ayu rakan serumah yang tak tahu hujung pangkal.

"Kawan kita orang dulu. Nakal dia kuss semangat! Kita orang panggil dia Apek. Tak sangka kat sini kami berjiran pulak." Rinn menerangkan sambil tangannya laju mengemas nota-nota pula.

"Perangai bukan kus semangat! Ni macam banyak jin bertenggek kat badan dia. Ada aje yang dia buat menyakitkan hati." Sahut Esya yang memang terus rasa hilang mood untuk mengemas segala khazanah yang diangkut dari rumah.

"Oh, budak yang kurus tu ya? Eh bukan dia ke yang tolong kau tarik beg kau yang macam batu tu. Tadi aku naik lif dulu, nampak kau orang. Ingatkan kau orang memang couple." Ayu terkekeh-kekeh gelak menambah bahang pada wajah Esya.

"Simpang malaikat empat puluh empat aku berkasih sayang dengan mamat tu! Huh! Badan pun kurus, kaki panjang macam burung ostrich! Mata sepet. Harap lesung pipit aje buat manis muka!" Cemuh Esya yang memang mati hidup balik terasa mahu minta pindah rumah.

LELAKI LINGKUNGAN CINTAWhere stories live. Discover now